Cara Link Tabung Haji Maybank ATM Maybank2u

Posted on

Pergi ke tanah suci untuk menunaikan haji merupakan salah satu ibadah yang wajib bagi umat Islam yang berkemampuan. Dalam merealisasikan pelaksanaan ibadah haji, tentunya perlu menyokong ketersediaan wang yang tidak sedikit, untuk itu salah satu usaha yang boleh Anda lakukan bagi memenuhi keperluan ini adalah dengan menabung.

Salah satu produk perbankan yang boleh membantu Anda dalam merealisasikan impian menunaikan haji ialah Tabung Haji.

Untuk Anda yang ingin menghubungkan (link) Tabung Haji dengan akaun Maybank atau kad debit Maybank, Anda boleh ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan di bawah ini.

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank
Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank

Untuk link atau hubungkan tabung haji dengan Maybank sangat mudah, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Sila pergi ke ATM Maybank yang berhampiran.
  2. Masukkan kad ATM ke mesin yang disediakan.
  3. Masukkan Nombor PIN ATM Anda.
  4. Pada menu utama, klik Tabung Haji (TH) Link Tabung Haji Dengan Maybank
  5. Anda perlu tekan pada menu Daftar Akaun TH ke ATM Kad Daftar Akaun TH ke ATM Kad Maybank
  6. Masukkan Nombor Akaun TH Anda. Klik Ya. Hubungkan Tabung haji Dengan Maybank
  7. Sahkan Nombor Akaun TH yang tertera beserta Nombor Siri buku akaun TH.
  8. Jika kedua-dua nombor ini adalah milik Anda, klik Ya.

Seterusnya

  1. Lawati pautan rasmi Maybank https://www.maybank2u.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Sahkan Security Phrase Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas login, klik Accounts & Banking.
  8. Seterusnya, pergi ke bahagian kiri skrin.
  9. Klik link Tabung Haji.
  10. Kemudian, Anda akan dapatkan akses ke akaun Tabung Haji Anda melalui Maybank2u. Kerana Anda telah melengkapkan pendaftarannya untuk disambung dengan Maybank2u melalui mesin ATM.
  11. Pada paparan skrin, Anda boleh melakukan pelbagai perkara seperti menyemak baki akaun Anda, melakukan transaksi pindahan wang ke akaun lain, mengeluarkan wang Tabung Haji Anda dan lainnya.
  12. Selesai.

Baca juga cara bayar zakat fitrah melalui Maybank2u.

Cara Tukar Limit Transaksi Tabung Haji

Sekiranya Anda nak tingkatkan transaksi limit, Anda boleh ikuti step dibawah ini.

  1. Pertama sekali sila login ke Maybank2u Anda.
  2. Setelah berjaya log masuk, sila klik Settings > Pay & Transfer > Transfer Limit.
  3. Pilih Tabung Haji Own Transfer.
  4. Klik pada ikon pencil, dan pilih limit yang Anda inginkan. Klik Save Changes.
  5. Proses pengesahan:
    1. Pengesahan via SMS TAC
      1. Langkah 1: Request SMS TAC
      2. Langkah 2: Masukkan 6-digit TAC
    2. Pengesahan via Secure2u
      1. Langkah 1: Request Secure Verification.
      2. Langkah 2: Buka notifikasi yang dihantar ke telefon Anda.
      3. Langkah 3: Sahkan.
  6. Klik Confirm, selesai.

Kelebihan Link Tabung Haji Dengan Maybank

Di bawah ini merupakan kelebihan yang diberikan oleh pihak Maybank apabila Anda hubungkan (link) akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank.

  • Anda Boleh keluarkan duit Tabung Haji di ATM dan M2U.
  • Anda boleh pindahkan simpanan Tabung Haji.
  • Anda boleh semak baki di ATM dan Maybank2u.
  • Anda boleh buat pendaftaran Haji di ATM.
  • Print atau cetak penyata mini akaun Tabung Haji.

Hal yang mesti Anda kethaui adalah setiap transaksi yang dibuat akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 kecuali bagi semak baki, buat pendaftaran haji dan dapatan penyata mini akaun tabung haji. Semoga maklumat yang kami kongsikan boleh membantu dan bermanfaat untuk Anda.