Cara Atasi Lupa Nombor PIN ATM RHB Bank Online

Posted on

Pada masa ini terlupa PIN ATM RHB Bank sering terjadi, sehingga ramai pemilik kad debit yang ingin tahu cara dapatkan nombor PIN ATM yang terlupa tanpa perlu ke bank.

Kepadatan aktiviti menyebabkan pelanggan tidak selalu dapat mengunjungi bank. Pada masa ini terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk dapatkan semula no PIN kad debit.

Risiko terlupa pin ATM ni boleh menyebabkan kegagalan transaksi. Kad ATM juga berpotensi untuk disekat/kena block kerana tersalah memasukkan PIN yang betul. Dibawah ini kami kongsikan step cara dapatkan kembali PIN ATM RHB Bank.

Lupa Nombor PIN ATM RHB Bank
Lupa Nombor PIN ATM RHB Bank

Lupa Nombor PIN ATM RHB Bank

Terlupa nombor PIN kad RHB seringkali terjadi kepada sebahagian pelanggan, salah satu penyebabnya iaitu boleh jadi kerana pemegang kad bank dah lama tidak gunakan kad tersebut untuk transaksi di mesin ATM.

Cara Penggantian Kad ATM RHB Bank

Cara mengatasi lupa PIN ATM adalah dengan membuat penukaran kad ATM di cawangan RHB Bank.

Sila ikuti langkah cara penggantian kad ATM RHB Bank:

  1. Sila kunjungi cawangan RHB Bank yang berhampiran,
  2. Isikan borang penggantian kad debit RHB Bank.
  3. Ambil nombor giliran Anda. Tunggu sehingga nombor giliran Anda dipanggil.
  4. Kemudian, pegawai kaunter akan minta kad pengenalan dan kad ATM lama Anda.
  5. Masukkan No PIN baharu Anda.
  6. Seterusnya, RM12 akan ditolak dari akaun Anda.
  7. Kad ATM RHB dan PIN baru boleh Anda gunakan seperti biasa.
  8. Selesai.

Cara Tukar PIN Kad Debit/Kredit RHB Bank

Untuk mencegah Anda terlupa PIN Kad Debit/Kredit, Anda mesti tukar PIN Kad Debit/Kredit secara berkala.

  1. Lawati pautan rasmi RHB Bank https://logon.rhb.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next, Get Secret Word.
  4. Sahkan Secret Word Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas login, klik Apply.
  8. Klik Card PIN Selection.
  9. Pilih Card Number.
  10. Masukkan Nombor OTP yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  11. Anda akan diberikan PIN Sementara.
  12. Masukkan 6-digit PIN Sementara.
  13. Seterusnya, Anda akan dikehendaki memasukkan PIN 6 digit pilihan Anda.
  14. PIN Anda berjaya dikemas kini.
  15. Selesai.

Kad Debit RHB Bank

Kad Debit merupakan kad pembayaran yang dapat digunakan sebagai pengganti wang tunai ketika membuat pembelian.

Kad Debit serupa dengan kad kredit, tetapi tidak seperti kad kredit, wang tersebut segera dipindahkan dari akaun bank pemegang kad ketika melakukan transaksi.

Soalan Lazim Kad Debit RHB Bank

Dibawah ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Kad Debit RHB Bank:

1. Bagaimana cara saya mengetahui bahawa kad saya akan tamat tempoh?

Anda boleh membuat permohonan pembaharuan Kad Debit/-i RHB dalam tempoh 6 bulan lebih awal daripada tempoh kad tamat atau dalam masa 12 bulan selepas kad telah tamat tempoh.

2. Adakah bayaran berkala (auto debit) akan terganggu selepas saya mendapat Kad Debit/-i baru?

Sila kemaskini nombor Kad Debit/-i dan tempoh tamat baru Anda dengan pedagang (merchant) bagi memastikan bayaran berkala Anda tidak terganggu. Baca juga cara nak batalkan auto debit RHB Bank.

3. Adakah saya akan mendapatkan nombor kad yang sama sebaik sahaja saya perbaharui Kad Debit/-i saya?

Ya, kecuali Kad Debit/-i Justice League.

Semoga maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda selesaikan masalah lupa no PIN kad debit RHB Bank. Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service di Phone: 03-9206-8118 atau emel customer.service@rhbgroup.com.