Pada mulanya, untuk menyemak baki dalam akaun OCBC, pelanggan perlu menggunakan kad ATM atau pergi ke juruwang bank OCBC. Sekarang ni semua aktiviti perbankan dipermudahkan dengan proses transaksi perbankan digital.
Kini pelanggan tidak perlu lagi semak baki akaun OCBC di cawangan atau melalui ATM. Sebab check baki akaun boleh dilakukan dengan lebih praktikal.
Pada perkongsian kali ini kami akan kongsikan step cara semak baki akaun OCBC melalui online, sila ikuti step di bawah ini.

Semak Baki Akaun OCBC
Langkah pertama untuk menyemak baki Anda adalah di luar talian, sama ada dengan menggunakan ATM atau melawat cawangan OCBC terdekat.
Kaedah ini sangat mudah dan ringkas, tetapi sudah tentu ia memerlukan lebih tenaga dan masa berbanding kaedah online. Berikut adalah langkah-langkahnya.
Check Baki OCBC Melalui Kaunter
Berikut ialah cara check baki akaun OCBC melalui kaunter:
- Sediakan kad debit, buku akaun OCBC dan kad pengenalan.
- Pergi ke kaunter OCBC terdekat.
- Beritahu juruwang bahawa Anda ingin mencetak penyata akaun OCBC.
- Tunggu proses ini selesai.
- Selepas penyata akaun dicetak oleh juruwang, Anda boleh segera melihat baki akaun OCBC Anda.
Check Baki OCBC Melalui Online
Cara paling mudah untuk mengetahui baki akaun terkini dalam akaun Anda adalah melalaui online. Sila ikuti langkah-langkah semak baki akaun OCBC seara online berikut:
- Kunjungi pautan rasmi OCBC Bank berikut ini https://internet.ocbc.com.my/
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Next.
- Sahkan Security Image Anda.
- Klik Confirm.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik Account Overview.
- Baki akaun Anda akan dipaparkan secara detail.
- Selesai.
Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun internet banking OCBC, Anda boleh baca cara daftar OCBC online banking.
Check Baki Akaun OCBC Melalui Mobile Banking
Sila muat turun Mobile Banking OCBC melalui Appstore/PlayStore. Untuk menggunakan perkhidmatan OCBC mobile banking Malaysia, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu.
Setelah membuat pendaftaran untuk perbankan mudah alih OCBC, Anda boleh mengikuti step berikut:
- Buka aplikasi OCBC Mobile Banking Anda.
- Sila login terlebih dahulu ke akaun Anda.
- Masukkan Access Code dan PIN akaun Anda.
- Klik Login.
- Klik What you have.
- Kemudian, pilih akaun yang ingin Anda semak.
- Maklumat baki akaun Anda akan dipaparkan secara detail.
- Selesai.
Semak Baki Akaun OCBC melalui ATM
Cara yang terakhir iaitu Anda dapat semakan baki akaun OCBC Bank melalui ATM:
- Sila pergi ke mesin ATM OCBC yang berhampiran.
- Masukkan Kad ATM ke slot yang disediakan.
- Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
- Masukkan PIN ATM Anda.
- Seterusnya, klik Urus Niaga Lain.
- Klik Maklumat Baki.
- Baki akaun Anda akan dipaparkan secara detail.
- Selesai.
Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service OCBC Bank di 03-8317-5000.