Cara Tukar Plan Switch to Umobile Prepaid / Postpaid

Posted on

Dah bosan dengan plan telefon bimbit Anda yang mahal? Nak tukar tapi tak tahu nak pilih yang mana? Jangan risau, kami ada cadangan terbaik untuk Anda.

Umobile ni ada pelbagai plan yang boleh sesuaikan dengan keperluan Anda. Yang pasti, harga dia memang berbaloi-baloi dan lebih jimat berbanding dengan servis provider yang lain.

Anda boleh pilih plan postpaid atau prepaid yang mempunyai internet speed yang laju dan juga panggilan tanpa had. Bukan tu saja, Umobile juga menyediakan pelan untuk Anda yang tak nak langgan kontrak.

Switch to Umobile
Switch to Umobile

Switch to Umobile Postpaid

Sebelum Anda buat permintaan tukar ke Umobile Postpaid, ada beberapa perkara yang perlu Anda pastikan dulu:

  1. Pastikan semua bil dengan penyedia perkhidmatan Anda sudah diselesaikan.
  2. Pastikan Anda bebas daripada apa-apa kontrak seperti kontrak pelan telefon dan lain-lain lagi.
  3. Pastikan semua nombor utama dan tambahan tidak terhad oleh mana-mana penyedia perkhidmatan.
  4. Nombor utama dan tambahan perlu dipindahkan keluar bersama-sama. Jika nombor tambahan tidak mahu dipindahkan, pemegang nombor utama perlu menghubungi penyedia perkhidmatan semasa untuk bantuan lanjut. Setelah proses ini selesai, barulah pemegang nombor utama (Anda) boleh pindah masuk ke Umobile.
  5. Hanya satu nombor telefon aktif yang dibenarkan untuk memohon pindah masuk melalui saluran dalam talian.
  6. Nombor utama dan tambahan yang ingin dipindahkan bersama-sama perlu ke kedai Umobile untuk memohon secara berkumpulan.
  7. Pastikan nombor telefon Anda didaftarkan atas nama Anda dan tidak terikat dengan syarikat.

Pastikan NRIC yang diberikan adalah sama dengan yang didaftarkan dengan penyedia perkhidmatan Anda sekarang.

Sekiranya semua perkara di atas dah dipastikan, Anda dah boleh buat permohonan pindah masuk ke Umobile Postpaid.

Cara Tukar Pelan UMobile Postpaid

Kalau semua dah siap, jom kita tengok cara-cara tukar pelan UMobile Postpaid berikut:

Langkah 1

  1. Sila buka pautan berikut https://shop.u.com.my/um/postpaid
  2. Lepas tu isikan butiran peribadi seperti yang tertera di dalam borang.​
  3. Pilih sama ada Anda ingin menerima pek SIM U Mudah Alih baharu atau gunakan Kad SIM Prabayar U Mobile BARU untuk port-in.
  4. Kemudian Anda kena Request dan masukkan kod TAC, klik Submit.
  5. Semak e-mel Anda untuk nombor pesanan port-in.

Langkah 2

  1. SIM baharu akan dihantar kepada Anda.
  2. Sila masukkan simkad baru tu ke telefon bimbit Anda.
  3. Lepas tu, aktifkan SIM tersebut.
  4. Anda akan menerima SMS pengesahan untuk permintaan port-in Anda.

Semak Status Penghantaran dan Pengaktifan

Untuk mengetahui status penghantaran ataupun pengaktifan simkad UMobile, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Buka pautan ni https://shop.u.com.my/um/check-status
  2. Lepas tu pilih ID Type (MyKad/MyTentera). Semak Status Penghantaran SIM UMobile
  3. Masukkan nombor MyKad/MyTentara.
  4. Isikkan no telefon baru Anda pada ruangan Current Mobile No.
  5. Klik Submit.
  6. Skrin akan paparkan status SIM Anda.

Sahkan permintaan Anda dengan telco perkhidmatan semasa Anda

Ikut arahan dalam e-mel UMobile untuk meneruskan permintaan port-in sebaik sahaja Anda menerima kad SIM Anda.

Ini adalah untuk menghantar permintaan keluar secara rasmi kepada telco perkhidmatan semasa Anda.

Telco perkhidmatan semasa Anda akan menghantar SMS untuk meminta Anda mengesahkan permintaan port-out Anda.

Pastikan Anda membalas dalam tempoh yang ditetapkan. Balasan Anda sensitif huruf besar-besaran.

Contoh Pengesahan

  • Maxis: Sila sahkan permintaan Anda untuk meninggalkan Maxis, balas YA atau N sebelum yyyy-mm-dd hh:mm:ss
  • Digi: Sila sahkan permintaan Anda untuk meninggalkan Digi, balas YA atau N sebelum yyyy-mm-dd hh:mm:ss
  • Celcom: Sila sahkan permintaan Anda untuk beralih ke rangkaian lain. Balas YA atau TIDAK sebelum dd-mm-yy hh:mm:ss

Seterusnya untuk mengelakkan kehilangan kenalan (Contacts dalam phone) Anda, sila pindahkan semua kenalan Anda dari kad SIM semasa Anda ke telefon Anda.

Untuk pengguna iPhone

  1. Masukkan kad SIM lama Anda ke dalam telefon iPhone Anda.
  2. Daripada skrin utama, pilih Tetapan.
  3. Pilih Emel, Kenalan, Kalendar.
  4. Klik Import Kenalan SIM.

Untuk pengguna Android

  1. Masukkan kad SIM lama Anda ke dalam telefon Android Anda.
  2. Buka Contacts dan klik pada butang Menu.
  3. Klik Import/Export.
  4. Pilih Import from SIM Card.

Switch to Umobile Prepaid

Dah penat-penat pakai pelan telefon pospaid yang mahal? Nak tukar ke pelan prepaid yang lebih menjimatkan?  UMobile Prepaid mungkin boleh jadi pilihan yang sesuai untuk Anda.

Dengan pelbagai pilihan pakej yang menarik, harga yang berpatutan, dan tawaran tambahan yang best, tak salah untuk Anda switch ke UMobile Prepaid.

Cara Tukar Pelan UMobile Prepaid

Langkah pertama yang perlu Anda buat ialah membeli kad SIM U Mobile Prepaid. Anda boleh membelinya secara online, di mana-mana cawangan U Mobile atau melalui peniaga yang terlibat.

Selepas itu, langkah seterusnya ialah mengisi borang Switch to U. Borang tersebut memerlukan maklumat peribadi Anda seperti nama, nombor telefon dan sebagainya. Pastikan Anda isi borang dengan betul dan lengkap.

Selepas itu, Anda akan menerima SMS pengesahan yang mengesahkan permintaan Anda untuk beralih ke UMobile Prepaid. Pastikan Anda menyimpan SMS tersebut sebagai bukti pengesahan.

Dalam masa beberapa jam, nombor Anda akan dipindahkan ke UMobile Prepaid dan Anda dah boleh mula menikmati pelbagai manfaat dan kemudahan yang ditawarkan oleh UMobile.

Cara Status Pengaktifan Simkad Prepaid UMobile

Untuk semak status pengaktifan, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Taip/copy pautan ni https://shop.u.com.my/um/check-status
  2. Kemudian Anda pilih ID Type (MyKad/MyTentera). Semak Status Penghantaran SIM UMobile
  3. Isikkan no MyKad/MyTentara.
  4. Isikkan no telefon baru Anda pada ruangan Current Mobile No.
  5. Tekan butang Submit.
  6. Status pengaktifkan kad Anda akan terlihat.

Jadi, itulah cara switch ke UMobile prepaid atau postpaid. Memilih U Mobile sebagai penyedia perkhidmatan telefon bimbit memang menjadi pilihan yang bijak bagi Anda yang mengutamakan pengalaman pengguna yang selesa dan menjimatkan.