Cara Reset Password dan Username BSN Online
Cara Reset Password dan Username BSN Online

Cara Reset Password Username BSN Online MyBSN

Posted on

Username dan password BSN sering digunakan oleh pelanggan BSN untuk log masuk ke perbankan internet BSN. BSN mempunyai Perbankan Internet dinamakan MyBSN. Dengan MyBSN, Anda boleh membuat transfer, pembayaran dan banyak lagi dengan mudah dan selamat.

Selain itu, MyBSN memudahkan pelanggan BSN untuk memulakan aktiviti perbankan secara online. Untuk boleh menggunakan MyBSN, Anda dikehendaki log masuk terlebih dahulu dengan memasukkan username dan password MyBSN Anda.

Bagi Anda pengguna perkhidmatan BSN online yang tak boleh log masuk ataupun terlupa username dan password MyBSN, sila ikuti langkah cara reset username dan password BSN online berikut ini.

Cara Reset Password dan Username BSN Online
Cara Reset Password dan Username BSN Online

Cara Reset Username BSN Online

Jika Anda tidak boleh log masuk ke perbankan internet MyBSN, cuba semak dahulu sama ada Anda memasukkan username dan password Anda dengan betul.

Sekiranya Anda dah pasti bahawa Anda telah memasukkan maklumat yang betul, mungkin terdapat masalah teknikal yang berlaku. Dalam kes ini, Anda perlu step yang kami kongsikan dibawah ini.

  1. Sila hubungi Customer Service BSN di 1300-88-1900/03-2613-1900
  2. Maklumkan kepada pegawai BSN bahawa Anda ingin reset Username Anda.
  3. Kemudian, Anda akan diminta menyebutkan beberapa maklumat yang berkaitan dengan BSN.
  4. Tunggu beberapa saat untuk proses pengesahan.
  5. Selesai.

Setelah Anda berjaya log masuk MyBSN, sila semak duit keluar masuk BSN untuk melihat baki akaun terkini.

Cara Reset Password BSN Online

Sekiranya Anda ingat username dan hanya lupa password sahaja, Anda boleh follow langkah-langkah cara reset password BSN di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi BSN https://www.mybsn.com.my
  2. Klik Forgot Password. Reset Password BSN Online
  3. Masukkan Username Anda.
  4. Masukkan Nombor Kad Debit/Kredit Anda.
  5. Masukkan PIN Kad Debit.
  6. Masukkan No CVV2.
  7. Masukkan Expiry Date.
  8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
  9. Klik Submit.
  10. Masukkan Password Baharu Anda. New Password BSN
  11. Masukkan Semula Password yang Anda tadi sudah buat.
  12. Klik Request OTP.
  13. Masukkan Nombor OTP yang dihantar melalu nombor handphone Anda.
  14. Klik Submit.
  15. Selesai.

Soalan Lazim

Berikut ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan reset password dan username BSN online:

1. Bolehkah saya gunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan?

Sebagai langkah keselamatan, Anda dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan. Sentiasa gunakan kata laluan yang berlainan daripada nama pengguna.

2. Adakah dikenakan bayaran menggunakan myBSN?

Tiada sebarang bayaran. Pihak BSN ingin membantu menjadikan kehidupan lebih baik dan lebih mudah untuk semua.

3. Bolehkah saya daftar nombor telefon bimbit luar negara?

Pada masa ini BSN tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.