Sekarang ini banyak pelanggan Bank Islam memilih membuat temu janji secara online kerana kaedah ini lebih praktikal.
Sistem appointment online ini dapat memberi manfaat kepada pelanggan yang ingin kunjungi bank pada waktu yang di inginkan. Selain itu, pelanggan tak perlu beratur terlebih dahulu untuk bertemu dengan customer service atau pegawai bank.
Berikut kami kongsikan step cara buat temujanji Bank Islam secara online.

Temujanji Bank Islam Online
Sila ikuti langkah-langkah cara buat temujanji Bank Islam secara online berikut.
- Pertama sekali sila buka laman web https://vao.bankislam.com.my/BOBA/
- Pilih Layanan/Services untuk janji temu
- Pilih Negara
- Pilih Cawangan
- Pilih Waktu datang ke cawangan
- Pilih Sesi yang Anda inginkan
- Masukkan Nama Penuh
- Masukkan No My Kad/No Passport
- Masukkan No Telefon
- Masukkan Alamat Email
- Klik Next
- Pada laman Declarations sila baca terlebih dahulu lepas tu, klik Submit
- Sila cetak temujanji yang telah Anda buat, klik Print
Nota: Sila kunjungi cawangan Bank Islam bersesuaian dengan waktu yang telah Anda pilih. Sila bawa kad pengenalan, no telefon, dokumen dan resit bukti booking appointment untuk mempercepatkan urusan perbankan Anda.
Waktu Operasi Bank Islam
Di bawah ini merupakan jadual waktu operasi Bank Islam, sila kunjungi Bank Islam pada waktu bekerja:
WILAYAH | WAKTU OPERASI |
---|---|
Sabah, Sarawak & WP Labuan | Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang |
Kelantan & Terengganu | Ahad - Khamis : 9.30 pagi - 4.30 petang |
Semenanjung | Isnin - Jumaat : 9.30 pagi - 4.30 petang |
Soalan Lazim Bank Islam
Beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan temujanji Bank Islam:
1. Saya ingin membuka akaun Bank Islam, apa sahaja dokumen yang mesti saya bawa?
Pembukaan akaun Bank Islam sangat mudah.
Sila bawa dokumen pengenalan diri anda dan dokumen berikut (jika berkenaan) untuk temujanji anda:
- Pembukaan Akaun untuk: Pelajar (Surat tawaran dari Universiti, Kolej atau Sekolah) atau Gaji (Surat perlantikan daripada HR)
- Baitulmal (Borang permohonan bantuan zakat)
Anda boleh membaca cara buka akaun Bank Islam untuk dapatkan maklumat yang lebih detail.
2. Apakah laman website temujanji Bank Islam online ini boleh di akses pada bila-bila masa?
Ya, Anda boleh buat mengakses laman tersebut pada bila-bila masa. Sila gunakan handphone atau laptop untuk mengakses laman Bank Islam online booking of appointment.
3. Apakah perkhidmatan janji temu Bank Islam online percuma?
Ya, percuma.