Alliance Bank menyediakan sistem online yang boleh membantu pelanggan membuat urusan perbankan lebih cepat dan pantas. Apabila pelanggan akan membuka akaun, membuat pengeluaran, bank in dan urusan kad kredit, pelanggan dikehendaki untuk membuat temujanji terlebih dahulu.
Kelebihan temujanji ini adalah pelanggan tak perlu beratur atau bersesak di cawangan, hanya dengan membawa bukti booking yang dihantar ke telefon bimbit atau email, pelanggan dapat terus berurusan perbankan sehingga jimat masa.
Bagaimana cara buat temujanji Alliance Bank secara online untuk membuat urusan perbankan di cawangan/kaunter Alliance Bank secara fizikal?
Izinkan kami kongsikan langkah cara buat appointment Alliance Bank online.
Cara Buat Temujanji Alliance Bank
Sila ikuti langkah-langkah cara buat Temujanji Alliance Bank:
- Lawati pautan rasmi Alliance Bank berikut ini Appointment
- Masukkan Nama Penuh Anda mengikut Kad Pengenalan Anda.
- Masukkan No Kad Pengenalan Anda.
- Masukkan Alamat Email Anda pastikan alamat email Anda aktif.
- Masukkan No Telefon Anda.
- Pilih Tanggal yang Anda inginkan.
- Pilih Preffered Branch yang Anda inginkan.
- Klik Submit.
Cara Buat Urusan Perbankan di Kaunter
Setelah Anda membuat appointment, Anda akan mendapatkan notifikasi maklumat temujanji melalui no telefon atau emel.
Notifikasi tersebut mengandungi maklumat no reference dan tanggal booking yang telah Anda tentukan.
- Pergi ke cawangan Alliance Bank pilihan Anda.
- Pastikan Anda membawa kad pengenalan dan no rujukan booking appointment.
- Seterusnya staff akan membantu Anda.
Dimaklumkan bahawa waktu operasi cawangan Alliance Bank adalah seperti berikut:
- Peninsular Malaysia: 9:15 am to 4:15 pm
- East Malaysia: 9:00 am to 4:00 pm
- Cheque Clearing Time: 4:00 pm
Waktu operasi untuk Alliance Bank e-Lobbies adalah seperti berikut:
- Automated Teller Machine (ATM) 24 hours
- Cash Deposit Machine (CDM) 24 hours
- Cash Recycler Machine (CRM) 24 hours
- Cheque Express Service (CES) 24 hours
Soalan Lazim Alliance Bank
Berikut ini merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan Alliance Bank:
1. Bagaimana saya mengetahui tanggal temujanji?
Sekiranya Anda telah membuat permohonan online, kebiasanya sistem Alliance Bank akan menghantar notis melalui mesej (SMS) dan email.
2. Siapa sahaja yang boleh membuat Temujanji Alliance Bank?
- Pelanggan sedia ada Alliance Bank
- Pelanggan baharu Alliance Bank
3. Adakah terdapat fungsi Live Chat untuk membenarkan sembang masa nyata dengan perkhidmatan pelanggan Alliance Bank?
Anda boleh lawati laman https://www.alliancebank.com.my/whatsapp.aspx
Maklumat lanjut mengenai Alliance Bank, Anda boleh hubungi 03-5516 9988 (Personal) dan 1-300-80-3388 (Business).