Setiap pelanggan mempunyai kad ATM Agrobank yang digunakan untuk transaksi melalui mesin ATM dan EDC. Kad debit Agrobank dengan mempunyai had masa atau tamat tempoh yang disenaraikan pada setiap kad.
Jika pelanggan mendapati kad ATM Agrobank akan tamat tidak lama lagi, segera gantikan kad tersebut dengan yang baharu. Pastikan pengguna membawa kad ATM Agrobank lama dan kad pengenalan.
Di bawah ini adalah cara renew kad debit Agrobank expired, tamat tempoh, rosak atau hilang.

Syarat Penggantian Kad Bank Baru
Beberapa syarat yang mesti dipenuhi untuk penggantian kad bank baru:
- Pemegang akaun Simpanan/GIRO Agrobank akaun.
- Mengisi borang Permohonan Kad Debit (Borang akan diberikan oleh pegawai bank).
- Membawa kad pengenalan seperti Mykad (IC) atau Kad ID Polis atau Tentera.
Cara Renew Kad Debit Agrobank
Di bawah ini merupakan cara renew kad debit Agrobank:
- Pergi ke cawangan Agrobank terdekat.
- Pastikan Anda membawa dokumen sokongan yang berkaitan dengan renew kad seperti kad pengenalan, buku bank (optional) dan duit RM15.
- Ambil nombor giliran, sekiranya nombor giliran Anda dipanggil.
- Isikan borang penggantian kad yang diberikan oleh staff bank.
- Berikan ATM lama dan kad pengenalan Anda kepada staff bank.
- Tunggu 2 minit, kad bank akan diberikan oleh staff bank.
- Seterusnya, Anda mesti membuat no PIN baru untuk kad ATM Anda.
- Selesai.
Cara Renew Kad Bank Agrobank Online
Pada masa ini penukaran atau penggantian kad debit Agrobank hanya boleh di buat melalui cawangan sahaja. Penukaran kad Agrobank secara online tidak dibenarkan.
Setelah Anda membuat penukaran kad bank di cawangan dan Anda tak boleh login internet banking AGRONet, kami nasihatkan Anda untuk membaca artikel tak boleh login AGRONet.
Ciri-Ciri Kad Agro Visa Bisnes Debit-i (ADC-i)
Di bawah ini merupakan ciri-ciri kad Agro Visa Bisnes Debit-i:
- Diterima di seluruh 30 juta cawangan Visa termasuk (ATM) di seluruh negara dan ahli perniagaan MyDebit di seluruh Negara.
- Had pembelian barangan melalui MyDebit sehingga RM6,000
- Had pembelian melalui Visa sehingga RM2,000. Pemegang kad boleh meningkatkan had harian sehingga RM20,000
- Boleh memilih untuk menutup transaksi tanpa sentuh dan menukar jumlah had penggunaan transaksi tanpa sentuh melalui Visa dan MyDebit.
- Boleh digunakan untuk pembayaran bil-bil dan pemindahan wang
- Penerimaan lebih dari 256 mesin pengeluaran wang (ATM) di Malaysia dan di semua bank ATM rangkaian MEPS di seluruh negara.
- Pengeluaran wang tunai sehingga RM1,500 bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum harian Anda sebanyak RM6,000 sehari dengan kadar transaksi tidak terhad.
Kelebihan Kad Agrobank
Kelebihan Kad Agrobank yang boleh didapati oleh Anda:
- Mudah dan pengurusan yang berkesan.
- Menggantikan wang tunai untuk kemudahan pengesanan perbelanjaan melalui penyata
- Akses pengeluaran wang tunai menerusi MEPS dan/atau VisaPlus di seluruh dunia
- Teknologi tanpa sentuh yang memudahkan setiap transaksi dilaksanakan dengan lebih cepat di terminal yang memaparkan logo tanpa sentuh
- Menjamin keselamatan dengan adanya smart chip dimana maklumat sukar untuk diambil dan disalin.
- Diterima di semua kedai rangkaian niaga Visa di seluruh dunia dan MyDebit di seluruh negara
- Tiada syarat pendapatan untuk permohonan kad.
- Dapat memeriksa akaun dan transaksi melalui AGRONet
- Tiada cukai perkhidmatan kerajaan.
- Mudah untuk membayar bil-bil dan menguruskan perbelanjaan seharian anda.
- Pembayaran melalui telefon dan atas talian mengikut keselesaan anda.
- Jaminan pembayaran untuk mengelakkan kelewatan dengan pembekal.
Itulah beberapa cara penggantian kad bank Agrobank dan kelebihan kad ATM Agrobank, semoga perkongsian diatas boleh membantu Anda.