Cara Atasi Tak Boleh Login BSN Online Banking MyBSN

Posted on

Perkhidmatan BSN online MyBSN adalah platform perbankan digital yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memudahkan pelanggan mereka menguruskan akaun mereka dengan mudah dan pantas.

MyBSN membolehkan pelanggan BSN mengakses akaun mereka secara online melalui pelayar internet. Dengan MyBSN, pelanggan BSN boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan secara online seperti semak baki akaun, pemindahan wang, pembayaran bil, pembelian tiket dan banyak lagi.

MyBSN juga menyediakan fungsi-fungsi keselamatan yang tinggi untuk memastikan akaun pelanggan selamat.

Tak Boleh Login BSN Online Banking
Tak Boleh Login BSN Online Banking

Tak Boleh Login BSN Online Banking

Bagi Anda pengguna BSN online, yang mengalami masalah tak boleh login ke dalam akaun BSN online Anda. Berikut ini beberapa sebab mengapa pengguna mengalami masalah tersebut, antaranya adalah:

  1. Mungkin ada kesilapan pada nama pengguna atau kata laluan yang dimasukkan semasa log masuk. Oleh itu, pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul dan tepat.
  2. Jika pengguna memasukkan maklumat log masuk yang salah berkali-kali, akaun BSN online mereka boleh disekat. Jika ini berlaku, pengguna perlu menghubungi BSN Customer Service untuk membuka semula akaun mereka.
  3. Sekiranya terdapat masalah teknikal dengan sistem BSN online, pengguna mungkin tidak dapat log masuk ke dalam akaun mereka. Masalah ini mungkin disebabkan oleh kerosakan pada rangkaian internet, masalah teknikal di pihak BSN atau maintenance system.
  4. Jika pengguna tidak menggunakan akaun BSN online mereka untuk jangka masa yang lama, akaun mereka boleh ditamatkan oleh BSN. Jadi pastikan akaun Anda sentiasa aktif dan digunakan secara berkala.

So kalau akaun Anda disekat/kena block Anda kena hubungi khidmat pelanggan BSN.

Cara Mengatasi Tak Boleh Login BSN Online

Jika Anda mengalami masalah tak boleh log masuk ke dalam akaun BSN online Anda, jangan risau ye. Anda boleh mencuba beberapa langkah berikut:

  1. Pastikan maklumat log masuk yang dimasukkan adalah betul dan tepat.
  2. Bersihkan cache dan cookies pada pelayar internet Anda.
  3. Pastikan internet Anda berfungsi dengan baik.

Kalau 3 langkah diatas dah Anda cuba tapi tak berjaya, kami nasihatkan Anda untuk hubungi BSN customer service untuk selesaikan masalah tersebut.

Adakah BSN mempunyai aplikasi mobile banking macam MAE (Maybank), CIMB Clicks OCTO?

Sekarang ini Bank Simpanan Nasional (BSN) takde aplikasi mobile banking ye. So kalau ada yang kata BSN mempunyai aplikasi BSN, itu tak betul!

BSN hanya mempunyai laman website perbankan MyBSN (https://www.mybsn.com.my).

Cara Login Bank BSN Online

Ikuti langkah-langkah cara login BSN Online dengan benar:

  1. Lawati pautan rasmi Bank BSN di https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda. Username login BSN
  3. Klik Login.
  4. Klik Yes untuk sahkan Security Image. Password login BSN
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selesai.

Semoga maklumat yang kami kongsikan diatas boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi khidmat pelanggan BSN di 1300-88-1900.