Bagi Anda yang ingin membuka akaun Maybank baru atau buat sebarang urusan seperti kad kredit, pengeluaran di kaunter Maybank, kami nasihatkan Anda membuat temujanji Maybank terlebih dahulu.
Anda boleh membuat temu janji melalui online dengan mudah guna aplikasi Maybank EzyQ di aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.
Sila ikut step cara buat temujanji Maybank dan cara semak temujanji Maybank berikut.
Syarat Kunjungi Cawangan Maybank
Ada beberapa syarat yang mesti Anda sediakan sebelum mengunjungi cawangan Maybank:
- Tidak mempunyai sebarang gejala Covid-19
- Tidak bersentuhan rapat dengan seseorang yang positif Covid-19
- Jika Anda tidak memenuhi mana-mana perkara di atas, sila jadualkan semula temujanji Anda.
Perkhidmatan Maybank
Senarai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Maybank.
- Akaun semasa/simpanan peribadi dan kad debit
- Akaun dan perkhidmatan perbankan online
- Kad Kredit, pelaburan, insurans dan pinjaman/pembiayaan?
- Transaksi perbankan berbilang, kiriman wang dan simpanan tetap dan ASNB
- Transaksi perbankan tuggal dan perbankan keistimewaan
- Sewa Beli dan perkhidmatan berkaitan kenderaan
- Perkhidmatan Premier Wealth
- Pinjaman/pembiayaan PKS
Cara Buat Temujanji Maybank
Ada 2 cara untuk Anda membuat temujanji online, samada menerusi aplikasi MAE by Maybank2u ataupun boleh terus buat di laman web portal Maybank2u
Sila ikuti langkah mudah cara buat temujanji Maybank
- Lawati pautan rasmi Maybank appointment berikut ni https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
- Pilih Perkhidmatan yang Anda inginkan.
- Kemudian, pilih Negeri.
- Pilih Daerah Anda.
- Pilih Cawangan yang Anda inginkan.
- Pilih Jadual Janjitemu Anda beserta Waktu yang Anda inginkan.
- Masukkan Nama Anda.
- Pilih Jenis ID Type Anda.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
- Masukkan Nombor Telefon Anda.
- Masukkan Alamat Email Anda.
- Tick I’m not arobot.
- Klik Submit.
- Selesai.
Sila semak emel pengesahan dari Maybank untuk nombor rujukan janji temu Anda. Apabila sampai di cawangan, tunjukkan nombor rujukan tersebut kepada staff Maybank untuk janji temu Anda.
Semak Temujanji Maybank
- Lawati pautan rasmi Maybank appointment berikut ni https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
- Klik pada Manage.
- Masukkan Nombor Referensi Anda.
- Tick i’m not a robot.
- Klik Submit.
- Pilih pilihan Anda sama ada:
- Change: Untuk menjadualkan semula temujanji Anda.
- Cancel: untuk membatalkan temujanji.
- Selesai.
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Care Hotline di:
- 1-300-88-6688 (Malaysia)
- +603-7844-3696 (Overseas)
- Email: mgcc@maybank.com.my
Apabila Anda ingin membuka akaun Maybank, kami nasihatkan Anda untuk membaca cara buka akaun Maybank secara online atau walk-in.
Perkhidmatan temujanji Maybank betul-betul sangat user friendly sehingga dapat mempercepatkan urusan perbankan pelanggan. Dan tak perlu kena tunggu lama atau bersesak-sesak untuk dapat giliran di kaunter Maybank.