Bagi memberi kemudahan kepada pelanggan, Maybank menyediakan perkhidmatan Maybank customer service yang boleh diakses oleh pelanggan untuk mendapatkan maklumat dan penyelesaian apabila ada sebarang pertanyaan ataupun masalah. Ketersediaan perkhidmatan ini tentu sahaja sangat membantu sebab boleh selesaikan urusan perbankan tanpa perlu kena pergi ke kaunter.
Maybank adalah salah satu bank terbesar di Malaysia dengan rangkaian serantau dan antarabangsa daripada Maybank Group. Maybank Malaysia menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan yang komprehensif untuk pelanggan individu dan korporat.
Dibawah ini merupakan maklumat dan cara hubungi Maybank customer service secara online, email, chat dan telefon.

Maybank Customer Service
Customer Service ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Bank kepada pelanggannya, sama ada sebelum atau selepas memohon produk atau perkhidmatan.
Fungsi customer service adalah untuk memberikan kemudahan supaya pengalaman transaksi pelanggan menjadi lebih baik dan berharap dapat memenuhi jangkaan pelanggan.
Maybank Customer Service melalui Email
Maybank menyediakan customer service melalui Email iaitu mgcc@maybank.com.my Anda dapat menghantar mengenai aduan atau pertanyaan yang berkaitan dengan Maybank, untuk mempercepat email Anda di balas pihak Maybank, Maybank mengesyorkan Anda untuk menyertakan:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Telefon
- Nombor Akaun Maybank
Maybank Customer Service 24 Hours
Bagi Anda yang ingin mendapatkan balasan yang cepat, Anda dapat menghubungi Maybank Customer Service yang tersedia 24 jam iaitu Anda dapat menghubungi nombor berikut:
- Customer Care Hotline
1-300 88 6688 (Malaysia)
+603-7844 3696 (Overseas) - Fraud Hotline
+603 5891 4744
Maybank Customer Service Chat
Anda dapat melakukan aduan/pertanyaan melalui Maybank Live Chat, yang tersedia aktif dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin sehingga Jumaat (tidak termasuk Cuti Umum)
Maybank juga membolehkan pelanggan boleh terlibat dalam perbualan/chatting interaktif dengan menghantar gambar atau teks. Pelanggan juga boleh dapatkan promosi menggunakan perkhidmatan Live Chat.
Maybank Live Chat boleh hanya tersedia di web rasmi Maybank2u dan aplikasi Maybank bagi semua pelanggan Maybank sahaja.
Berikut ini kami kongsikan cara hubungi Maybank Customer Service Live Chat.
Melalui web rasmi Maybank2u
- Buka website rasmi Maybank2u.
- Kemudian, pergi ke halaman permohonan Kad Kredit atau Akaun Premier Maybank2u.
- Klik pada Maybank Live Chat untuk mula berbual
Melalui Maybank2u selepas Anda log masuk
- Sila log masuk ke akaun Maybank2u Anda.
- Seterusnya, klik pada Contact Us dan mula bersembang
Aplikasi Maybank2u
- Pastikan Anda telah muat turun aplikasi Maybank yang tersedia di Google Play Store/Appstore secara percuma.
- Selepas itu, login ke aplikasi Maybank Anda.
- Ketik pada menu laci, pilih Need Help?
- Klik pada ikon Maybank Live Chat.
- Selesai
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.