Waktu Operasi Maybank
Waktu Operasi Maybank

Waktu Operasi Maybank Kaunter Cawangan Negeri

Posted on

Seperti yang kita ketahui dalam dunia perbankan terdapat pelbagai jenis perkhidmatan transaksi seperti: deposit, pengeluaran, pemindahan dan banyak lagi.

Kesemua urus niaga ini masih kebanyakannya dilakukan oleh pelanggan di kaunter Maybank. Jadi apabila pelanggan Maybank banyak melakukan transaksi perbankan, pelanggan lain terpaksa beratur untuk dilayan oleh pihak bank.

Penyelesaian terbaik untuk masalah tersebut adalah pelanggan mesti menggunakan perkhidmatan online banking atau mobile banking untuk membantu menguruskan transaksi secara online.

Maybank2u adalah portal perbankan yang disediakan oleh Maybank untuk membantu mempercepatkan proses transaksi perbankan seperti pembayaran bil, check baki, topup dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, ada beberapa transaksi yang tidak boleh dibuat secara online seperti kemaskini no telefon dan pembukaan akaun Maybank.

Sekiranya Anda ingin membuat urusan perbankan di kaunter Maybank, maklumat pertama yang mesti Anda ketahui adalah waktu operasi Maybank agar ketika mengunjungi cawangan Maybank tidak dalam keadaan tutup.

Waktu Operasi Maybank
Waktu Operasi Maybank

Waktu Operasi Maybank

Di bawah ini merupakan waktu operasi Maybank:

Semua Negeri (kecuali Kelantan dan Terengganu)

  • Isnin – Jumaat 9.30am – 4.00pm
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum TUTUP

Negeri Kelantan dan Terengganu

  • Ahad – Khamis 9.30 pagi – 4.00pm
  • Jumaat, Sabtu, Cuti Umum TUTUP

Waktu Pejabat Korporat

  • Isnin – Khamis 8.45 pagi – 5.45 petang
  • Jumaat 8.45 pagi – 4.45 petang
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum TUTUP

Cawangan Maybank Buka Setiap Hari

Untuk kemudahan Anda, senarai cawangan dibawah dibuka tujuh hari seminggu (termasuk pada cuti umum)

Genting Highlands

Waktu Perbankan (termasuk Cuti Umum)Perkhidmatan Perbankan Penuh
Isnin Khamis9.30 pagi - 4.00 petang
Jumaat9.30 pagi - 4.00 petang
Sabtu/Ahad/Cuti Umum-

KLCC, Kuala Lumpur

Waktu Perbankan (termasuk Cuti Umum)Perkhidmatan Perbankan Penuh
Isnin Khamis10.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat10.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu/Ahad/Cuti Umum10.00 pagi - 6.00 petang

Mesra Mall, Kerteh, Terengganu

Waktu Perbankan (termasuk Cuti Umum)Perkhidmatan Perbankan Penuh
Ahad - Rabu10.00 pagi - 4.30 petang
Khamis10.00 pagi - 4.30 petang
Sabtu-
Jumaat/Cuti Umum-

Quensbay Mall Branch, Bayan Lepas, Penang

Waktu Perbankan (termasuk Cuti Umum)Perkhidmatan Perbankan Penuh
Isnin Khamis10.00 pagi - 4.30 petang
Jumaat10.00 pagi - 4.30 petang
Sabtu-
Ahad/Cuti Umum-

Nota: Semua cawangan perbankan 7 hari (kecuali Mesra Mall) ditutup pada hari pertama Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim yang sering ditanyakan.

1. Waktu rehat Maybank pukul berapa?

Tiada waktu rehat di cawangan Maybank. Cawangan akan terus beroperasi sehingga cawangan tutup.

2. Mesin ATM maybank tengah malam offline hingga pukul berapa?

Harap maklum bahawa waktu operasi mesin ATM Maybank adalah dari jam 6:00 pagi sehingga 11:59 malam setiap hari.

3. Maybank ada waktu rehat tak untuk hari jumaat?

Maybank beroperasi seperti biasa pada waktu tersebut di lokasi berkenaan.

4. Saya nak masukkan cek dalam akaun saya hari sabtu dekat KLCC boleh tak?

Anda boleh melakukan deposit cek melalui kaunter cawangan pada hari Sabtu.

Customer Service Maybank

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan dengan Maybank Anda boleh cuba hubungi Customer Service Maybank di:

  • 1300-88-6688 (Malaysia)
  • +603-7844-3696 (Overseas)
  • Email: mgcc@maybank.com.my
  • Fraud Hotline: +603-5891-4744

Semoga perkongsian diatas boleh membantu Anda.