Semakan Penyata KWSP Online
Semakan Penyata KWSP Online

Semakan Penyata KWSP Online

Posted on

Sebagai pekerja, Anda tentu ingin mengetahui berapa baki KWSP terkini yang Anda punya. Jika dahulu korang mesti pergi ke kaunter atau pejabat KWSP untuk melakukan semakan secara manual.

Pada masa kini telah tersedia perkhidmatan online yang bernama portal KWSP. KWSP telah mewujudkan sistem online atau atas talian sehingga Anda/ahli boleh membuat semakan KWSP secara online melalui i-Akaun dengan mudah dan cepat.

Anda juga boleh membuat cetakan penyata dan juga pengeluaran KWSP secara online.

Semakan Penyata KWSP Online

Apa itu KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu menyimpan wang bagi kegunaan pada hari tua.

KWSP akan memastikan Anda mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja.

Oleh sebab itu, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri.

Bukan sekadar menyimpan untuk hari tua, duit KWSP juga boleh dikeluarkan untuk keperluan:

  • Membeli rumah/hartanah.
  • Mengurangkan pinjaman perumahan.
  • Menyelesaikan pinjaman pendidikan.
  • Menerima rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara.

Kemudahan i-Akaun KWSP

Kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan KWSP online ini adalah, pengguna boleh melakukan urusan berikut:

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan i-Akaun KWSP online supaya Anda boleh mengakses penyata akaun dalam portal KWSP, Anda perlu mempunyai i-Akaun terlebih dahulu.

Pendaftaran boleh dilakukan di kaunter KWSP, Kios KWSP dan melalui Email.

Cara Mendaftar di Kaunter dan Kios KWSP

Sila bawa kad pengenalan dan buku KWSP untuk dapatkan ID dan Kata Laluan sementara Anda di pejabat atau kios KWSP berdekatan.

Cara Mendaftar Melalui Email

Sila muat turun (download) borang pendaftaran dan hantarkan borang tersebut bersama dokumen yang diperlukan ke alamat email iakaundaftar@epf.gov.my

Selepas itu, sila tunggu maklumbalas daripada email untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara.

Waktu proses maklumbalas mengambil masa 1×24 jam.

Setelah mendaftar, ahli akan menerima SMS dengan kata laluan untuk pengaktifan i-Akaun.

Cara Aktifkan i-Akaun

Jika Anda sudah mempunyai ID dan kata laluan sementara, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Sila layari https://www.kwsp.gov.my
  2. Pilih menu Log Masuk/Login.
  3. Masukkan ID Pengguna, klik Teruskan.
  4. Masukkan kata laluan klik butang Teruskan.
  5. Sila baca terma dan syarat. Klik pada kotak checkbox kemudian klik Seterusnya.Register KWSP i-Lestari
  6. Buat ID Pengguna baharu. ID Pengguna baharu mestilah gabungan alphanumeric 8 – 16 digit. Contoh: Azrul4321
  7. Buat kata laluan baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan masukkan semula kata laluan tersebub untuk pengesahan. Contoh: Berjaya4321
  8. Pilih imej online.
  9. Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara, klik Seterusnya.
  10. Tahniah, Anda berjaya mendaftar. Sekarang Anda boleh terus login ke perkhidmatan i-Akaun.

Pemberitahuan: Pastikan ID pengguna dan kata laluan diaktifkan dalam masa 30 hari selepas Anda menerima maklumat tersebut.

Semakan Penyata KWSP Online

Selepas Anda berjaya mendaftar dan aktifkan i-Akaun, sekarang Anda boleh membuat semakan baki KWSP online melalui portal KWSP.

  1. Sila layari https://www.kwsp.gov.my
  2. Pilih menu Log Masuk/Login.
  3. Masukkan ID Pengguna, klik Teruskan.
  4. Masukkan kata laluan klik butang Teruskan.
  5. Klik butang Penyata Semasa/Tahun Sebelumnya. Penyata akan dipaparkan di skrin, sekiranya Anda mahun muat turun atau cetak sila tekan butang Cetak.

Semak Penyata KWSP Online

Semak Penyata KWSP OnlinePihak KWSP telah menyediakan aplikasi i-Akaun untuk pengguna telefon Android dan iOS, sehingga pengguna boleh melakukan semakan bila-bila masa melalui HP.

  1. Muat turun aplikasi i-Akaun.
  2. Install aplikasi i-Akaun.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Password.
  4. Pilih menu Penyata Semasa/Tahun Sebelumnya, untuk melihat penyata baki terkini Anda.

Baca juga : Cara pengeluaran KWSP untuk ubahsuai rumah dan pengeluaran KWSP akaun 2 untuk bayar hutang kereta

Maklumat Lanjut

Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai KWSP? Sila hubungi:

  • Pejabat dan Kios KWSP berdekatan.
  • Facebook : https://web.facebook.com/KWSPMalaysia
  • Twitter : https://twitter.com/kwspmalaysia
  • No Telefon : +60 3-8922 6000 (Waktu operasi Isnin – Jumaat jam 8:00 pagi – 6 petang)

Itulah makluat terkini mengenai bagaimana nak semakan penyata KWSP online. Semoga perkongsian ini boleh bermanfaat untuk Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *