Kalau Anda pernah terfikir untuk mencari duit untuk bayar bil-bil, terdesak perlukan duit segera atau nak beli barang-barang yang penting tapi tak mampu nak bayar dalam masa terdekat, mungkin pernah terfikir tentang pinjaman.
Dalam dunia kewangan, ada banyak jenis pinjaman yang boleh Anda apply. Ada pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, pinjaman perniagaan, dan banyak lagi.
Kali ini, kami nak fokus pada satu jenis pinjaman yang popular iaitu pinjaman 300 segera guna IC.
Apa itu Pinjaman 300 Segera?
Pinjaman 300 segera adalah satu jenis pinjaman yang boleh Anda apply untuk dapatkan duit dalam jumlah yang kecil dalam masa yang cepat.
Pinjaman ni biasanya diberikan oleh syarikat-syarikat kewangan yang khas untuk mereka yang memerlukan duit dalam jumlah yang kecil dan segera.
Mungkin Anda tertanya-tanya, kenapa nak pinjam hanya RM300 sahaja? Sebabnya ialah kerana jumlah ini biasanya mencukupi untuk memenuhi keperluan kecil seperti bayar bil-bil kecil atau membeli barang-barang yang penting dalam jangka masa terdekat.
Adakah Pinjaman 300 Segera Sesuai Untuk Anda?
Sebelum Anda membuat keputusan untuk mohon loan, Anda perlu fikirkan beberapa perkara seperti berikut:
- Adakah Anda memerlukan duit dalam masa terdekat untuk memenuhi keperluan yang penting? Jika tidak, mungkin Anda boleh tunggu dan simpan duit untuk kegunaan di masa hadapan.
- Pinjaman 300 segera mungkin mudah untuk diperoleh, tetapi Anda perlu ingat bahawa ia masih satu jenis pinjaman yang memerlukan pembayaran balik. Pastikan Anda mempunyai kemampuan untuk membayar balik pinjaman ini dalam tempoh yang ditetapkan.
- Selain daripada bayaran bulanan, pastikan Anda faham kos-kos tambahan seperti faedah dan caj-caj yang terlibat. Pastikan Anda mampu membayar semua kos tambahan ini tanpa menjejaskan kewangan Anda.
Sekiranya Anda fikirkan semua perkara ini dan rasa bahawa pinjaman 300 segera adalah sesuai untuk Anda, maka Anda boleh mempertimbangkan untuk apply pinjaman ini.
Bagaimana Untuk Apply Pinjaman 300 Segera?
Untuk apply pinjaman RM300 segera guna IC, Anda perlu mencari syarikat kewangan yang menawarkan perkhidmatan ini.
Mungkin Anda boleh mencari syarikat-syarikat ini di dalam talian, atau boleh juga melalui iklan-iklan yang terpampang di kawasan Anda.
Setelah Anda mencari syarikat kewangan yang menawarkan pinjaman 300 segera, Anda perlu membaca dan fahami terma dan syarat yang dinyatakan oleh syarikat tersebut.
Pastikan Anda faham sepenuhnya tentang jumlah pinjaman, tempoh pembayaran, faedah dan caj-caj yang terlibat.
Selepas itu, Anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan dan slip gaji. Pastikan dokumen tersebut tersedia dan sah untuk memudahkan proses permohonan pinjaman Anda.
Sekiranya syarikat kewangan tersebut meluluskan permohonan Anda, duit pinjaman akan diberikan kepada Anda dalam masa yang cepat.
Anda boleh gunakan duit tersebut untuk memenuhi keperluan yang penting dan membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.
Kelebihan dan Kekurangan Pinjaman 300 Segera
Sebagai peminjam, Anda perlu memahami kelebihan dan kekurangan pinjaman 300 segera sebelum membuat keputusan untuk apply.
Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan pinjaman 300 segera:
Kelebihan:
- Pinjaman ni mudah untuk diperoleh kerana jumlah yang kecil dan proses permohonan yang mudah.
- Sekiranya permohonan Anda diluluskan, duit pinjaman akan diberikan dalam masa yang cepat.
- Pinjaman ni sesuai untuk memenuhi keperluan kecil dan dalam masa terdekat seperti bayar bil-bil atau membeli barang-barang penting.
Kekurangan:
- Pinjaman yang diberikan biasanya mempunyai faedah dan caj yang tinggi, jadi pastikan Anda faham kos-kos tambahan yang terlibat sebelum apply.
- Pinjaman ini hanya sesuai untuk memenuhi keperluan kecil sahaja. Jika Anda memerlukan jumlah yang lebih besar, mungkin perlu mencari jenis pinjaman yang lain.
- Seperti pinjaman lain, ada risiko Anda tidak dapat membayar balik pinjaman 300 segera dan ini boleh menyebabkan kesukaran kewangan di masa hadapan.
Cara Dapatkan Pinjaman RM300 Segera Guna IC Online
Anda nak tahu tak macam mana nak dapatkan pinjaman RM300 segera guna IC online? Senang je, Anda boleh cuba aplikasi pinjaman seperti BigPay atau Touch N Go (TNG).
Cuma perlu download aplikasi, daftar akaun dan submit maklumat peribadi serta dokumen IC. Dalam masa beberapa minit, Anda boleh dapat tahu status permohonan dan kalau diluluskan, duit akan masuk terus dalam akaun Anda.
Kalau saya pengganggur, boleh buat pinjaman tak? Tak perlu risau, sebab sekarang ni banyak pinjaman wang segera untuk penganggur yang boleh dipohon.
Pinjaman BigPay
BigPay merupakan syarikat kewangan yang menawarkan pinjaman online kepada pengguna di Malaysia. Pinjaman ini membolehkan pengguna untuk memohon pinjaman secara online.
Kelebihan pinjaman BigPay ialah proses permohonan yang mudah dan pantas. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi BigPay di telefon pintar dan mengisi borang permohonan pinjaman secara dalam talian. Dalam masa 24 jam, pengguna akan menerima maklum balas tentang status permohonan mereka.
Pinjaman BigPay juga menawarkan tempoh pembayaran yang fleksibel dan faedah yang rendah. Pengguna boleh memilih tempoh pembayaran yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka dan tidak perlu membayar faedah yang tinggi seperti pinjaman konvensional.
Cara Daftar BigPay
Ikuti langkah di bawah untuk mendaftar BigPay secara online.
- Download aplikasi BigPay kat Google Play Store untuk Android dan App Store untuk iPhone.
- Lepas Anda berjaya pasang aplikasi BigPay, sila buka aplikasi tersebut.
- Sekarang Anda tekan butang Sign Up.
- Pilih tempat negara Anda menetap Malaysia/Singapore.
- Pada bahagian No Telefon, pilih kod negara untuk nombor telefon Anda. Kalau Anda adalah warganegara Singapore pilih +65 dan untuk Malaysia pilih +60.
- Lepas tu klik Send Code, masukkan kod yang Anda dapat di SMS pada ruangan Enter your OTP.
- Pada bahagian Passcode, Anda dikehendaki untuk mencipta langkah keselamatan. So sila cipta langkah keselamatan Anda disini.
- Paparan seterusnya Anda kena baca Terma dan Syarat BigPay, sekiranya Anda bersetuju sila beri tAnda pada kotak Terms & Conditions.
- Isikkan butiran peribadi Anda, pastikan maklumat yang Anda masukkan tu betul. Lepas tu klik Next.
- Skrin akan paparkan mesej Verification in progress. Maknanya pendaftaran Anda sedang diproses dan akan mengambil masa sehingga 24 jam. Tapi biasanya 5 minit dah berjaya.
- Lepas pendaftaran Anda berjaya dan diluluskan Anda perlu topup RM20 ke dalam akaun BigPay Anda. Anda boleh melakukannya secara online banking macam guna Maybank2u, CIMB, BSN dan banyak lagi.
- Selesai.
Cara Buat Pinjaman RM300 Melalui BigPay
Lepas akaun BigPay Anda aktif, sekarang Anda dah boleh buat pinjaman. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Pertama sekali buka aplikasi BigPay di telefon Anda.
- Cari menu PAYMENTS lepas tu klik Loans.
- Di bahagian I want to borrow, masukkan jumlah pinjaman yang Anda nak buat contoh RM300.
- Kalau Anda tak boleh letak jumlah RM300, kami nasihatkan Anda untuk isikkan RM1,000.
- Pada bahagian I want to repay in, Anda perlu pilih samada nak bayar dalam tempoh 12 Months, 6 Months atau 9 Months. Lepas tu klik Get a quote untuk dapatkan Loan Offer.
- Sila semak maklumat tawaran pinjaman yang diberikan. Kalau Anda setuju dan rasa mampu nak bayar balik pinjaman tu, sila klik Apply for this loan.
- Langkah seterusnya baca Privacy Policy, kalau dah setuju klik Accept.
- Anda perlu jawab soalan dan Assessment yang diberikan oleh pihak BigPay. Soalan tu macam How will you be using RM1,000? Sila buat jawapan dalam bahasa Melayu je.
- Lepas tu sila ikuti arahan sehingga siap proses permohonan.
- Selesai.
Pinjaman Touch N Go
Kita dah tahu Touch N Go (TNG) sebagai kad tol elektronik yang sangat popular di Malaysia, tapi Anda tahu tak yang TNG juga menawarkan perkhidmatan pinjaman online.
Anda boleh memohon pinjaman secara online tanpa perlu ke kaunter TNG. Anda hanya perlu download aplikasi TNG kat telefon pintar Anda, isi borang permohonan pinjaman, dan dalam 24 jam Anda akan dapat tahu status permohonan Anda.
TNG pun menawarkan tempoh pembayaran yang fleksibel dan faedah yang rendah. Anda boleh pilih tempoh pembayaran yang sesuai dengan kemampuan kewangan Anda.
Tapi sebelum Anda apply pinjaman TNG, make sure Anda memahami terma dan syarat yang ada. Pastikan Anda faham betul-betul jumlah pinjaman, tempoh pembayaran, faedah, dan caj-caj yang terlibat. Jangan sampai Anda apply tapi tak tahu details dia.
Cara Daftar Touch N Go
Berikut adalah cara untuk mendaftar TnG eWallet:
- Pertama sekali sila muat turun aplikasi TnG eWallet di Apple App Store atau Google Play Store.
- Lepas tu buka aplikasi Touch n Go eWallet.
- Klik Create Account/Sign Up.
- Isikkan no telefon Anda. Klik Next.
- Semak SMS Anda dan masukkan OTP yang Anda terima.
- Buat 6-digit PIN sebagai kata laluan/password.
- Langkah seterusnya, pada bahagian Security Question sila isikkan pertanyaan keselamatan.
- Kemudian isi dan lengkapkan maklumat diri Anda macam nama penuh seperti dalam kad pengenalan, Nationality, ID Type, nombor kad pengenalan dan alamat email. Pastikan maklumat yang Anda isikkan tu betul.
- TAndakan bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan. Klik Submit.
Cara Buat Pinjaman RM300 Guna TNG
Akaun TNG dah aktif? Jom tengok langkah-langkah cara mohon loan guna aplikasi TNG.
- Buka aplikasi TNG eWallet. Klik GOpinjam.
- Masukkan gaji bulanan Anda. Contohnya, isikkan RM3,000. Klik I agree to the Terms & Conditions.
- Tekan butang Calculate Now, akan keluar paparan Calculating how much you’re eligible to pinjam.
- Bila keluar paparan You can get up to RM5,000 amaun kelayakan pinjaman tersebut dikira berdasarkan pendapatan bulanan Anda.
- Sekarang, masukkan jumlah yang Anda nak pinjam contoh RM300.
- Di bahagian Swipe to select amount (RM), pilih amaun RM300. Klik butang Next.
- Pada bahagian How long would you like the loan duration to be, pilih berapa bulan Anda ingin pinjam.
- Ada pilihan berikut: 1 week, 2 weeks, 3 weeks, 1 month, 2 months, 3 months, 4 months, 5 months, 6 months, klik Next.
- Jawab soalan yang diberikan seperti What is your marital status, What is your highest education level dan lainnya.
- Pastikan Anda jawab soalan tersebut dengan betul.
- Ikuti arahan sehingga siap proses permohonan Anda berjaya.
- Selesai.
Hati-hati Scammer atau Penipuan
Scammer loan atau pinjaman penipu ialah pinjaman yang ditawarkan oleh pihak yang tidak berdaftar atau berlesen dan hanya bertujuan untuk menipu orang.
Mereka akan meminta bayaran pendahuluan sebelum memberikan pinjaman dan apabila bayaran dibuat, mereka akan hilang begitu sahaja tanpa memberikan pinjaman yang dijanjikan.
Anda mesti tertanya-tanya, kenapa ada orang sanggup jadi scammer loan? Jawapannya adalah untuk memperoleh keuntungan dengan cara yang tidak sah.
Scammer loan ini mengambil kesempatan daripada orang yang memerlukan pinjaman segera tetapi terhadap mereka yang tidak mempunyai rekod kredit yang baik.
Sebelum Anda terperangkap dengan scammer loan, Anda kena tahu tAnda-tAnda yang ada. Biasanya, scammer loan akan meminta bayaran pendahuluan sebelum memberikan pinjaman.
Mereka juga akan meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat rumah. Kalau Anda rasa ada yang tak kena, jangan teruskan urusan dengan mereka.