Cara Dapatkan Penyata Kad Kredit BSN
Cara Dapatkan Penyata Kad Kredit BSN

Cara Dapatkan Penyata Kad Kredit BSN Online Download

Posted on

Kad kredit BSN adalah salah satu produk perbankan yang banyak digunakan oleh orang ramai. Ia memudahkan kita untuk membuat pembelian dalam talian dan di kedai-kedai yang menyokong pembayaran kad kredit.

Selain itu, penyata kad kredit juga sangat penting untuk check penggunaan kad kredit kita. Dalam artikel ini, kita akan kongsikan langkah cara dapatkan penyata kad kredit BSN melalui online dan cawangan BSN.

Untuk mendapatkan penyata kad kredit di cawangan BSN ataupun secara online, Anda boleh mengikuti langkah-langkah dibawah ini.

Cara Dapatkan Penyata Kad Kredit BSN
Cara Dapatkan Penyata Kad Kredit BSN

Apa itu Penyata Kad Kredit BSN?

Penyata kad kredit BSN adalah dokumen yang mengandungi maklumat terperinci mengenai penggunaan kad kredit kita.

Ia termasuk butiran seperti transaksi pembelian, tarikh transaksi, tempat pembelian, jumlah pembelian dan baki yang masih ada dalam kad kredit kita.

Cara Dapatkan Penyata Kad Kredit BSN Secara Online

Anda sepatutnya check penyata kad kredit Anda secara berkala untuk memantau penggunaan kad kredit Anda dan memastikan bahawa tiada aktiviti yang mencurigakan.

Anda juga sepatutnya semak penyata kad kredit Anda sebelum membayar bil kad kredit Anda untuk memastikan bahawa butiran transaksi adalah betul dan tidak ada kesalahan.

Sila ikuti langkah-langkah cara dapatkan penyata kad kredit BSN secara online:

  1. Lawati pautan rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda. Username Login Kad Kredit BSN
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Security Image Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda. Password BSN Kad Kredit
  6. Klik Login.
  7. Selepas login, pergi ke bahagian Account Overview. eStatement Kad Kredit BSN
  8. Kemudian, pilih e-Statements.
  9. Pilih Kad Kredit Anda. Kad Kredit BSN
  10. Seterusnya, pilih Tempoh Penyata Anda. Tempoh Penyata Kad Kredit BSN
  11. Klik Download.
  12. Selesai.

Anda juga boleh check duit masuk dan keluar secara online, sila baca artikel ni ye cara semak duit keluar masuk BSN secara online.

Cara Cetak Penyata Kad Kredit BSN di Cawangan

Untuk mendapatkan penyata kad kredit di cawangan BSN, Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke cawangan BSN terdekat dan ambil nombor giliran untuk perkhidmatan kaunter.
  2. Beritahu pegawai perbankan bahawa Anda ingin cetak penyata kad kredit Anda.
  3. Pegawai BSN akan meminta Anda memberikan butiran peribadi seperti nombor kad kredit, nama dan nombor kad pengenalan Anda.
  4. Pegawai bank akan mencetak penyata kad kredit Anda dan memberikannya kepada Anda.
  5. Periksa butiran transaksi di penyata kad kredit Anda untuk memastikan bahawa ia adalah betul dan tidak ada kesalahan.
  6. Jika Anda mendapati terdapat kesalahan atau transaksi yang mencurigakan, segera hubungi pihak BSN untuk maklumat lanjut dan tindakan selanjutnya.
  7. Simpan penyata kad kredit Anda dengan baik sebagai rujukan pada masa akan datang.

Sekiranya Anda memerlukan maklumat lanjut mengenai penyata kad kredit BSN, Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan BSN atau pergi ke cawangan BSN terdekat.

Ramai yang bertanya adakah penyata kad kredit BSN memerlukan bayaran? Tidak, penyata kad kredit BSN boleh Anda dapatkan secara percuma. Anda tidak perlu membayar apa-apa bayaran untuk mendapatkan penyata kad kredit Anda.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BSN Anda dapat hubungi Customer Service BSN di 1300-88-1900/+603-2613-1900 atau melalui email di customercare@bsn.com.my