Memang betul, sekarang ni zaman teknologi, apa pun boleh buat secara online. Jadi, dalam artikel ni, kita akan bincangkan cara Anda boleh dapatkan statement bank Muamalat Anda dengan mudah melalui perkhidmatan i-Muamalat online.
Dalam zaman moden ni, cara nak dapatkan penyata bank Muamalat dah jadi lebih mudah dan senang. Tak payah nak beratur panjang-panjang dekat bank, atau tunggu surat datang rumah.
Jadi, kalau Anda tercari-cari cara yang paling senang nak cetak penyata akaun bank Muamalat Anda, Anda dah sampai kat tempat yang betul. Sila ikuti step di bawah.

Apa Itu Statement Bank Muamalat
Statement Bank Muamalat, atau lebih dikenali sebagai penyata akaun bank, adalah dokumen rasmi yang mengandungi rekod semua transaksi kewangan yang berlaku dalam akaun bank Anda di Bank Muamalat.
Dokumen ini memaparkan butiran seperti jumlah baki dalam akaun, transaksi deposit, pengeluaran, pemindahan wang, cek yang dikeluarkan, dan banyak lagi.
Penyata akaun bank ini biasanya dikeluarkan secara berkala, seperti bulanan atau sesuai dengan tempoh tertentu yang telah ditetapkan oleh bank.
Dalam penyata akaun bank, Anda akan dapat melihat keseluruhan gambaran tentang bagaimana dana dalam akaun Anda digunakan dan mengalir.
Cara Semak Duit Keluar Masuk Bank Muamalat
Ikuti langkah-langkah cara semak duit keluar Bank Muamalat:
- Lawati pautan rasmi Bank Muamalat di https://www.i-muamalat.com.my
- Masukkan Username akaun Anda. Klik Next.
- Sahkan Image Keselamatan Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Selepas login, klik My Accounts > Accounts Summary.
- Kemudian, klik Transaction History.
- Pada View Transaction For, Anda mesti pilih tempo transaksi yang Anda inginkan. Klik Submit.
- Sejarah Transaksi yang Anda pilih akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Muat Turun Statement Bank Muamalat Online
Cara paling smart untuk dapatkan penyata bank Muamalat online ialah melalui perkhidmatan online banking.
Anda takyah susah-susah nak ke bank atau ATM, sila Anda lihat kat bawah ni:
- Pertama sekali, sila log masuk i-Muamalat Anda.
- Kemudian anda klik My Accounts.
- Anda pilih E-statement
- Klik account number anda, Selepas tu anda langsung klik Search.
- Kemudian sistem akan paparkan penyata 3 bulan sahaja.
- Apabila anda ingin bulan penyata terkini akan muncul kat sistem pada hari ke tujuh atau seterusnya untuk setiap bulan.
- Untuk anda print penyata, anda boleh klik bahagian download PDF.
- Sistem automatik akan download penyata tu, apabila anda ingin print anda klik icon printer.
- Selesai.
Cara Cetak Penyata Bank Muamalat Melalui Mesin ATM
Anda juga boleh dapatkan penyata Bank Muamalat melalui mesin ATM:
- Kunjungi mesin ATM Bank Muamalat yang berhampiran.
- Masukkan Kad ATM Bank Muamalat ke slot yang disediakan.
- Masukkan No PIN ATM Anda.
- Pilih Lain-lain Urusniaga/Others.
- Pilih Khidmat Penyata/Statement Bank
- Klik Penyata Mini.
- Klik Cetak.
- Selesai.
Cara Dapatkan Statement Bank Muamalat Melalui Cawangan
Cara terakhir iatu, Anda juga boleh dapatkan statement Bank Muamalat melalui cawangan.
Sila pergi ke cawangan Bank Muamalat terdekat.
- Bawa Kad Pengenalan dan Kad Debit Anda.
- Sila ambil nombor giliran, jika nombor giliran dah dipanggil.
- Beritahu kepada pegawai bank Muamalat bahawa Anda ingin cetak statement akaun bank.
- Tunggu beberapa saat.
- Pegawai bank akan memberikan Anda penyata Bank yang Anda inginkan.
- Selesai.
Dengan langkah-langkah yang telah kami kongsikan tadi, Anda bolehlah senang-senang je periksa transaksi Anda.
Jangan lupa untuk sentiasa menjaga maklumat perbankan Anda dengan teliti, termasuk nombor akaun dan kata laluan.
Sekiranya Anda masih mempunyai sebarang persoalan berkenaan cara mendapatkan penyata bank Muamalat, jangan segan untuk menghubungi pihak bank +603-2600-5500.
Mereka sentiasa bersedia untuk membantu Anda dalam sebarang masalah atau pertanyaan yang Anda ada.