Apabila Anda membuka akaun simpanan di RHB Bank, Anda akan mendapat kemudahan dalam bentuk buku bank yang berfungsi untuk melihat sejarah transaksi yang telah dilakukan dan kad ATM yang berfungsi sebagai cara pembayaran melalui mesin ATM bermula dari transfer wang, mengambil wang dan check baki.
Terdapat beberapa cara yang boleh di cuba untuk mengetahui baki terkini dalam akaun Anda. Anda boleh menggunakan internet banking, SMS banking dan yang paling mudah sekarang melalui mesin ATM dengan bantuan kad ATM yang telah diberikan kepada Anda.
Mungkin bagi pelanggan lama sudah tahu cara semak baki akaun RHB Bank melalui ATM, tetapi bagi pelanggan baru tentu akan mengalami sedikit kekeliruan kerana mereka tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Oleh sebab itulah, kami akan berkongsi panduan bagaimana menyemak baki melalui ATM dan secara online.
Semak baki simpanan melalui mesin ATM RHB Bank sangat mudah, perkara penting ialah Anda sudah mempunyai kad ATM aktif dan ingat PIN yang digunakan. PIN adalah nombor rahsia yang digunakan untuk dapat mengakses transaksi pada mesin ATM, jika seseorang salah memasuki PIN ATM sebanyak 3x maka kad ATM akan disekat.
Cara Semak Akaun Simpanan RHB Melalui ATM
Lawati ATM RHB terdekat, lalu lakukan langkah berikut ini :
- Masukkan Kad ATM
- Pilih bahasa yang anda mahu gunakan
- Masukkan PIN 6 Digit
- Pilih Menu Transaksi Lain
- Pilih Maklumat Akaun
- Pilih Menu Semak Akaun Simpanan
- Maklumat Baki Simpanan akan terpapar di skrin
- Selesai
Cara Semak Akaun RHB Bank Online
Anda dapat menggunakan internet banking untuk semak baki akaun RHB secara online, jika belum mempunyai akaun internet banking sila mendaftar terlebih dahulu, ikuti tutorial berikut ini.
Cara daftar akaun RHB internet banking
Jika sudah berdaftar sila ikuti langkah seterusnya.
- Buka laman web https://logon.rhb.com.my
- Masukan username dan password.
- Selepas login, klik menu My Account.
- Klik Account Balance.
- Maklumat baki akaun terkini akan terpapar secara detail.
- Selesai.
Cara Semak Akaun RHB Bank Melalui Android / iOS
Muat turun dahulu aplikasi RHBNow di Google Play / App Store.
- Install RHBNow di telefon bimbit Android/iOS.
- Buka aplikasi RHBNow.
- Masukan username dan password.
- Pilih menu My Account, sila lihat bahagian Account Balance.
- Selesai.
Semakan baki adalah salah satu aktiviti yang diperlukan oleh ramai pengguna perbankan untuk melihat sisa baki yang ada. Sila pilih cara semak baki akaun RHB yang paling mudah dan cepat diatas.
Saya nak tahu nombor akaun Sahaja untuk kiriman wang.. Sukar apabila pemegang akaun tidak tahu no akaun rhb miliknya…apa perlu saya buat utk dapatkan no akaun dan kirim kan bantuan wang?
Hai Mohd rijam, sekiranya Anda tidak mengetahui no akaun RHB orang tu, sila syorkan orang tersebut untuk membuka akaun bank terlebih dahulu.
Saye nak tanye ..
Saya minta ambilkan uang kt orang lain tapi dia lupa bagi resit penarikan uang tu ..
Uang didalam bank saye tak same, lepas tu saye nak tenggok story penarikan duit sebelumnya macem mane ye ?? Saye tak ade online banking.
Hai Melisa andari, sila guna perkhidmatan mesin ATM untuk semak penyata atau sila pergi ke cawangan bank terdekat untuk print penyata buku simpanan Anda.