Sekiranya Anda pelanggan PTPK (Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran), Anda mungkin perlu mengetahui berapa sisa baki pinjaman atau tunggakan pinjaman yang Anda miliki. Sehingga Anda tahu pada bila bayaran Anda akan selesai.
Ramai yang tidak tahu bagaimana nak semakan baki pinjaman PTPK terkini secara online.
Bagi Anda pengguna baru yang tidak memahami semak baki pinjaman, ada cara mudah yang boleh dilakukan, iaitu secara online.
Untuk membuat semakan, Anda mesti menyiapkan beberapa hal, seperti kad pengenalan, email dan handphone.
Buat apa kad pengenalan dan handphone? kedua barang tersebut diperlukan untuk mengetahui baki pinjaman Anda dan password atau kata laluan untuk login ke portal PTPK.
Untuk lebih jelasnya, sila ikuti panduan berikut:
Cara Mengetahui Password PTPK
Adakah Anda tahu password PTPK milik Anda? sekiranya Anda tidak tahu sila buat langkah dibawah ini untuk mendapatkan password tersebut.
Untuk mendapatkan kata laluan, sila emelkan nombor kad pengenalan peminjam dan nama peminjam ke alamat emel : skillsfund@ptpk.gov.my
Pihak PTPK akan segera membalas email yang Anda hantar beserta dengan maklumat password.
SMS
Atau Anda boleh menggunakan cara kedua, iaitu dengan menghantar SMS dengan format yang sudah ada.
Sila hantar SMS dengan format: PTPK AKAUN [No Kad Pengenalan] ke 15888
Contoh : PTPK AKAUN 98765432121 ke 15888
Selepas Anda mendapatkan maklumat password PTPK, langkah seterusnya iaitu:
- Buka laman PTPK Online.
- Masukkan no kad pengenalan.
- Masukkan kata laluan, klik butang Masuk.
- Maklumat baki pinjaman, baki tertunggak dan lain-lain boleh Anda cek pada laman tersebut.
Itulah cara semak baki pinjaman PTPK online, Anda boleh membuat semakan pada bila-bila masa, selama Anda memiliki sambungan internet pada handphone, komputer atau laptop Anda.