Kiosk Maybank ialah perkhidmatan pelanggan berasaskan digital yang disediakan oleh Maybank. Perkhidmatan ini bertujuan supaya pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan tertentu dengan cepat tanpa perlu beratur di cawangan Maybank.
Anda boleh mengakses perkhidmatan Kiosk Maybank dengan cara yang praktikal dan mudah di lokasi tertentu. Semak penjelasan lanjut mengenai Kiosk Maybank di bawah.
Sekiranya Anda mempunyai kad Maybank expired ataupun tamat tempoh dan ingin menukar kad tersebut kepada kad bank baru, Anda boleh ikuti langkah cara menukar kad Maybank guna Kiosk.
Lokasi Mesin Tukar Kad ATM Maybank
Mesin Kiosk Maybank merupakan perkhidmatan yang membawa konsep layan diri untuk pelanggan menguruskan masalah kad ATM atau mendaftar perkhidmatan Maybank.
Kiosk Maybank ini ada agar pelanggan dapat menguruskan masalah dengan mudah dan praktikal tanpa perlu mengunjungi cawangan Maybank.
Anda boleh menggantikan kad ATM jika Anda ingin membuat penggantian kad Maybank yang hilang atau rosak, menukar jenis kad dan mencetak kad digital kepada kad fizikal.
Di bawah ini merupakan lokasi mesin tukar kad debit Maybank Kiosk.
- Alor Setar
- Ampang Point
- Bandar Baru Bangi
- Bangsar Baru
- Batu Pahat, Jalan Zabedah
- Jalan 222, Petaling Jaya
- Jalan Gombak, Kuala Lumpur
- JB Main (JB City Square)
- Kajang
- Kangar
- Klang (Jalan Kepayang)
- KLCC
- Kota Bharu Main
- Kuala Lumpur Main
- Kuala Terengganu
- Kuantan (Bukit Ubi)
- Melaka Main
- Mid Valley Forex Booth
- Muar, Johor
- Nilai
- Pandan Indah
- Penang Road (KOMTAR)
- Puchong Jaya
- Rawang (Jalan Bandar Rawang 2)
- Seremban Main
- Setia Alam
- Shah Alam Main
- Taiping, Perak
- Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
- USJ 10/1G, Subang Jaya
Cara Menggunakan Mesin Tukar Kad Bank Maybank
Ikuti langkah mudah cara menggunakan mesin tukar Kad ATM Maybank:
- Sila pergi ke mesin KIOSK Maybank yang berhampiran.
- Masukkan Kad ATM ke slot yang disediakan.
- Masukkan Nombor PIN ATM Anda.
- Kemudian, pilih Jenis Kad Baru yang Anda inginkan.
- Masukkan Kad Pengenalan Anda.
- Seterusnya, Imbas ibu jari Anda.
- Tunggu sebentar, Kad ATM baru keluar.
- Selesai.
Sekiranya Anda tiada waktu untuk pergi mengunjungi mesin Kiosk, Anda boleh cuba untuk renew kad Maybank secara online.
Cara Aktifkan Kad Debit Maybank
Apabila Anda sudah dapatkan kad ATM Maybank baru, kami nasihatkan Anda untuk segera mengaktifkan kad bank tersebut.
Ada pelbagai cara untuk aktifkan kad debit Maybank, sila gunakan saluran dibawah.
ATM Maybank
- Masukkan Kad ATM Anda ke slot yang disediakan.
- Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
- Masukkan PIN Anda.
- Pilih Transaksi Lain.
- Kemudian, pilih Perkhidmatan lain.
- klik Seterusnya.
- Pilih Pengaktifan Kad.
- Selesai.
Maybank2u
- Lawati pautan rasmi Maybank2u https://www.maybank2u.com.my/
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Login.
- Sahkan Security Phrase.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, pergi ke bahagian Settings.
- Pilih Cards.
- Pilih Manage Debit Cards.
- Pilih Activate.
- Selesai.
Itu sahaja perkongsian mengenai perkhidmatan Maybank Kiosk dan cara menukar kad melalui mesin Kiosk. Pastikan Anda membawa kad ATM dan kad pengenalan untuk memudahkan pengesahan.