Cara Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain Guna DuitNow
Cara Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain Guna DuitNow

Cara Transfer Bank Rakyat Ke Bank Lain Guna DuitNow

Posted on

Zaman sekarang, transfer duit dah jadi perkara harian yang tak boleh elak. Contohnya, Anda nak bayar hutang kawan, beli barang online, atau mungkin nak bagi duit kat mak bapak. Nah, itu antara situasi di mana Anda perlu transfer duit. Dan dengan kemunculan DuitNow ni, proses transfer duit jadi lebih cepat, mudah, dan efisyen.

DuitNow adalah sistem pembayaran online yang membolehkan Anda menghantar duit dengan mudah dan pantas ke akaun bank lain tanpa perlu bersusah-payah ke kaunter bank atau mesin ATM. Jadi, bagi Anda yang mempunyai akaun di Bank Rakyat dan ingin memindahkan duit ke bank lain, berikut adalah perkara-perkara yang perlu Anda tahu.

Pertama, pastikan Anda mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan dalam talian daripada Bank Rakyat online banking. Anda perlu mendaftar iRakyat dan log masuk ke akaun Anda untuk memulakan proses ini. Pastikan juga Anda mempunyai butiran akaun bank penerima yang lengkap, antaranya:

  • Nombor Telefon Bimbit
  • Nombor Kad Pengenalan (NRIC)
  • Nombor Polis / Tentera
  • Nombor Paspor
Cara Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain Guna DuitNow
Cara Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain Guna DuitNow

Cara Daftar ID DuitNow Bank Rakyat

Anda boleh guna Savings dan Current Account-i yang ditawarkan oleh Bank Rakyat untuk daftar DuitNow Transfer.

Senang je, tak payah buka akaun khas, gunakan je yang Anda dah ada. Jadi, kalau Anda dah ada akaun Savings atau Current Account-i dengan Bank Rakyat, Anda boleh terus guna DuitNow Transfer tanpa masalah.

Bagi Anda yang belum mendaftar, sila ikuti langkah-langkah cara daftar DuitNow Bank Rakyat berikut ini:

  1. Lawati pautan rasmi Bank Rakyat di https://www.irakyat.com.my/
  2. Klik Login > Personal Banking.
  3. Masukkan Username akaun Anda. Klik Login.
  4. Klik Yes untuk sahkan Security Image.
  5. Masukkan Password Anda.
  6. Masukkan Kod Captcha. Klik Login.
  7. Selepas login, klik Duit Now. DuitNow Bank Rakyat
  8. Pilih DuitNow ID Registration. DuitNow ID Registration
  9. Klik Next.
  10. Kemudian, pilih DuitNow ID Type, Mobile Number atau IC Number. Maklumat DuitNow ID
  11. Pilih Receiveng Account. Receiving Account
  12. Seterusnya, sahkan Terma dan Syarat. Klik Next.
  13. Klik Request TAC. TAC Number Bank Rakyat
  14. Masukkan Kod TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda. Klik Confirm.
  15. Selesai.

Cara Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain Guna DuitNow

Anda mungkin tertanya-tanya, ada bayaran ke tak kalau guna DuitNow Transfer? Kalau jumlah transaksi Anda bawah RM5,000, memang percuma.

Tapi kalau lebih dari RM5,000, kena bayar caj sikit, iaitu RM0.50 je. Jadi, kalau Anda nak transfer duit dalam jumlah besar, ingatlah pasal caj ni.

Tapi kalau jumlah transaksi bawah RM5,000, Anda boleh enjoy je tanpa perlu bayar apa-apa. Senang, kan? Jadi, jangan risau pasal bayaran bila Anda guna DuitNow.

Ikuti langkah-langkah cara transfer Bank Rakyat ke bank lain guna DuitNow dibawah:

  1. Buka perbankan internet Bank Rakyat di https://www.irakyat.com.my/
  2. Klik Login > Personal Banking.
  3. Masukkan Username akaun Anda. Klik Login.
  4. Klik Yes untuk Sahkan Security Image. Masukkan Password Anda.
  5. Masukkan Kod Captcha. Klik Login.
  6. Selepas Anda login, Anda boleh gunakan fungsi DuitNow atau Fund Transfer. Pilih DuitNow. DuitNow i-Rakyat
  7. Klik Next.
  8. Pada Transfer From, pilih akaun Anda. Maklumat Transfer Bank Rakyat
  9. Pada Amount, masukkan jumlah yang akan dihantar.
  10. Pada Transfer To pilih New DuitNow ID.
  11. Kemudian, pilih Account.
  12. Masukkan butiran maklumat penerima.
  13. Pada Beneficiary Account Number, masukkan nombor akaun penerima. Akaun Bank Penerima
  14. Pada Beneficiary Account Type, pilih Jenis Akaun dan klik Saving Account.
  15. Pada Beneficiary Bank, pilih bank yang Anda akan transfer.
  16. Pada Beneficiary Name, masukkan nama penerima.
  17. Pada Recipient Reference, masukkan rujukan (optional)
  18. Pada Payment Type, pilih Fund Transfer.
  19. Pada Other Payment Details, sila masukkan rujukan lain (optional)
  20. Sahkan Terma dan Syarat. Klik Next.
  21. Anda akan dipaparkan nama pemilik dan nombor akaun penerima. Klik Request TAC. Request TAC Bank Rakyat
  22. Masukkan Nombor TAC ke ruangan yang disediakan. Klik Submit.
  23. Transaksi Anda berjaya. Klik Get Receipt.
  24. Selesai.

Sebelum buat pemindahan, sila semak baki akaun Bank Rakyat terlebih dahulu untuk elakkan transaksi gagal.

Cara Transfer Guna Aplikasi iRakyat

Pastikan Anda telah pasang app iRakyat di telefon bimbit Anda. Selepas itu ikuti langkah-langkahnya di bawah ini:

  1. Buka aplikasi iRakyat.
  2. Masukkan Username akaun Anda. Username iRakyat
  3. Klik Next. Masukkan Password akaun Anda. Password iRakyat
  4. Klik Next. Klik Transfer.
  5. Klik Duit Now. DuitNow iRakyat
  6. Pilih DuitNow ID Type. Maklumat Transfer iRakyat
  7. Klik Account Number. Masukkan Nombor Akaun Penerima. Semak Semula Maklumat Transfer
  8. Pilih Jenis Akaun Penerima.
  9. Pilih Jenis Akaun Bank Penerima.
  10. Masukkan Nama Penerima.
  11. Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
  12. Sahkan Terms and Conditions.
  13. Sila periksa semula maklumat Anda. Klik Confirm & Request TAC. Kod TAC iRakyat
  14. Masukkan Kod TAC. Klik Proceed.
  15. Selesai

Pastikan Anda sentiasa menjaga maklumat peribadi Anda, terutamanya nombor akaun dan maklumat DuitNow.

Jangan kongsi dengan sesiapa yang tak patut, supaya akaun Anda sentiasa selamat.

Dan kalau ada sebarang masalah atau kesulitan semasa proses transfer, sila untuk hubungi Bank Rakyat 1300-80-5454 atau 03-55269000.