Cara Cetak Statement Bank BSN Penyata Kewangan

Posted on

Kalau Anda adalah pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), memang pasti Anda pernah dapat penyata kewangan dari bank ni. Tapi, tau tak Anda betul-betul apa tu statement bank BSN atau penyata akaun BSN?

Penyata kewangan dari Bank BSN ni sebenarnya adalah dokumen yang memaparkan segala transaksi yang berlaku dalam akaun bank Anda. Jadi, kalau Anda buat duit masuk atau keluar, atau bayar bil melalui akaun bank BSN, semuanya akan tercatat dalam penyata kewangan ni. Bagi Anda yang selalu terlupa bila duit masuk atau keluar, penyata kewangan ni memang alat yang berguna.

Dalam penyata kewangan, Anda boleh tengok baki dalam akaun, tarikh transaksi, nama syarikat atau individu yang Anda bayar, dan jumlah wang yang terlibat. Jadi, kalau Anda nak track duit Anda, penyata kewangan ni memang penolong yang baik.

Semakan Penyata Bank BSN
Semakan Penyata Bank BSN

Muat Turun Statement Bank BSN Melalui Online

Sila Anda lihat kat bawah ni ialah langkah-langkah semak penyata Bank BSN online:

  1. Buka laman web perbankan internet BSN https://www.mybsn.com.my
  2. Klik pada butang Log Masuk di bahagian atas kanan.
  3. Masukkan Username dan Password Anda.
  4. Selepas log masuk, klik Account Overview. Cara Dapatkan Statement Bank BSN
  5. Lepas tu klik pada E-Statement.
  6. Pilih akaun yang ingin di muat turun.
  7. Klik download untuk dapatkan file PDF.

Untuk dapatkan akses myBSN, Anda perlu mempunyai akaun myBSN. Berikut langkah-langkah cara daftar BSN online.

Mulai 1 November 2022, Anda tak akan lagi terima penyata bulanan kad kredit BSN melalui pos atau email.

Sebaliknya, Anda boleh akses penyata Anda melalui myBSN Internet Banking. Jadi, kalau nak check penyata atau buat rujukan, Anda perlu log masuk ke akaun myBSN Internet Banking.

Cetak Penyata Mini Bank BSN Melalui Mesin ATM

Berikut ialah cara-cara print penyata Bank BSN melalui mesin ATM:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM BSN yang berdekatan.
  2. Masukan Kad Debit Anda ke mesin ATM.
  3. Kemudian kad anda akan di proses.
  4. Seterusnya pilih bahasa yang ingin anda gunakan.
  5. Lalu anda masukan PIN ATM anda .
  6. Pilih Pertukaran PIN / Urusan lain .
  7. Anda klik Penyata Mini  
  8. Penyata mini anda akan dikenakan caj RM0.50 
  9. Setelah itu anda tekan YA.
  10. Lepas tu penyata mini anda akan dicetak
  11. Selesai.

Cara Dapatkan Penyata Akaun Bank BSN di Cawangan

Jika Anda ingin semak penyata bank BSN melalui cawangan, ikut langkah-langkah mudah berikut:

  1. Pergilah ke cawangan BSN yang paling dekat dengan lokasi Anda. Pastikan membawa bersama kad pengenalan dan buku simpanan.
  2. Bercakaplah dengan pegawai perbankan di kaunter. Beritahu mereka bahawa Anda ingin cetak penyata bank BSN.
  3. Berikan maklumat akaun bank Anda seperti nombor akaun atau apa-apa butiran tambahan yang diminta oleh pegawai.
  4. Jika terdapat bayaran untuk perkhidmatan semakan penyata bank, pastikan Anda membayarnya.
  5. Pegawai perbankan akan memproses permintaan Anda dan mencetak penyata bank Anda.
  6. Selepas menerima penyata bank, pastikan untuk memeriksa maklumat dengan teliti. Pastikan semua transaksi adalah betul dan tidak ada kesilapan.

Jadi, kalau Anda nak kawal perbelanjaan atau nak pastikan duit dalam akaun Anda tak kurang tiba-tiba, jangan lupa tengok penyata kewangan dari Bank BSN.

Kalau tak, memang senang je Anda terlepas pandang pasal duit. Jadi, simpan betul-betul penyata kewangan ni, dan Anda boleh tahu dengan jelas camne Anda guna duit Anda.

Kalau Anda ada sebarang masalah atau pertanyaan, BSN sentiasa sedia membantu melalui talian bantuan BSN +603 2613 1900 atau 1300 88 5855.