Terlupa Password dan Username Ambank Online Reset

Posted on

Anda yang sudah biasa sering login dan menggunakan ciri perbankan pasti sudah hafal/ingat kata laluan dan nama pengguna Ambank online banking.

Tetapi bagaimana jika ternyata Anda tiba-tiba terlupa password dan username Ambank online Anda sehingga akaun Anda disekat?

Lupa username dan password merupakan hal yang biasa terjadi, jadi Anda tak perlu risau sebab kami akan kongsikan cara reset password dan username Ambank online banking AmOnline agar Anda dapat log masuk semula ke akaun perbankan online Anda.

Cara Reset Password dan Username Ambank Online
Cara Reset Password dan Username Ambank Online

Syarat Reset Password dan Username Ambank Online

Sebelum Anda boleh reset password internet banking Ambank, Anda dinasihatkan untuk sediakan:

  • Kad Debit/Kad Kredit/Mortgage
  • IC/Passport/Armed Force
  • No telefon yang telah berdaftar Ambank online

Cara Reset Password dan Username Ambank Online

Sila ikuti langkah-langkah cara reset password dan username Ambank online di bawah ini.

  1. Klik pautan https://ambank.amonline.com.my/
  2. Klik Forgot username/password. Reset Username Ambank
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
  4. Masukkan Nombor Kad Debit Anda.
  5. Masukkan Nombor PIN Kad Anda.
  6. Klik Continue.
  7. Username Anda akan dipaparkan.
  8. Jika ingin reset Password, sila klik Reset Password. Reset Password Ambank
  9. Cipta semula Password yang Anda inginkan.
  10. Masukkan semula pada Confirm Password yang sudah Anda buat.
  11. Klik Continue.
  12. Masukkan Nombor TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  13. Klik Confirm.
  14. Selesai.

Cara Dapatkan Semula Username dan Password Ambank di Kaunter

Sekiranya Anda tidak boleh reset password Ambank secara online, kami nasihatkan Anda untuk pergi ke cawangan Ambank terdekat.

Terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum kunjungi cawangan Ambank untuk proses pengaktifan semula akaun Ambank online yang disekat.

  • Kad Debit/Kad Kredit atau Mortgage
  • Kad Pengenalan atau Passport atau Armed Force
  • No telefon yang telah berdaftar Ambank online
  • Wang/Duit

Pertama sekali, jumpa guard/pegawai bank dan beritahu tujuan Anda datang ke cawangan Amabank iaitu membaiki perbankan internet Ambank yang kena block akibat terlupa kata laluan.

Kemudian guard akan membantu Anda untuk mengambil nombor giliran dan menunggu panggilan. Selepas dipanggil, barulah serahkan segala urusan kepada customer service Ambank. Biasanya ia mengambil masa kurang daripada lima minit untuk aktifkan semula akaun Ambank online dan Anda akan menerima kata laluan baharu.

Soalan Lazim Ambank

Di bawah ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Ambank:

1. Bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa sistem Ambank akan memenuhi keperluan saya?

Ambank akan bekerjasama dengan Anda untuk menentukan keperluan tepat Anda dan mengesyorkan penyelesaian tersuai yang sesuai dalam memenuhi keperluan perniagaan Anda.

2. Tidakkah terdapat risiko keselamatan?

Maklumat dan butiran syarikat disimpan sebagai P&C (Swasta dan Sulit). Ambank menggunakan teknologi yang sangat canggih untuk memastikan data Anda benar-benar tertutup dan kalis gangguan.

3. Mengapa saya diminta menukar kata laluan selepas saya log masuk ke AmOnline?

Ini bermaksud bahawa Anda tidak mengubah kata laluan Anda sejak pelaksanaan dasar kata laluan baru AmBank pada 26 Ogos 2019. Ambank sangat menggalakkan Anda menukar kata laluan Anda untuk menjadikan perbankan online Anda lebih selamat.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Contact Center Ambank di 03-2178-8888