Bagi Anda yang belum tahu bahawa sekarang BR1M telah bertukar nama menjadi BSH (Bantuan Sara Hidup). BSH berbeza dengan bantuan BR1M kerana jumlah bantuan dan kategori betul-betul akan diberikan kepada mereka yang layak dan menepati syarat kelayakan BSH.
Permohonan baru dan penerima BSH sedia ada dari kategori bujang dan isi rumah. Anda boleh melakukan semakan BSH status kelulusan Bantuan Sara Hidup secara online bagi mengetahui sama ada permohonan mereka lulus atau tidak.
Semakan Status BSH Bujang dan Isi Rumah
Sekiranya Anda sudah membuat permohonan dan ingin mengetahui status bayaran bujang dan isi rumah lulus atau tidak.
Berikut adalah cara-cara semakan status bsh lulus atau tidak lulus melalui portal BSH online.
- Sila layari laman https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
- Masukkan No Kad Pengenalan (MyKad), klik butang carian.
- Isikan kod captcha dan tekan butang Semak.
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran (Sekiranya ada).
Semakan Status Bantuan Sara Hidup
Sekarang Anda boleh melakukan semakan melalui aplikasi di handphone Anda secara percuma.
Aplikasi Bantuan Sara Hidup merupakan kemudahan untuk pengguna melakukan permohonan, kemaskini dan semakan secara atas talian.
Berikut cara semak status BSH di aplikasi Bantuan Sara Hidup:
- Muat turun aplikasi BSH di Google Playstore.
- Masukkan No Kad Pengenalan (MyKad), klik butang Semak.
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran (Sekiranya ada).
Penerangan Status BSH
Status | Penerangan |
---|---|
Pembayaran Secara Tunai | Merujuk kepada pembayaran Fasa Pertama BSH adalah secara tunai di Kaunter BSN. Boleh hadir untuk penunaian Fasa Pertama BSH 2020 di Kaunter BSN. |
Gagal Kredit | Surat maklum lulus Gagal Kredit akan diposkan kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut/ Maklumat No Baucar bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. |
Dalam Proses Pengkreditan | Merujuk kepada data pembayaran Fasa Pertama BSH dalam Proses Pengkreditan ke akaun. |
Tiada Rekod | Tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini. |
Tidak Layak | Sila Hubungi cawangan LHDNM berdekatan bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak berkenaan. |
Belum Kemas Kin | Permohonan sebelum ini yang telah di bawah ke BSH. Jika tiada sebarang perubahan maklumat, tindakan kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan tersebut akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini. |
Permohonan Diterima | Permohonan telah dikemaskini bagi BSH tetapi belum menjalani proses semakan dan verifikasi kelayakan. |
Sebelum melakukan semakan status Bantuan Sara Hidup, ada hal yang perlu Anda ketahui iaitu semakan BSH akan mengambil masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan seperti maklumat pendapatan isi rumah dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Maklumat Lanjut
Sekiranya Anda mempunyai sebarang soalan mengenai BSH, Anda boleh hubungi pihak BSH melalui:
- Email: bsh@treasury.gov.my
- Hotline BSH Mof: 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Alamat: Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 WP Putrajaya.
Semoga perkongsian cara semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat diatas boleh memudahkan Anda sebagai pemohon untuk membuat semakan dengan mudah, cepat dan tepat.