Syarat Buka Akaun BSN Bagi Warga Asing / Warga Negara

Posted on

Bagi Anda yang ingin membuka akaun simpanan BSN, kami akan kongsikan langkah mudahnya. Untuk makluman, Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan salah satu bank yang sentiasa memberikan kemudahan kepada pelanggannya iaitu dengan menyediakan perkhidmatan online banking yang dapat diakses pada bila-bila masa.

Selain itu, BSN juga menawarkan akaun simpanan yang boleh Anda pilih sesuai dengan keperluan Anda. Anda boleh pilih akaun semasa atau akaun simpanan untuk keperluan Anda.

Syarat Buka Akaun BSN
Syarat Buka Akaun BSN

Syarat Buka Akaun Simpanan BSN

Di bawah ini merupakan syarat buka akaun BSN simpanan yang boleh Anda pilih sebelum membuka akaun.

BSN Basic Savings

Akaun simpanan asas untuk semua keperluan perbankan harian anda. BSN Basic Savings merangkumi semua keperluan asas Anda.

1. Kelayakan dan Ciri-Ciri

  • Terbuka kepada Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Terbuka kepada Akaun Individu sahaja
  • Amaun simpanan permulaan hanya RM20
  • Amaun simpanan minimum RM10 perlu dikekalkan

2. Manfaat

Manfaat yang dapat Anda perolehi jika membuka akaun ini.

  • Amaun simpanan permulaan serendah RM20
  • Pengecualian fi tahunan ke atas Kad Debit
  • Percuma enam (6) kali urusan kaunter dalam sebulan
  • Percuma lapan (8) kali pengeluaran tunai daripada ATM dalam sebulan
  • Percuma Penyata Mini ATM

BSN GIRO eSaver

Akaun BSN ini menawarkan simpanan dalam talian dengan manfaat istimewa dan pulangan lebih tinggi.

Selain itu BSN GIRO eSaver ini sangat cocok untuk Anda yang sentiasa sibuk sebab memberikan peluang mudah untuk menggapai kehidupan yang lebih baik.

1. Manfaat

Manfaat yang dapat Anda perolehi jika membuka akaun ini.

  • Akaun simpanan berasaskan Internet dengan kemudahan dalam talian
  • Kadar faedah tinggi berbilang peringkat
  • Nikmati faedah bonus 5% atas faedah bagi baki harian RM5,000 ke atas
  • Pengecualian fi kad tahunan
  • Transaksi yang dibuat boleh disemak secara dalam talian

2. Kelayakan dan Ciri-Ciri

  • Individu berumur 18 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia/Penduduk Tetap
  • Terbuka kepada Bukan Penduduk Tetap Malaysia (mempunyai permit kerja)
  • Amaun minimum simpanan permulaan serendah RM500 sahaja.
  • Amaun simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan

Untuk Warga Negara Malaysia

Dokumen dan syarat yang mesti Anda siapkan sebelum mendaftar.

  • Kad Pengenalan
  • Wang RM50
  • Bil Elektrik (untuk dokumen sokongan)

Untuk Warga Negara Asing

Bagi Anda warga negara asing, pastikan bahawa Anda sudah sediakan dokumen dan syarat di bawah ini.

  • Bekerja di Malaysia
  • Surat pengesahan majikan
  • Alamat tetap
  • Bil ultiliti (bil air/bil elektrik)
  • Visa dan Pasport belum tamah tempoh

3. Kadar Perbankan

Kadar faedah bagi produk dan perkhidmatan GIRO eSaver.

Baki dalam Akaun Kadar Faedah (setahun)
Sehingga RM500 0.30%
> RM500 – RM5,000 0.40%
> RM5,000 – RM25,000 0.50%
> RM25,000 – RM50,000 0.75%
> RM50,000 – RM100,000 1.00%
> RM100,000 – RM500,000 1.50%
> RM500,000 1.75%

BSN GIRO

BSN GIRO menawarkan transaksi perbankan yang lebih fleksibel dan mudah.

Limit Pengeluaran di ATM BSN

Berikut adalah had yang diberikan oleh BSN bagi pengeluaran wang di mestin ATM.

Syarat Umur Pemegang Akaun Had Pengeluaran (sehari) Had Bilangan Transaksi (sehari)
13 – 15 tahun Max. RM1,000 Max. 3 transaksi
16 tahun ke atas Max. RM5,000 Max. 4 transaksi

1. Kelayakan dan Ciri-Ciri

Amaun minimum untuk membuka akaun adalah seperti berikut (mengikut kategori):

Akaun Individu

Amaun Simpanan Minimum RM50 dan baki minimum di dalam akaun RM10

  • Dewasa 16 tahun ke atas
  • Remaja 13 – 15 tahun
  • Kanak-kanak 7  12 tahun

Akaun Bersama

Amaun Simpanan Minimum RM50 dan baki minimum di dalam akaun RM10

  • 7 tahun ke atas

Akaun Amanah

Amaun Simpanan Minimum RM50 dan baki minimum di dalam akaun RM10

  • Ibubapa/Penjaga Sah 18 tahun ke atas
  • Kanak 7 tahun ke bawah

2. Manfaat

Manfaat yang boleh Anda perolehi jika membuka akaun ini.

  • Kemudahan perkhidmatan ATM dan CDM di seluruh Malaysia
  • Transaksi BSN GIRO boleh dilakukan di mana-mana Cawangan dan ATM BSN
  • Perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank (IBFT) melalui ATM BSN
  • Perkhidmatan Pembayaran Bil melalui ATM BSN dan Arahan Tetap
  • Kendalikan simpanan, pengeluaran dan pemindahan dana anda di mana-mana Kaunter dan / atau ATM BSN serta ATM Bank lain dengan MEPS
  • Perkhidmatan GIRO Antara Bank (IBG)
  • Kemudahan Perbankan SMS
  • Kemudahan beli-belah di lebih 29 juta rakan niaga di seluruh dunia

3. Kadar Faedah

Baki dalam Akaun Kadar Faedah (setahun)
Semua baki 0.25%

BSN GIRO Akaun Syarikat

BSN GIRO Akaun Syarikat bertujuan untuk membantu meningkatkan faedah Anda dengan mudah.

1. Kelayakan dan Ciri-Ciri

Semua produk simpanan BSN dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

Jenis Akaun Amaun Min. bagi Pembukaan Akaun Baki Min. dalam Akaun
Bukan Perniagaan RM100 RM100
Perniagaan RM500 RM500

2. Kadar Faedah

Baki dalam Akaun Kadar Faedah (setahun)
RM0 – RM50,000 0.10%
> RM50,000 0.20%

Syarat Buka Akaun Semasa BSN

Berikut ini merupakan syarat buka akaun semasa BSN yang boleh Anda pilih sebelum membuka akaun.

BSN GIRO Premium

Buka BSN GIRO Premium untuk menikmati kemudahan fleksibiliti yang lebih besar dalam transaksi perbankan anda.

1. Manfaat

Senarai manfaat yang Anda dapatkan jika membuka akaun ini.

  • Tiada baki minima yang perlu dikekalkan dalam akaun (berbaki sifar)
  • Kemudahan perkhidmatan ATM dan CDM di seluruh Malaysia
  • Perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank (IBFT) melalui ATM BSN
  • Kendalikan simpanan, pengeluaran dan pemindahan dana anda di mana-mana Kaunter dan / atau ATM BSN serta ATM Bank lain dengan MEPS
  • Kemudahan Perbankan SMS
  • Tiada pencadang diperlukan semasa pembukaan akaun
  • Transaksi BSN GIRO boleh dilakukan di mana-mana cawangan, ATM BSN dan perbankan internet
  • Perkhidmatan Pembayaran Bil melalui ATM BSN dan Arahan Tetap
  • DuitNow
  • Kemudahan beli-belah di lebih 29 juta rakan niaga di seluruh dunia

2. Kelayakan dan Ciri-Ciri

  • Warganegara & penduduk tetap sahaja.
  • 18 tahun ke atas.
  • Akaun persendirian dan bersama adalah dibenarkan.
  • Kad pengenalan pemohon

Kelayakan Simpanan

Amaun Simpanan Minima Baki Minima di dalam Akaun
Akaun individu dan bersama RM500 RM0.00

BSN GIRO Premium Akaun Syarikat

Akaun Semasa Perniagaan Harian Anda.

1. Manfaat

  • Tiada baki minima yang perlu dikekalkan dalam akaun (berbaki sifar)
  • Tiada pencadang diperlukan semasa pembukaan akaun

2. Kelayakan dan Ciri-Ciri

Terbuka kepada Organisasi Berasaskan Perniagaan dan Organisasi Bukan Berasaskan Perniagaan.

3. Kelayakan Simpanan

Amaun Min. Bagi
Pembukaan Akaun
Baki Min. dalam Akaun
Perniagaan RM1,000 RM0.00
Bukan Perniagaan RM1,000 RM0.00

Cara Buka Akaun BSN Online

Ikuti cara buka akaun BSN di bawah ini.

  1. Lawati pautan rasmi BSN https://www.bsn.com.my
  2. Klik Deposit.
  3. Pilih Produk simpanan yang Anda inginkan.
  4. Klik Mohon Sekarang.
  5. Kemudian, klik Hantar butiran.
  6. Isikan butiran maklumat peribadi Anda.
  7. Selepas itu, pihak BSN akan menghubungi Anda.
  8. Selesai.

Cara Buka Akaun BSN di Cawangan

Sekiranya Anda berhasrat membuka akaun BSN di cawangan, Anda perlu membawa syarat dan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, wang untuk deposit dan bil elektrik. Sila rujuk semula maklumat yang kami kongsikan diatas untuk setiap akaun bank.

Selepas itu baca cara buka akaun BSN pada artikel yang telah kami kongsikan sebelum ini.

Soalan Lazim BSN

Berikut ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan BSN:

1. Jika membuat akaun bank BSN, seberapa cepat boleh buat akaun tersebut?

Urusan pembukaan akaun diselesaikan pada hari yang sama semasa permohonan tersebut di kaunter.

2. Jika akun BSN yang sudah lama tidak aktif, berapakah saya harus bayar untuk aktifkan kembali?

Untuk aktifkan  semula akaun simpanan yang tidak aktif (dorman), Anda perlu ke kaunter BSN bagi membuat deposit ke akaun Anda tersebut dengan minimum RM10.00

3. Kalau ingin buka akaun khas bagi perniagaan seperti kedai runcit, adakah akan dapat kad atm untuk urusan pengeluaran dan sebagainya?

Tiada kad debit diberikan bagi pembukaan akaun syarikat.

4. Bolehkah saya membuka akaun bersama (Joint Account) dengan anak saya yang dibawah umur 18 tahun dan mendapatkan kemudahan online banking? Sekiranya salah seorang penama akaun Bersama meninggal dunia, adakah akaun dibekukan?

Untuk makluman Anda, akaun bersama tidak dibenarkan bagi mendaftar akaun perbankan internet myBSN

5. Jika saya membuka akaun BSN umur 16 tahun, bolehkah saya buat online banking?

Syarat umur minimum untuk daftar akaun perbankan internet myBSN adalah 18 tahun.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.