Pelbagai bank di Malaysia telah menyediakan perkhidmatan internet banking, salah satunya adalah CIMB. Banyak pelanggan bank CIMB dan juga pemegang akaun CIMB Islamic Bank menggunakan perkhidmatan internet banking untuk transfer, bayar bill, top up prepaid atau check baki akaun.
Perkhidmatan internet banking CIMB Clicks ini mudah, dan pantas digunakan, serta dapat diakses selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
Anda boleh menggunakan komputer, laptop atau smartphone untuk akses CIMB online banking.
Jika Anda ingin check baki akaun CIMB secara online, Anda dapat melakukannya dengan 2 cara iaitu melalui internet banking dan mobile banking app.
Semak Baki Akaun CIMB Online
Adakah Anda sudah mempunyai akaun CIMB Clicks? Sekiranya Anda tak mempunyai akaun CIMB Clicks, sila lakukan pendaftaran. Baca panduan cara daftar CIMB Clicks online.
Jika Anda sudah mempunyai akaun CIMB Clicks, sila ikuti langkah-langkah dibawah:
- Pergi ke https://www.cimbclicks.com.my
- I want to View My Accounts
- Masukkan User ID
- Tandakan Yes, this is my SecureWord sekiranya perkataan tersebut merupakan secure word Anda
- Masukkan Password klik Login
- Pada laman My Account Overview, Anda dapat melihat semua maklumat baki akaun
Semak Baki Akaun CIMB Clicks Malaysia
Bank CIMB menyediakan perkhidmatan mobile app untuk memudahkan Anda sebagai pelanggan melakukan pelbagai aktiviti perbankan seperti check baki, bayar bill, transfer dan Topup.
Aplikasi CIMB Clicks ini percuma dan dapat Anda muat turun di Google Playstore atau App Store. Cara check baki akaun CIMB melalui aplikasi CIMB Clicks.
- Download CIMB Clicks Malaysia di handphone Anda
- Masukkan User ID dan Password
- Pilih menu My Accounts > My Account Overview
- Maklumat account balance CIMB Anda akan dipaparkan secara lengkap
Cek Baki Akaun CIMB Melalui ATM
Sila pergi ke ATM CIMB berdekatan, pastikan Anda membawa kad ATM/ Debit Card serta nomor PIN ATM Anda.
- Masukkan kad ATM dan PIN ATM
- Tekan Pertanyaan Baki > Maklumat Baki
- Selesai
Check baki akaun CIMB adalah aktiviti yang sangat lazim bagi pelanggan. Semak baki akaun ini perlu dilakukan oleh pemilik akaun untuk mengetahui jumlah wang yang tersimpan di dalam akaun.