Cara keluar duit di ATM Maybank tanpa kad boleh dilakukan dengan mudah. Pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan MAE Maybank yang telah diaktifkan. Kewujudan cara mengeluarkan wang di ATM Maybank tanpa kad tentunya sangat membantu.
Lebih-lebih lagi kepada pelanggan yang sering terlupa membawa dompet/wallet atau kad ATM ketika keluar rumah. Dengan adanya ciri pengeluaran duit tanpa kad Maybank dalam aplikasi MAE Maybank, pelanggan tidak perlu risau lagi apabila memerlukan wang tunai.
Cukup buka aplikasi MAE Maybank Anda, kemudian ikut arahan yang diberikan untuk membuat pengeluaran tunai di mesin ATM.
Pengguna Maybank kini boleh mengeluarkan duit daripada daripada mesin ATM tanpa menggunakan kad dimana Anda boleh melakukan pengeluaran tersebut melalui imbasan kod QR melalui fungsi ATM Cash-Out di Aplikasi MAE Maybank.
Untuk menggunakan fungsi ATM Cash-out melalui MAE Maybank, Anda perlu terlebih dahulu mengaktifkan ciri ATM Cash-Out pada aplikasi MAE yang mengambil masa sekitar 24 jam sebelum dapat digunakan.
Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad di ATM Maybank
Anda mesti muat turun terlebih dahulu aplikasi MAE Maybank di Google Play Store atau Appstore apabila Anda belum mempunyai aplikasi MAE. Sekiranya Anda dah mempunyai dan mendaftar MAE Anda boleh ikuti langkah berikut.
- Sila buka aplikasi MAE Maybank Anda.
- Kemudian, klik Quick Actions.
- Klik Manage.
- Scroll ke bahagian bawah dan klik simbol tambah pada ATM Cash-out untuk tetapkan Top Actions di laman utama.
- Anda juga dapat susun semula bahagian Top Action mengikut pilihan Anda sendiri.
- Seterusnya, klik ATM Cash-out.
- Masukkan Password Maybank Anda.
- Klik Continue.
- Sahkan Terma dan Syarat.
- Klik Confirm.
- Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor handphone Anda.
- Selesai.
Selepas Anda selesai, Maybank akan memaparkan status pengaktifkan fungsi ATM Cash-Out tersebut.
- Diingatkan fungsi ATM Cash-Out ini memerlukan PIN atau pengesahan biometik untuk pengeluaran di bawah RM1000 dan untuk lebih daripada itu.
- Anda perlu sertakan bersama pengesahan Secure2U.
- Anda juga tidak akan menerima resit melalui mesin ATM tetapi ia ditawarkan secara digital.
Selepas Pengaktifan
- Pergi ke mesin ATM Maybank yang berhampiran yang menyokong fungsi ATM Cash-Out.
- Seterusnya, Anda perlu mengimbas kode QR.
- Selesai.
Sekiranya kad ATM Anda rosak, sila baca cara tukar kad Maybank expired, rosak dan hilang.
Cara Pengeluaran Duit di ATM Tanpa Kad Maybank
Sekiranya Anda menggunakan aplikasi Maybank2u versi terbaru, sila ikuti langkah berikut.
- Lancarkan aplikasi Maybank2u di HP dan pilih Cardless ATM Withdrawal
- Selepas itu, masukkan butiran seperti no telefon dan nama Anda. Klik Continue.
- Sila masukkan jumlah yang Anda ingin keluarkan sama ada RM100, RM200 atau RM300.
- Sila semak dan pastikan butiran dipaparkan itu betul. Kemudian, klik Agree & Request TAC.
- Masukkan nombor TAC yang dihantar HP Anda.
- Langkah seterusnya ialah, pergi ke mesin ATM Maybank terdekat.
- Pada skrin ATM, tekan Pengeluaran Tanpa Kad, tekan Teruskan.
- Sila masukkan 2 kod ID yang dihantar ke SMS Anda. Kod ID pertama panjang sekitar 16 atau 17 digit dan kod ID kedua adalah 6 digit.
- Selesai
Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai pengeluaran duit tanpa kad bank di ATM Maybank semoga membantu.