Cara Tukar Limit Transfer OCBC Bank
Cara Tukar Limit Transfer OCBC Bank

Cara Tukar Limit Transfer Transaksi OCBC Online

Posted on

OCBC Bank mengeluarkan kad ATM dan perkhidmatan internet banking mengikut keperluan individu dan perniagaan. Kad ATM OCBC Bank boleh digunakan sebagai alat transaksi semasa berniaga atau alat untuk keluarkan duit di mesin ATM.

Yang mesti Anda ketahui adalah bahawa limit transfer atau limit transaksi pada kad ATM dan internet banking OCBC adalah berbeza.

Bagi Anda yang ingin tingkatkan had transaksi OCBC, Anda boleh ikuti step cara tukar limit transfer OCBC di bawah ini.

Cara Tukar Limit Transfer OCBC Bank
Cara Tukar Limit Transfer OCBC Bank

Cara Tukar Limit Transfer OCBC Bank

Step cara tukar limit transfer OCBC Bank online:

  1. Buka link website rasmi OCBC https://www.ocbc.com.my/
  2. Klik Login.
  3. Masukkan Login ID Anda. Login OCBC Bank
  4. Klik Next.
  5. Sahkan Security Phrase Anda. Klik Confirm.
  6. Sahkan Password akaun Anda. Klik Login.
  7. Selepas login, pada menu atas klik Payments & Transfers>To an Account. Transfer To And Account
  8. Klik Update Transaction Limits. Update Transaction Limit OCBC
  9. Pada Regular Transfer & Enets, pilih had yang Anda inginkan pada Senarai Dropdown. Ubah Limit Transaksi
  10. Klik Seterusnya. Semak butiran dan klik Hantar. Update Of Transaction Limit
  11. Masukkan Kod OTP yang dihantar melalui SMS. Klik Confirm dan Done.
  12. Selesai.

Tiada internet banking OCBC? Tak perlu risau, sila baca cara daftar OCBC online banking.

Soalan Lazim OCBC Bank

Berikut ini merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan OCBC Bank:

1. Macam mana cara saya tetapkan Had Transaksi Harian?

Anda boleh menukar had pemindahan dana Anda melalui Perbankan Internet. Jumlah maksimum yang dibenarkan untuk pemindahan Pihak Ketiga dan Antara Bank ialah RM30,000 sehari.

2. Apa kelayakan untuk perbankan online OCBC Bank?

Untuk mohon perbankan dalam talian, Anda mesti menjadi pemegang kad kredit OCBC sedia ada atau mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada akaun OCBC berikut:

  • Akaun simpanan
  • Akaun terkini

3. Berapakah Had Pengeluaran OCBC Bank?

Had untuk pengeluaran tunai tempatan dan luar negara ialah RM300, RM1000, RM2000, RM3000 atau RM5000 sehari bergantung pada had harian yang Anda telah mendaftar. Anda dapat menyesuaikan had pengeluaran Anda melalui ATM, Perbankan Internet atau di mana-mana cawangan OCBC.

Semoga maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda. Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service OCBC Bank di 03-8317-5000 untuk dapatkan bantuan.