Lupa Nombor PIN ATM Bank Islam
Lupa Nombor PIN ATM Bank Islam

Cara Mengatasi Lupa Nombor PIN ATM Bank Islam

Posted on

Personal Identification Number atau PIN ialah nombor yang menjadi keselamatan ketika Anda membuat transaksi dengan kad ATM. Jika Anda terlupa nombor PIN kad ATM Bank Islam, maka kad ATM tidak boleh digunakan untuk transaksi di mesin ATM ataupun di mesin EDC.

Terlupa PIN ATM boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Masalah ini tentu sahaja perlu diatasi segera agar Anda boleh menggunakan kad ATM seperti semula. Sebab, jika Anda salah masukkan no PIN kad Bank Islam, maka kad bank Anda akan disekat secara automatik oleh sistem Bank Islam.

Macam mana kalau kad ATM dah kena block? Tak perlu risau berikut kami kongsikan cara mengatasi lupa nombor PIN ATM Bank Islam.

Lupa Nombor PIN ATM Bank Islam
Lupa Nombor PIN ATM Bank Islam

Apa itu kad PIN & PAY

Kad PIN & BAYAR ialah kad yang membolehkan Anda untuk membayar pembelian di terminal tempat jualan (POS) dengan memasukkan PIN 6 digit (Personal Identification Number), tanpa diperlukan tandatangan.

Lupa Nombor PIN ATM Bank Islam

Ikuti beberapa langkah cara mengatasi terlupa no PIN ATM berikut:

Cara Buat PIN Baru Kad ATM Bank Islam di Cawangan

Sebelum pergi ke cawangan, pastikan Anda membawa kad pengenalan dan kad ATM Anda.

  1. Kunjungi cawangan Bank Islam yang berhampiran.
  2. Isikan borang penggantian kad ATM Bank Islam.
  3. Ambil nombor giliran Anda.
  4. Tunggu nombor giliran Anda dipanggil.
  5. Jika nombor giliran Anda telah dipanggil, pegawai bank akan meminta IC atau kad pengenalan Anda.
  6. Masukkan Nombor PIN baru bagi kad ATM baru.
  7. Seterusnya, RM12 akan ditolak dari akaun Anda.
  8. Kad ATM dan PIN baru sudah siap.
  9. Selesai.

Sekiranya Anda tak ingat no akaun Bank Islam, sila baca cara mengatasi terlupa nombor akaun Bank Islam.

Reset No PIN ATM Bank Islam Secara Online

Ramai yang bertanya, bolehkan reset no PIN Bank Islam secara online? Bank Islam memaklumatkan bahawa reset PIN ATN Bank Islam hanya dapat dilakukan melalui cawangan sahaja.

Bank Islam tidak menyimpan rekod nombor PIN Pelanggan. Untuk menyelesaikan masalah lupa nombor PIN kad debit Anda mesti hadir ke cawangan yang berhampiran.

Cara Dapatkan PIN Bank Islam Melalui Telefon

Ikuti langkah-langkah cara dapatkan PIN Bank Islam melalui telefon:

  1. Sila hubungi Bank Islam Customer Service di 03-2088-8000 atau 03-26900-900 untuk dapatkan PIN baharu.
  2. Pihak Bank Islam akana hantarkan PIN 6 digit yang baharu ke alamat surat Anda melalui Pos.
  3. Kemudian, Anda dapat menetapkan semula PIN Kad Debit/ATM di cawangan Bank Islam.
  4. Gunakan kad ATM Bank Islam lama sebab Anda tidak perlu gantikan kepada yang baharu.
  5. Selesai.

Cara Tukar No PIN ATM di Mesin ATM

Untuk mencegah terlupa nombor PIN, Anda mesti tukar PIN ATM secara berkala.

  1. Pergi ke ATM Bank Islam yang berhampiran.
  2. Masukkan Kad Bank Islam yang berhampiran.
  3. Masukkan PIN Kad ATM Anda.
  4. Klik Tukar PIN/PIN Change.

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Contact Center Bank Islam di:

  • General Line: +603-2088-8000
  • Contact Centre: +603-26-900-900
  • Email: contactcenter@bankislam.com.my

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga membantu.