Cara Transfer Duit Dari Bank Rakyat
Cara Transfer Duit Dari Bank Rakyat

Cara Transfer Bank Rakyat Ke Bank Lain Guna iRakyat

Posted on

Kalau Anda nak transfer duit dari akaun Bank Rakyat Anda ke akaun bank lain, iRakyat adalah cara terbaik dan paling senang. Tak perlu nak beratur panjang-panjang kat kaunter cawangan,

Nak tahu cara yang paling senang dan pantas untuk transfer duit dari akaun Bank Rakyat Anda ke bank lain? Jawapannya ada dalam iRakyat. Dalam dunia yang semakin digital ni, iRakyat bukan sahaja memudahkan urusan perbankan Anda, tapi juga menjimatkan masa dan tenaga.

Jadi, Anda tak perlu beratur panjang di kaunter bank atau pergi ke cawangan untuk hantar duit ke bank lain. Semua urusan boleh diselesaikan dengan hanya beberapa klik di telefon pintar atau komputer Anda.

Tak kira apa jenis akaun bank yang Anda gunakan, iRakyat memudahkan Anda untuk berurusan dengan pantas. Jadi, kalau Anda nak tahu lebih lanjut mengenai cara transfer duit dari Bank Rakyat ke bank lain menggunakan iRakyat, teruskan membaca.

Kami akan kongsikan maklumat yang berguna dan pasti akan memudahkan Anda dalam aktiviti perbankan harian.

Cara Transfer Duit Dari Bank Rakyat
Cara Transfer Duit Dari Bank Rakyat

Cara Akses iRakyat Online

iRakyat ni adalah cara senang dan selamat untuk buat urusan perbankan online yang ditawarkan oleh Bank Rakyat. Anda boleh akses iRakyat melalui dua cara:

  1. Melalui pelayar internet untuk perbankan online atau
  2. Melalui peranti mudah alih untuk Perbankan Mudah Alih

iRakyat boleh diakses sepanjang masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dan memberi akses pantas dan selamat kepada semua keperluan perbankan Anda.

Anda tak payah risau pasal keselamatan iRakyat ni. Kat Bank Rakyat, mereka sangat serius nak pastikan maklumat peribadi Anda selamat dan rahsia.

Bank Rakta guna piawai terkini dalam industri iaitu 128-bit SSL (yang paling tinggi dalam masa sekarang) untuk jaga komunikasi data antara pelayar dan sistem Bank Rakyat.

Ia digunakan untuk pastikan privasi transaksi, keselamatan mesej, dan pengesahan pihak server dengan teknologi sijil digital. Selain tu, semua kata laluan pun dienkripsi sepenuhnya dari pelayar hingga sistem Bank Rakyat.

Kalau Anda tinggalkan iRakyat tak aktif lebih dari lima (5) minit, sistem iRakyat akan log Anda keluar secara automatik.

Cara Transfer Bank Rakyat Ke Bank Lain Guna iRakyat Internet Banking

Berikut adalah langkah-langkah transfer duit dari bank rakyat ke bank lain melalui internet banking:

Untuk membuat pindahan wang dari akaun Bank Rakyat ke bank lain Anda perlu menggunakan website iRakyat.com.my dan untuk menggunakan portal iRakyat Anda perlu mendaftar dulu sebagai pengguna. Lepastu ikuti langkah seterusnya dibawah ini:

  1. Langkah pertama, buka website https://www.irakyat.com.my
  2. Anda perlu masukkan Username Anda. Lepastu Anda klik pada bahagian Login.
  3. Pastikan Phrase Keselamatan adalah betul.
  4. Kalo sekiranya sudah betul Anda klik pada bahagian Yes.
  5. Lepastu Anda kena masukkan Password. Dan Anda tekan Login.
  6. Seterusnya ini paparan dalam website iRakyat, untuk transfers Anda boleh menggunakan fungsi DuitNow atau pun Funds Transfer.

Transfer Menggunakan DuitNow

DuitNow ID ni, atau yang juga dikenali sebagai National Addressing Database (NAD) ID, adalah satu nombor pendaftaran yang dikaitkan dengan akaun bank Anda sebagai akaun penerima.

Anda boleh pilih salah satu daripada DuitNow ID berikut untuk pendaftaran atau tujuan transfer:

  • Nombor Telefon Bimbit
  • Nombor Kad Pengenalan (NRIC)
  • Nombor Polis / Tentera
  • Nombor Paspor

Sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Pertama sekali klik pada bahagian Funds TransferLangkah Pertama Transfer Bank Rakyat Menggunakan Funds Transfer
  2. Lepastu pada bahagian ni klik DuitNow.
  3. Dekat sini Anda klik pada DuitNow. Lepastu klik NextLangkah Ketiga Menggunaka Funds Transfer
  4. Pada bahagian Transfer From Anda perlu klik pada akaun Anda.
  5. Lepastu Anda kena masukkan jumlah yang Anda nak trasnfer pada bahagian Amount(RM).
  6. Dan dekat New DuitNow ID ni Anda perlu pilih nak guna apa sesuai keinginan Anda.
  7. Lepastu Anda kena masukkan semua butiran maklumat penerima ni.  Paparan Butiran Penerima
  8. Lepastu Anda kena klik pada kotak I hereby agree to Terms & Condutions. Lepastu klik Next.
  9. Lepastu akan dipaparkan nama pemilik akaun dan nomber akaun penerima.
  10. Lepastu Anda scroll je sampai bawah, Anda klik Request TAC untuk pengesahan transaksi. Anda salin TAC yang dihantarkan melalui SMS lepastu klik Submit.
  11. Lepastu sila pastikan status transaksi adalah berjaya.
  12. Sekiranya Anda nak dapatkan resit transaksi Anda klik pada bahagian Get Receipt.
  13. Selesai.

Kalau Anda nak tingkatkan limit transfer, Anda boleh baca ni cara tukar limit transaksi Bank Rakyat.

Cara Transfer Duit Dari Bank Rakyat Ke Bank Lain Guna App iRakyat

Sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Pertama sekali Anda perlu klik pada Duit Now TransferPaparan Utama iRakyat
  2. Seterusnya Anda kena pilih akaun mana yang Anda nak transfer duit.
  3. Dibahagian Duit Now transfer Anda kena klik New TransferBagian Kedua irakyat
  4. Kemudian di paparan ini untuk DuitNow Type Anda pilih Account NumberPaparan Ketiga iRakyat
  5. Di Beneficiary Account Number Anda perlu masukkan nombor akaun yang akan menerima duit yang Anda transfer.
  6. Di Beneficiary Account Type disini Anda perlu confirm kan dengan orang yang menerima duit Anda ni jenis akaun yang dia punya.
  7. Untuk Beneficiary Bank Anda pilih bank mana yang Anda nak transfer.
  8. Pada Beneficiary Name Anda tulis nama yang akan menerima duit itu.
  9. Selepas itu Anda masukkan duit yang akan ditransfer di Amount.
  10. Untuk Recipient Reference Anda boleh tulis je bayaran tadi untuk apa.
  11. Untuk Payment Type Anda pilih Fund Transfer.
  12. Lepastu Anda kena klik pada kotak I hereby agree to Terms & Conditions.
  13. Kemudian klik Proceed.
  14. Kemudian dipaparan selanjutnya Anda kena cek and confirm pastikan maklumat tu betul. Lepastu Anda klik Confirm & Request TAC.
  15. Dipaparan selanjutnya Anda klik Approve sahaja.
  16. Selesai.

Cara Daftar DuitNow Bank Rakyat

Anda boleh daftar DuitNow ID dengan pantas melalui perbankan internet atau mudah alih. Tak perlu pening-pening ingat nombor akaun bank yang panjang berjela-jela. Cukup daftar DuitNow ID Anda, dan boleh guna nombor telefon bimbit, nombor kad pengenalan, nombor polis/tentera, atau nombor pasport sebagai ID Anda.

DuitNow ID ni memudahkan Anda untuk terima duit atau hantar duit kepada rakan-rakan atau keluarga secara instant transfer. Nak bayar hutang atau menerima bayaran pun jadi lebih ringan. Dan yang paling best, ia boleh dilakukan 24/7 tanpa sebarang masalah.

Untuk daftar DuitNow ID dalam iRakyat, ikut langkah-langkah berikut ni:

1. Perbankan Internet (Online)

  1. Klik modul Penyelenggaraan Profil.
  2. Lepas tu, klik Penyelenggaraan NAD dan pilih Pendaftaran DuitNow ID.
  3. Daftar DuitNow ID Anda dengan pilih DuitNow ID yang Anda suka.
  4. Pilih akaun penerima yang nak dikaitkan dengan DuitNow ID yang Anda pilih.
  5. Klik Setuju pada Terma & Syarat.
  6. Lepas tu, klik butang Seterusnya dan luluskan urusan tu melalui iSecure.
  7. Dah siap, DuitNow ID Anda berjaya didaftarkan!

2. Perbankan Mudah Alih (Mobile)

  1. Klik modul Tetapan.
  2. Lepas tu, klik DuitNow dan pilih Penyelenggaraan NAD. Kemudian, klik Pendaftaran DuitNow ID.
  3. Daftar DuitNow ID Anda dengan pilih DuitNow ID yang Anda suka.
  4. Pilih akaun penerima yang nak dikaitkan dengan DuitNow ID yang Anda pilih.
  5. Klik butang Kemaskini & Permintaan TAC dan luluskan urusan tu melalui iSecure.
  6. Lepas tu, DuitNow ID Anda berjaya didaftarkan.

Cara Transfer Duit Dari Bank Rakyat Ke Bank Lain di Cawangan

Anda boleh transfer duit dari akaun Bank Rakyat Anda ke akaun bank lain di kaunter Bank Rakyat.

Berikut ni ialah langkah-langkah transfer duit dari bank rakyat ke bank lain di cawangan Bank Rakyat:

  1. Pergi ke cawangan Bank Rakyat terdekat.
  2. Pastikan Anda membawa Kad pengenalan dan butiran akaun bank penerima yang ingin Anda gunakan untuk melakukan pindahan wang.
  3. Ambil nombor giliran dari mesin berdaftar dan tunggu giliran Anda dipanggil.
  4. Apabila giliran Anda tiba, beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin melakukan transfer wang ke bank lain. Pegawai bank akan memberikan Anda borang yang perlu diisi.
  5. Isi borang transfer dengan maklumat yang diperlukan. Borang ini memerlukan butiran seperti Nama bank penerima, Nombor akaun penerima, Jumlah wang yang ingin dipindahkan, dan Nama pemegang akaun penerima.
  6. Semak semula butiran yang Anda masukkan untuk memastikan bahawa semuanya betul. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan masalah dalam proses transfer.
  7. Selepas Anda pasti bahawa butiran yang dimasukkan betul, tandatangani borang tersebut. Tanda tangan Anda adalah pengesahan bahawa Anda bersetuju untuk melakukan transfer ini.
  8. Bank mungkin mengenakan caj untuk perkhidmatan transfer. Pastikan Anda membayar caj ini jika ia dikenakan.
  9. Setelah selesai, pastikan Anda menerima resit sebagai bukti bahawa Anda telah melakukan transfer. Simpan resit ini sebagai rujukan.

Jangan lupa pastikan maklumat yang Anda masukkan betul dan tepat, supaya tiada masalah dalam proses pemindahan wang.

Kalau Anda ada soalan tambahan atau nak tahu lebih lanjut, jangan segan-segan untuk tanya kakitangan Bank Rakyat.