Bagi Anda yang ingin membuka akaun Maybank atau apa-apa urusan yang perlu dilakukan di kaunter Maybank, Anda perlu buat temu janji Maybank online terlebih dahulu dan Maybank telah melancarkan EzyQ melalui laman web Maybank2u dimana Anda boleh menetapkan janji temu dengan pihak bank cawangan pilihan Anda.
Jadi untuk membuat janji temu bagi sebarang urusan di kaunter Maybank ini, terdapat beberapa cara yang Anda boleh lakukan iaitu sama ada melalui aplikasi MAE by Maybank2u dan melalui laman web mereka.
Untuk lebih mudah, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.
Cara Buat Janji Temu Online di Kaunter Maybank
Sila ikuti langkah-langkah cara buat janji temu online di kaunter Maybank di bawah ini:
- Klik pautan berikut ini https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
- Pada Make an Appointment, Anda dikehendaki untuk memilih jenis urusan di kaunter Maybank.
- Selepas itu, Anda dikehendaki untuk memilih cawangan bank, negeri, daerah, cawangan dan alamat.
- Seterusnya, Anda perlu memilih waktu janji temu.
- Isikan butiran diri sendiri seperti Nama, No kad Pengenalan dan Telefon serta alamat email.
- Jika selesai mengisi maklumat, klik I’m not a robot.
- Klik Submit.
- Kemudian, Anda akan diberitahu bahawa Anda telah berjaya membuat janji temu.
- Sila klik Save As PDF untuk menyimpan rincian janji temu.
- Selesai.
Nombor rujukan ini diperlukan sebagai bukti bahawa Anda telah membuat janji temu untuk waktu tersebut. Nanti Anda hanya perlu tinggal tunjukkan saja bukti janji temu ini pada pegawai Maybank disana jika Anda mempunyai sebarang masalah berkenaan janji temu ini.
Atau sila semak temujanji Maybank untuk pastikan data Anda telah di rekod di sistem Maybank.
Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan dengan Maybank Anda dapat menghubungi Maybank Customer Care Hotline di:
- 1-300 88 6688 (Malaysia)
- +603-7844 3696 (Overseas)
- Email: mgcc@maybank.com.my
Pastikan Anda mendaftar dan membuka akaun baharu atau melakukan sebarang urusan di kaunter Maybank, dan pastikan juga Anda telah membuat temujanji terlebih dahulu.