Terlupa Username BSN Online

Posted on

BSN menyediakan servis perbankan online untuk memudahkan pelanggan membuat pelbagai transaksi secara online. Dengan tersedianya online banking, pelanggan dapat semak baki akaun, transfer duit, topup prepaid, buat pembayaran dan banyak lagi.

Sekarang ini bayar apa-apa boleh secara online, jadi tak perlu kena bawa duit cash. Jika Anda merupakan salah satu pelanggan dan pengguna BSN online tetapi terlupa username BSN online Anda, Anda tak perlu risau sebab kami telah siapkan panduan cara yang perlu Anda buat untuk dapat log masuk akaun BSN Anda.

Terlupa Username BSN Online
Terlupa Username BSN Online

Lupa Password BSN Online

Ramai pelanggan Bank Simpanan Nasional yang tak ingat kata laluan/password mereka sebab dah lama tak log masuk. Apabila Anda menghadapi masalah seperti ini, Anda boleh ikuti panduan cara reset password BSN online di bawah:

Keperluan

Syarat berikut diperlukan bagi proses dapatkan kembali password BSN online.

  • Kad Debit/Kad Credit
  • PIN Kad Debit/Kad Credit
  • No Telefon Bimbit yang telah berdaftar BSN online

Reset Password BSN Online

Apabila keperluan/syarat diatas telah Anda siapkan, langkah seterusnya iaitu:

  1. Klik pautan https://www.mybsn.com.my
  2. Klik Forgot Password
  3. Masukkan Username Anda
  4. Masukkan Nombor Kad Debit/Credit (No. Kad Debit/Credit adalah 16 digit nombor di bahagian depan kad Debit/Credit)
  5. Masukkan Nombor CVV (No. CVV adalah 3 digit nombor di belakang kad Debit/Credit)
  6. Masukkan Expiry Date Kad
  7. Masukkan salah satu daripada nombor New IC Number/Old IC/Passport Number atau Military No.
  8. Klik Submit.
  9. Isikan password baru di bahagian New Password. (Password mestilah mengandungi huruf besar, huruf kecil dan simbol contoh KudaTerbang$#1)
  10. Masukkan sekali lagi password baru di bahagian Confirm New Password.
  11. Klik Request OTP. Klik Confirm.
  12. Masukkan kod OTP yang telah dihantar melalui SMS ke nombor handphone Anda.
  13. Klik Submit.
  14. Password lama Anda berjaya di tukar dengan password baru.

Lupa password BSN online bukanlah masalah yang besar, cukup ikuti langkah-langkah di atas untuk selesaikan masalah tersebut.

Terlupa Username BSN Online

Macam mana apabila terlupa username BSN online, apa perlu buat untuk dapatkan kembali maklumat username saya? Jom ikuti langkah berikut:

Dapatkan Username BSN Melalui Call Center

Sekiranya Anda lupa username BSN online, Anda boleh ikuti langkah yang kami kongsikan di bawah:

  1. Apabila Anda terlupa username, apa yang paling Anda perlukan ialah kad bank Anda.
  2. Kemudian, Anda perlu menghubungi call center BSN di talian 1300 88 1900.
  3. Selepas itu, bagitahu pegawai bank yang bercakap dengan Anda mengenai lupa username MyBSN.
  4. Pegawai bank akan meminta informasi no kad bank Anda dan no kad pengenalan untuk pengesahan bahawa betul Anda pemilik sebenar.
  5. Selepas itu, pegawai bank akan maklumkan username Anda.

Macam mana jika akaun BSN di block? Sila baca artikel cara aktifkan semula akaun BSN.

Dapatkan Username BSN Melalui Cawangan

Selain melalui sambungan telefon, Anda juga boleh dapatkan maklumat User ID BSN online di cawangan.

  1. Kunjungi cawangan BSN terdekat dengan membawa kad pengenalan dan kad ATM
  2. Ambil nombor giliran, selepas no giliran Anda dipanggil, beritahu pegawai bank bahawa Anda lupa username BSN online (MyBSN)
  3. Pegawai bank akan minta kad ATM dan no kad pengenalan untuk proses pengesahan
  4. Selepas itu pegawai bank akan berikan informasi mengenai username Anda

Tips Keselamatan

Berikut adalah tips keselamatan yang dinasihatkan oleh Bank Simpanan Nasional untuk pelanggan.

  • Jangan kongsi/share maklumat seperti password dan username kepada orang lain. Kata laluan dan PIN anda direka untuk melindungi privasi maklumat perbankan anda .
  • Sentiasa log keluar daripada MyBSN serta-merta selepas menyelesaikan transaksi perbankan anda
  • Tukar kata laluan anda dengan kerap
  • Elakkan mengakses perbankan internet anda di tempat awam
  • berhati-hati dengan pautan SMS palsu yang memaut ke laman web palsu
  • Jangan balas panggilan dan mesej yang claim ia daripada bank Negara Malaysia atau mana-mana institusi kewangan
  • Jangan berikan butiran akaun atau kata laluan anda sebagai balasan kepada sebarang e-mel atau panggilan telefon

Itu sahaja perkongsian kali ini semoga maklumat diatas boleh membantu Anda.