Ramai orang menghadapi masalah yang sama apabila tiba masa untuk mendapatkan penyata bank. Setiap kali nak dapatkan penyata, mesti kena pergi ke cawangan bank atau tunggu penyata dihantar melalui pos.
Kadang-kadang, penyata yang dihantar tu lambat sampai atau hilang entah ke mana. Situasi ni memang menjengkelkan dan memakan masa. Lebih-lebih lagi kalau Anda perlukan penyata tu dengan segera untuk urusan penting macam memohon pinjaman, beli rumah, atau urusan cukai. Memang boleh buat stress bila kerja jadi tergendala sebab penyata tak ada.
Solusi untuk masalah ni ada dengan penggunaan e-Penyata dari Bank Hong Leong. Dengan e-Penyata, Anda boleh dapatkan penyata bank secara digital, terus melalui HLB Connect online banking.
Tak perlu lagi susah-susah pergi ke bank atau tunggu posmen. Semuanya boleh diakses dengan mudah, bila-bila masa dan di mana-mana saja. e-Penyata ni bukan saja lebih cepat dan efisien, tapi juga lebih selamat.
Anda boleh simpan dan cetak sendiri penyata bank bila diperlukan. Jom, teruskan baca panduan kami untuk tahu cara-cara nak dapatkan e-Penyata Statement Bank Hong Leong dengan mudah
Cara Dapatkan Penyata Akaun Hong Leong Bank
Ikuti langkah-langkah cara dapatkan penyata HLB di bawah ini:
- Lawati pautan rasmi Hong Leong Bank di https://s.hongleongconnect.my
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Next.
- Sahkan Security Picture.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas login, klik menu Statement/Invoice.
- Klik Online Statement.
- Lihat pada akaun yang Anda gunakan bagi kegunaan harian sama ada Savings atau Current Account.
- Pilih Download Statement bagi muat turun penyata bank baru.
- Jika Anda ingin tukar tempoh penyata bank, Anda boleh klik tanda panah.
- Kemudian, klik View History.
- Seterusnya, Anda akan dibawa ke laman penyata dengan tempoh waktu yang Anda inginkan.
- Klik Download bagi muat turun penyata.
- Selesai.
Jenis Akaun Hong Leong Bank
Di bawah ini merupakan jenis-jenis akaun Hong Leong Bank yang mempunyai perkhidmatan e-Penyata.
- Kad Kredit
- Kad Debit/Kad Debit-i
- Pembiayaan Harta/Pembiayaan Harta-i
- Pinjaman Kenderaan/Pembiayaan Kenderaan-i
- Pinjaman Peribadi/Pembiayaan-i
- Akaun Semasa/Akaun Semasa-i (Individu sahaja)
- Akaun Semasa Mata Wang Asing/Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (individu sahaja)
- Akaun Simpanan/Akaun Simpanan-i (individu sahaja)
Berapa Lama e-Penyata Tersedia
e-Penyata akan tersedia untuk dilihat dan dimuat turun dalam HLB Connect seperti di bawah:
Account Type | Statement Frequency | e-Statement Available for Viewing |
---|---|---|
Akaun Semasa / Akaun Semasa-i (individu sahaja) | Monthly | 24 bulan +1 bulan terkini (bulan semasa) |
Akaun Semasa Mata Wang Asing / Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (individu sahaja) | Monthly | 24 bulan +1 bulan terkini (bulan semasa) |
Akaun Simpanan / Akaun Simpanan-i (individu sahaja) | Monthly | 24 bulan +1 bulan terkini (bulan semasa) |
Kad Debit / Kad Debit-i | Monthly | 24 bulan terkini |
Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Harta-i (pengebilan kemajuan) | Monthly | 24 bulan +1 bulan terkini (bulan semasa) |
Pembiayaan Harta/Pembiayaan Harta-i (dibayar sepenuhnya) | Half Yearly | 6 rekod terkini |
Pinjaman Kenderaan / Pembiayaan-i | Separuh Tahunan | 3 rekod terkini |
Pinjaman Peribadi / Pembiayaan-i | Setiap Tahun | 3 rekod terkini |
Cara Berhenti Melanggan Penghantaran Penyata Email
Anda juga dapat hentikan langganan penghantaran penyata melalui email ikuti langkah ni:
- Log masuk HLB Connect.
- Klik Statement/Invoice.
- Klik Email Subscription.
- Klik Statement Subscription.
- Klik Uncheck Email Subscription.
- Selesai.
Sekarang Anda dah tahu cara dapatkan penyata Hong Leong Bank. Anda boleh minta bantuan dari cawangan Hong Leong Bank atau hubungi mereka customer service Hong Leong Bank di 03-7636-8899 kalau ada masalah.