Internet yang pantas dan stabil kini menjadi keperluan sehari-hari, contohnya ia digunakan untuk kerja, sebagai media hiburan atau kepentingan lain yang berkaitan dengan internet.
Terdapat banyak pembekal yang menyediakan pakej perkhidmatan internet dan siaran TV untuk memenuhi pelbagai keperluan ini.
Astro yang merupakan produk dari Malaysia adalah salah satu penyedia internet dan penyiaran TV terbesar berbanding pesaing lain.
Ini dapat kita lihat dengan jangkauan serat optik Astro itu sendiri, yang telah mula memasuki kawasan terpencil di setiap rantau.
Teknologi fiber optik memberikan kualiti internet yang lebih cepat dan lebih stabil berbanding dengan kabel tembaga.
Oleh itu Astro adalah salah satu pilihan untuk orang yang ingin mempunyai sambungan internet dan siaran TV di rumah atau bahkan untuk tujuan perniagaan.
Penyambungan Semula Astro
Pelbagai pengalaman timbul daripada mereka yang telah melanggan Astro.
Semua orang pasti mempunyai pengalaman yang berbeza, ada juga yang gembira ada juga yang sukar semasa melanggan Astro sehingga mereka berhenti berlangganan.
Untuk menikmati kemudahan Astro, sudah tentu Anda mesti selalu membayar bil setiap bulan. Tetapi bagaimana jika kita terlupa membayar bil Astro kerana terlupa nombor akaun Astro atau kerana kita tidak mempunyai duit?
Sudah pastilah akaun Astro Anda akan disekat dan sambungan internet Astro akan mati.
Sekiranya sudah mempunyai duit segera bayar bil Astro yang tertunggak tu dan ikuti langkah-langkah cara penyambungan semula Astro berikut:
Hubungi Customer Service Astro
Sila menghubungi customer service Astro melalui panggilan telefon 0395433838 dan cakap bahawa Anda ingin menggunakan service Astro semula.
Pastikan Anda mengetahui ID Astro/nombor akaun Astro Anda sekiranya nanti di tanya oleh pihak Astro. Apabila tidak tahu/terlupa no akaun Astro tunjukkan/beritahu no IC Anda.
Reconnect Astro Via SMS
Cara ini paling mudah, Anda hanya perlu memiliki baki kredit handphone Anda dan pastikan nombor handphone Anda sudah berdaftar/terdaftar di perkhidmatan Astro.
Sila taip SMS dengan format:
ASTRO<jarak>RCO<jarak>AC<jarak>No Akaun Astro Anda dan hantar ke 66688
Contoh: ASTRO RCO AC 0807612345 hantar ke 66688
Hantar Email Penyambungan Semula Astro
Cara lain yang boleh Anda cuba adalah melalui email, sila tulis email yang berisi maklumat akaun Astro, IC dan tujuan.
Dalam beberapa masa, Astro Anda akan membalas email yang Anda hantar.
Pergi ke Astro Centre
Sekiranya Anda berdekatan dengan Customer Service Centre/Astro Lifestyle Centre sila pergi kesana.
Sila bawa kad pengenalan/IC dan nombor akaun Astro Anda. Cakap ke pekerja Astro bahawa Anda ingin mengaktifkan semula akaun Astro Anda.
Penyambungan semula Astro akan mengambil masa sehingga 3 jam selepas pembayaran dibuat dalam akaun Anda.
Anda akan dikenakan caj sejumlah RM20 selepas penyambungan semula.
Baca juga cara bayar bil Astro paling mudah
Selepas Astro aktif semula, jangan terlupa untuk sentiasa membayar bil Astro.