Cara Atasi Tak Boleh Login App Bank Islam Go Mobile

Posted on

Anda mungkin mengalami masalah yang agak menguji kesabaran bila nak login App Bank Islam Go, kan? Macam-macam jenis perkara boleh jadi entah kenapa, entah macam mana.

Kalau Anda pernah terfikir, Eh, kenapa la tak boleh login ni? jangan risau, Anda bukan sorang-sorang.

Mungkin Anda dah try semua jenis cara, macam forget password, reset password, atau cuba lagi dan lagi, tapi tetap tak berjaya.

Tension, kan? Jangan Anda stress dulu, sebab aku ada beberapa tips yang boleh Anda cuba untuk penyelesaian masalah tak boleh login App Bank Islam mobile banking ni.

Tak Boleh Login App Bank Islam Go
Tak Boleh Login App Bank Islam Go

Apakah Penyebab Masalah Ini

Anda kena faham dulu apa yang boleh jadi penyebab masalah ni. Antara faktor yang mungkin:

  • Server diorang tengah down atau ada masalah teknikal lain.
  • Kalau Anda guna versi lama, mungkin ada bug yang dah diperbetulkan dalam versi terkini.
  • Check semula ID pengguna dan password yang Anda masukkan.

Cara Mengatasi Tak Boleh Login App Bank Islam

Tapi jangan risau, dalam artikel ni, aku akan kongsi tips dan trik untuk tackle masalah ni.

Pastikan Internet Connection

  1. Pastikan WiFi atau data Anda dalam keadaan baik.
  2. Cuba restart router atau tukar ke sambungan data yang lebih stabil.

Semak Versi Aplikasi

  1. Pastikan Anda guna versi terkini Bank Islam Go.
  2. Kalau belum, pergi ke Google Play atau App Store dan update segera.

Clear Cache dan Data

  1. Pergi ke Settings > Apps > Bank Islam Go.
  2. Klik Storage dan pilih Clear Cache dan Clear Data.
  3. Cuba login semula.

Betulkan Tarikh dan Masa

  1. Pastikan tarikh dan masa dalam telefon Anda betul.
  2. Kalau tak, pergi ke Settings > System > Date & Time dan setkan secara manual.

Reset Kata Laluan

  1. Kalau dah cuba semua tapi masih tak boleh login, cuba reset kata laluan.
  2. Pergi ke laman web Bank Islam dan ikut langkah-langkah reset kata laluan.

Hubungi Khidmat Pelanggan

  1. Kalau semua gagal, hubungi khidmat pelanggan Bank Islam.
  2. Boleh hubungi melalui nombor telefon atau emel yang disediakan dalam aplikasi

Tak Boleh Buka Lepas Update

Lepas Anda ikuti panduan cara daftar Bank Islam online, berikut ni ialah cara-caranya agar Anda boleh log masuk app Go By Bank Islam :

  1. Sila anda pergi ke setting kat hp anda
  2. Lalu cari Pengurusan aplikasi dan klik senarai aplikasi
  3. Klik aplikasi go bank islam
  4. Lepastu pergi ke bersihkan data
  5. Lalu anda ke aplikasi Go by Bank Islam kembali.
  6. Tekan benarkan dan tunggu proses sampai keluar
  7. Apabila sudah keluar anda tekan i agree
  8. Masukan ID dan kata laluan anda dan klik continue   Continue
  9. Lepastu tekan yes kembali
  10. Masukan password dan nombor ID anda.
  11. Masukan kode yang sudah dikirim ke nombor anda
  12. Berjaya aplikasi go bank anda telah bisa digunakan kembali.

Anda sekarang dah tahu kenapa kadang-kadang tak boleh login dalam App Bank Islam Go, kan? Semoga tips-tips yang aku kongsi tadi dapat membantu Anda selesaikan masalah ni.