Cara Semak Baki Pinjaman Kereta BSN Online MyBSN

Posted on

BSN (Bank Simpanan Nasional) ialah bank milik kerajaan Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan perbankan, termasuk pembiayaan kereta (loan car).

Pembiayaan kereta BSN adalah perkhidmatan pembiayaan yang disediakan oleh BSN untuk membantu Anda membeli kereta dengan cara yang mudah dan berpatutan.

Pembiayaan ini menawarkan ansuran bulanan yang boleh diselaraskan mengikut kemampuan Anda, jadi Anda boleh memiliki kereta idaman Anda tanpa perlu membayar keseluruhan harga dalam satu pembayaran.

Sekiranya Anda mempunyai pinjaman kereta di BSN dan ingin mengetahui berapa baki hutang pinjaman kereta Anda, Anda boleh ikuti step cara semak baki pinjaman kereta BSN melalui online, customer service dan di cawangan BSN.

Semak Baki Pinjaman Kereta BSN
Semak Baki Pinjaman Kereta BSN

Semak Baki Pinjaman Kereta BSN Melalui Cawangan

Ikuti langkah-langkah semak baki pinjaman kereta BSN melalui Cawangan:

  1. Sila kunjungi cawangan BSN yang berhampiran.
  2. Bincangkan kepada pegawai BSN bahawa Anda ingin semakan baki pinjaman kereta BSN.
  3. Sila Ambil nombor giliran.
  4. Selepas nombor giliran Anda dipanggil, beritahu bahawa Anda ingin semak pinjaman kereta.
  5. Seterusnya, pegawai bank akan meminta kad pengenalan dan nombor pinjaman.
  6. Tunggu beberapa menit untuk proses pengesahan.
  7. Pegawai bank akan berikan Anda maklumat detail pinjaman Anda.
  8. Selesai.

Check Baki Pinjaman Kereta BSN Melalui Customer Service

Anda juga dapat check baki pinjaman kereta BSN melalui Customer Service:

  1. Sila hubungi Customer Service BSN melalui 1300-88-1900.
  2. Bincangkan kepada pegawai BSN bahawa Anda ingin melakukan check baki hutang pinjaman kereta BSN.
  3. Pegawai bank akan meminta maklumat peribadi seperti kad pengenalan dan nombor contract loan kereta Anda untuk proses pengesahan.
  4. Lepas tu pegawai bank akan berikan maklumat baki pinjaman kereta Anda.
  5. Selesai.

Check Baki Pinjaman Kereta BSN Secara Online

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk buat semakan baki loan kereta BSN melalui Perbankan Internet.

  1. Buka laman website perbankan BSN online https://www.mybsn.com.my
  2. Sila log masuk MyBSN menggunakan username dan password Anda.
  3. Di laman utama, klik Account Overview.
  4. Lepas tu pilih Financing Account.
  5. Lepastu Anda klik akaun pinjaman kereta BSN tersebut.
  6. Maklumat baki pinjaman kereta BSN Anda akan dipaparkan.
  7. Sekiranya perlu, Anda boleh download ke komputer atau telefon Anda.
  8. Selesai.

Tiada akaun BSN online? Tak perlu risau, sila baca panduan cara daftar BSN online.

Tips Selesaikan Hutang Pinjaman Kereta BSN

Beberapa tips yang boleh Anda lakukan untuk menyelesaikan hutang pinjaman kereta BSN Anda:

  1. Buat pelan pembayaran yang jelas dan tetap. Pastikan Anda membuat jadual pembayaran yang boleh Anda patuhi, dan sentiasa bayar tepat pada masanya mengikut jadual yang telah Anda buat.
  2. Ketahui sama ada Anda boleh mengatur semula pembayaran balik pinjaman Anda. Banyak bank, termasuk BSN, menawarkan pilihan tetapan semula ansuran untuk membantu pelanggan yang menghadapi masalah membayar hutang mereka. Jika Anda mempunyai hutang pinjaman kereta BSN, Anda boleh menghubungi bank untuk bertanya sama ada Anda boleh mengatur semula pembayaran balik pinjaman Anda.
  3. Cari pendapatan tambahan. Salah satu cara untuk membantu menyelesaikan hutang Anda adalah dengan mencari sumber pendapatan tambahan.
  4. Elakkan membuat hutang baru. Apabila Anda sedang cuba menyelesaikan hutang pinjaman kereta BSN, pastikan Anda tidak membuat hutang baru. Ini akan menjadikan keadaan Anda lebih sukar untuk membayar hutang.
  5. Dapatkan bantuan profesional. Jika Anda merasa sukar untuk menyelesaikan hutang pinjaman kereta BSN Anda sendiri, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan profesional. Anda boleh menghubungi BSN atau perunding kewangan untuk mendapatkan nasihat dan bantuan tentang cara terbaik untuk menyelesaikan hutang Anda.

Soalan Lazim BSN

Di bawah ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan BSN:

1. Bagaimana jika saya melangsaikan sepenuhnya pembiayaan sebelum tarikh matang?

Anda berhak untuk mendapatkan rebat ke atas caj bertempoh untuk tempoh pembiayaan yang tidak digunakan. Pengiraan adalah berdasarkan formula yang tercatat di dalam Akta Sewa Beli 1967.

2. Adakah yang akan berlaku jika saya membayar sebahagian dari ansuran bulanan?

Penerimaan sebahagian dari ansuran bulanan pada bila-bila masa tidak akan menyebabkan variasi atau pindaan terhadap kewajipan Anda untuk membuat bayaran ansuran bulanan sepenuhnya seperti yang termaktub.

3. Apa yang perlu dilakukan jika terdapat perubahan pada maklumat perhubungan saya?

Penting sangat untuk Anda memaklumkan kepada Bank (surat menyurat atau email) jika terdapat sebarang perubahan kepada butir-butir perhubungan Anda, bagi memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai dan tepat pada masanya.

Jika ada sebarang masalah/pertanyaan Anda boleh coba hubungi Customer Service di 1300-88-1900 atau melalui email di customercare@bsn.com.my