Cara Dapatkan User ID Password Bank Islam Kena Block

Posted on

Untuk log masuk dan buat transaksi di Bank Islam online (bankislam.biz) Anda perlu User ID dan Password Bank Islam. Sebab benda ni macam kunci pintu akaun perbankan Anda dalam talian. Kalau Anda tak ada User ID dan Password, Anda tak boleh akses akaun Anda.

User ID ni macam alamat Anda dalam dunia maya perbankan. Dia tunjukkan akaun yang betul untuk Anda. Kalau Anda tak ada User ID, macam mana Bank Islam nak tahu yang Anda sah punya akaun dengan diorang, kan?

Password pula ialah kata laluan rahsia yang hanya Anda tahu. Benda ni penting sebab dia jadi kunci utama untuk masuk ke dalam akaun Anda. Kalau tak ada Password, sesiapa pun boleh masuk ke akaun Anda. Anda tak nak tu, kan?

Internet banking Bank Islam ni memang memudahkan urusan kita, tapi kadang-kadang kita lupa lah, User ID atau Password untuk log masuk bankislam.biz. Jadi, apa nak buat? Bukan Anda seorang je, ramai lagi yang terlupa.

User ID dan Password Bank Islam
User ID dan Password Bank Islam

Cara Memilih Password Yang Selamat

Memilih password yang selamat adalah langkah penting dalam memastikan akaun perbankan dalam talian anda terlindungi.

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih password yang selamat:

  • Campurkan/gabung huruf besar, huruf kecil, dan angka dalam Password anda. Ini akan menjadikannya lebih sukar untuk diteka.
  • Jangan gunakan password seperti password atau 123456. Pilih sesuatu yang unik dan tidak mudah diteka.
  • Jangan berkongsi password anda dengan sesiapa pun, termasuk ahli keluarga.
  • Tukar password anda secara berkala untuk mengurangkan risiko penggodaman akaun.

Cara Dapatkan Semula User ID dan Reset Password Bank Islam

Berikut ialah cara-cara reset password dan dapatkan semula User ID Bank Islam online:

  1. Anda masuk kat laman web Bank Islam https://www.bankislam.biz
  2. Klik Forgot User ID/Password. Password
  3. Lepastu masukan nombor kad ATM dan nombor PIN kad ATM Bank Islam anda. Lalu klik Continue.Continue
  4. Anda perlu klik Request i-access Code, nombor Access code akan dihantarkan kat SMS Anda. Request i-access
  5. Masukan nombor Access code tu, lalu anda klik Continue.
  6. Lalu akan dipaparkan User ID Anda.
  7. Untuk reset kata laluan Anda, sila klik butang Reset Password.
  8. Anda perlu cipta Password yang baru. Pastikan Password mempunyai Huruf Besar, kecil, simbol dan nombor ye.
  9. Apabila sudah, anda klik Submit lalu klik Confirm.
  10. Anda telah berjaya dapatkan semula User ID dan Password Bank Islam anda.

Sebab Akaun Bank Islam Online Kena Block

Sekiranya akaun Bank Islam online Anda kena block, disekat, atau tidak aktif, berikut ni adalah beberapa sebab yang mungkin termasuk:

  • Tersalah kata laluan: Kalau Anda 3 kali tersalah masukkan kata laluan akaun online Anda, Bank Islam akan sementara block akses Anda untuk melindungi akaun daripada pihak yang tidak berkenaan.
  • Penyalahgunaan akaun: Kalau akaun Anda digunakan untuk aktiviti yang mencurigakan atau penyalahgunaan, Bank Islam boleh block akaun Anda untuk tujuan keselamatan.
  • Keselamatan: Jika Bank Islam mengesan sebarang kejadian keselamatan atau cubaan penggodaman, mereka boleh block akaun sementara untuk mengelakkan akses yang tidak sah.
  • Akaun tidak aktif: Jika Anda tidak log masuk ke akaun online Anda untuk tempoh yang panjang, Bank Islam mungkin block akaun Anda untuk tujuan keselamatan.
  • Kehilangan akses ke nombor telefon yang berdaftar: Jika Anda kehilangan akses ke nombor telefon yang berdaftar dengan akaun Anda, Anda mungkin tidak dapat menerima kod pengesahan untuk log masuk. Ini boleh menyebabkan akaun block. Anda dinasihatkan untuk kemaskini no telefon Bank Islam segera.

Cara Aktifkan Semula Akaun Bank Islam Online

Langkah-langkah di bawah ni boleh membantu Anda mengaktifkan semula akaun Bank Islam online bila kena sekat atau kena block.

Jangan lupa untuk memberikan maklumat yang diperlukan dengan betul kepada pegawai perkhidmatan pelanggan agar mereka dapat membantu Anda dengan lebih cepat dan berkesan.

  1. Call nombor Contact Center Bank Islam, iaitu 03-26 900 900. Nombor ini terdapat di belakang kad debit Anda.
  2. Suara perempuan akan menjawab panggilan Anda, dan itu adalah sistem Interactive Voice Response (IVR). Dia akan minta Anda tekan nombor untuk pilih perkhidmatan yang Anda perlukan.
  3. Anda tak perlu tunggu lama-lama, tekan terus nombor 1 jika Anda mahu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia atau nombor 2 jika dalam Bahasa Inggeris.
  4. Terus tekan nombor 0 untuk hubungi customer support.
  5. Sistem IVR akan meminta Anda tekan nombor IC (Identification Card).
  6. Selepas Anda memasukkan nombor IC, tunggu sistem tersebut memberikan arahan selanjutnya dan kemudian tekan nombor 3 untuk memilih perkhidmatan perbankan dalam talian.
  7. Sistem IVR akan menyatakan, “Anda akan disambungkan ke perkhidmatan pelanggan pegawai kami.”
  8. Setelah sambungan dibuat, terangkan masalah Anda kepada pegawai tersebut. Contohnya, jika Anda terlupa User ID atau mahu meminta bantuan untuk mengaktifkan semula akaun perbankan dalam talian Bank Islam seperti yang diperlukan.

Soalan-Soalan Untuk Pengesahan

Pegawai perkhidmatan pelanggan Bank Islam mungkin akan tanya soalan-soalan berikut untuk pengesahan apabila Anda menelefon untuk meminta bantuan atau mengaktifkan semula akaun Bank Islam Online:

  • Nombor IC – Nombor kad pengenalan Anda yang digunakan semasa mendaftar akaun Bank Islam.
  • Nama penuh – Nama penuh Anda seperti yang terdapat dalam rekod Bank Islam.
  • Nama ibu – Nama ibu Anda yang digunakan untuk tujuan pengesahan keselamatan.
  • Lokasi pembukaan akaun – Di mana Anda mula-mula membuka akaun Bank Islam.
  • Lokasi pemohonan kad baru atau penukaran kad – Tempat Anda biasa membuat kad baru atau memperbaharui kad Bank Islam.
  • Bilangan akaun Bank Islam – Jumlah akaun yang Anda miliki di Bank Islam, termasuk akaun simpanan atau pelaburan.
  • Tarikh transaksi terakhir – Tarikh atau butiran transaksi terkini yang Anda lakukan dalam akaun Anda. Contohnya, jika Anda membuat pengeluaran pada hari Khamis minggu lepas.

Pegawai perkhidmatan pelanggan akan menggunakan maklumat ini untuk mengesahkan identiti Anda dan memberikan bantuan yang sesuai.

Jika Anda perlu bantuan dengan pengurusan akaun Anda atau lupa User ID serta Password Anda, jangan segan untuk hubungi customer service Bank Islam +603-26 900 900. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu Anda.