Terdapat banyak produk perbankan yang dikeluarkan oleh BSN seperti produk simpanan, kad kredit, pinjaman dan banyak lagi.
Selain itu juga BSN menyediakan beberapa perkhidmatan perbankan yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk membantu transaksi perbankan secara online, perkhidmatan yang disediakan antaranya Perbankan SMS, Perbankan Internet (myBSN) dan ATM.
Dengan menggunakan perkhidmatan perbankan BSN diatas, pelanggan boleh melakukan pelbagai transaksi tanpa perlu pergi ke cawangan BSN sehingga menjimatkan masa.
Namun, tidak semua perkara boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan perbankan, terdapat beberapa transaksi perbankan yang hanya boleh dibuat melalui cawangan, seperti:
- Membuka simpanan atau pembukaan akaun BSN baharu
- Aktifkan perkhidmatan Perbankan Internet
- Kad kredit
- Buat buku bank
- Tukar kad ATM yang hilang atau rosak
Oleh sebab itu, datang ke cawangan BSN adalah hal yang cukup penting sekiranya transaksi yang Anda ingin buat mesti melalui kaunter.
Untuk mengelakkan penutupan bank BSN, Anda harus mengetahui terlebih dahulu waktu operasi BSN.
Waktu Operasi BSN
Bagi mengutamakan keselesaan pelanggan, pekerja dan rakan kerja, BSN menguatkuasakan jadual operasi cawangan di seluruh Malaysia mengikut peraturan yang ditetapkan.
Bagi pelanggan BSN yang tidak mengetahui waktu buka dan tutup BSN, pada kesempatan kali ini kami akan konsikan maklumat lengkap mengenai waktu operasi BSN.
Semenanjung
Cawangan | Hari | Waktu Operasi | Waktu Rehat | Waktu Operasi |
---|---|---|---|---|
Semua negeri kecuali Kelantan, Terengganu dan Johor* | Isnin - Khamis | 9.00 pagi - 4.45 petang | - | 9.00 pagi - 4.45 petang |
Semua negeri kecuali Kelantan, Terengganu dan Johor* | Jumaat | 9.00 pagi - 12.30 petang | 12.30 tengahari - 2.30 petang | 2.30 petang - 5.00 petang |
Kelantan, Terengganu dan Johor* | Ahad - Rabu | 9.00 pagi - 4.45 petang | - | 9.00 pagi - 4.45 petang |
Kelantan, Terengganu dan Johor* | Khamis | 9.00 pagi - 4.30 petang | - | 9.00 pagi - 4.30 petang |
Sabah
Hari | Waktu Operasi | Waktu Rehat | Waktu Operasi |
---|---|---|---|
Isnin - Khamis | 8.30 pagi - 4.15 petang | - | 8.30 pagi - 4.15 petang |
Jumaat | 8.30 pagi - 12.00 tengahari | 12.00 tengahari - 2.00 petang | 2.00 petang - 4.30 petang |
Sarawak
Hari | Waktu Operasi | Waktu Rehat | Waktu Operasi |
---|---|---|---|
Isnin - Khamis | 8.30 pagi - 4.15 petang | - | 8.30 pagi - 4.15 petang |
Jumaat | 8.30 pagi - 12.00 tengahari | 12.00 tengahari - 2.00 petang | 2.00 petang - 4.30 petang |
RTC Kota Bharu, Kelantan
Hari | Waktu Operasi |
---|---|
Ahad - Rabu | 9.00 pagi - 4.45 petang |
Khamis | 9.00 pagi - 4.30 petang |
UTC Melaka dan UTC Pudu Sentral
Hari | Waktu Operasi | Waktu Rehat | Waktu Operasi |
---|---|---|---|
Isnin - Khamis | 9.00 pagi - 4.45 petang | - | 9.00 pagi - 4.45 petang |
Jumaat | 9.00 pagi - 12.30 tengahari | 12.30 tengahari - 2.30 petang | 2.30 petang - 5.00 petang |
Waktu Operasi BSN Bulan Puasa
Waktu operasi kaunter di Cawangan BSN seluruh negara adalah seperti berikut:
- 9.00 pagi – 3.00 petang (Semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak)
- 8.30 pagi – 2.30 petang (Sabah dan Sarawak)
Soalan Lazim BSN
Berikut ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan BSN:
1. Bolehkan saya membeli SSP secara online jika tidak memiliki akaun dengan BSN?
SPP BSN direka khusus untuk pelanggan BSN sahaja. Anda mesti ada Kad ATM BSN yang sah dan mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet sebelum membeli SSP secara online.
2. Perlukah saya daftar semula dengan myBSN selepas Kad ATM saya diganti baharu (disebabkan kecurian, kehilangan, dll)?
Selepas Anda mendaftar dengan BSN, profil Anda dalam MyBSN akan senantiasa sah. Anda tidak perlu lagi mendaftar semula.
3. Apa sahaja aktiviti perbankan internet yang saya boleh lakukan melalui myBSN?
Hampir segalanya daripada Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian PIN dan banyak lagi.
Customer Service BSN
Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan dengan BSN Anda boleh cuba hubungi Customer Service BSN.
- Need Immediate Assistance? 1300-88-1900
- Calling From Overseas? +603-2613-1900
- Email: customercare@bsn.com.my
Semoga maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda.