Macam mana cara mohon kad kredit BSN Platinum? Kad kredit BSN Platinum adalah salah satu pilihan yang tepat jika Anda ingin mempunyai kad kredit bank.
Namun, Anda perlu betul-betul faham syarat dan cara memohon agar permohonan Anda mudah diluluskan.
Ramai yang berminat memohon kad kredit BSN Platinum kerana tawaran ganjaran dan promo yang menarik.
Bagi Anda yang mempunyai pendapatan yang besar, Anda boleh membuat kad kredit ini.
Berikut kami kongsikan syarat mohon kad kredit BSN Platinum dan cara mohon credit card BSN secara online atau walk-in.
Manfaat
Berikut adalah senarai manfaat dan kelebihan kad kredit BSN Platinum
- Tiada Fi Tahunan
- Caj Kewangan Lebih Rendah
- Sehingga 2x Happy Points
- Penebusan Happy Points
- Keistimewaan Global
- Peningkatan Had Kredit
- Program Pindahan Baki BSN
- Pelan EasyCash BSN
- Pelan Instalment-Pay BSN
- Pelan 0% EasyPay BSN
- Program Happy Rewards BSN
- Autobilling BSN
- Kad Zing PLUSMiles BSN Percuma
- Credit Shield & Bereavement
- Program Penukaran Baki Automatik BSN
Kelayakan Memohon
Untuk dapat membuat kad kredit platinum di bank BSN, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh pelanggan, antaranya:
- Pendapatan Minimum: RM48,000 setahun / RM4,000 sebulan
- Umur Minimum Kad Utama 21 tahun / Umur Minimum Kad Tambahan 18 tahun
- Warganegara Malaysia
Dokumen yang Diperlukan
Di bawah ini merupakan dokumen yang diperlukan mengikut jenis pekerjaan Anda.
1. Pekerja Bergaji
Kakitangan Kerajaan
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan penyata gaji 1 bulan terkini ATAU Surat Pengesahan Majikan (Untuk kehilangan Tentera dan Polis, sila kepilkan salinan Kad Kuasa)
Kakitangan Swasta
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan penyata gaji 3 bulan terkini/ Penyata KWSP terkini/Borang EA/Borang BE
2. Bekerja Sendiri
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini
- Borang B terkini serta resit cukai rasmi untuk dua tahun terkini
- Salinan Borang 9,24 & 49 Atau Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
3. Berpendapatan Komisen
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan Penyata Komisen 6 bulan terkini/penyata komisen tahunan atau
- Borang EA/Borang BE serta resit cukai rasmi
Cara Mohon Kad Kredit BSN Platinum Online
Ikuti langkah-langkah mudah cara mohon Kad Kredit BSN secara online berikut ini:
- Lawati web rasmi BSN berikut ini https://www.bsn.com.my/
- Pilih jenis Kad Kredit BSN Platinum.
- Klik Ketahui Lanjut.
- Klik Mohon Sekarang.
- Kemudian, klik Submit Details.
- Masukkan Nama Anda mengikut Kad Pengenalan.
- Masukkan Alamat Email Anda.
- Masukkan Nombor Handphone Anda.
- Sahkan Privacy Policy.
- Klik Submit.
- Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
- Selesai.
Cara Mohon Kad Kredit BSN Platinum Walk-in
Anda juga boleh mohon buat credit card BSN Platinum di cawangan terdekat. Pertama sekali sila muat turun borang permohonan kad kredit/i.
Isikan dan lengkapkan borang tersebut, selepas itu bawa borang dan bawa juga kad pengenalan Anda ke cawangan BSN yang berhampiran.
Staff BSN akan bantu Anda untuk dapatkan kad kredit BSN Platinum. Sila datang lebih pagi ke cawangan BSN agar tak perlu beratur di cawangan.
Senarai Kad Kredit BSN
Selain kad kredit BSN platinum, BSN juga menyediakan kad kredit di bawah ini.
- Kad Kredit BSN Visa/Mastercard Klasik dengan Pendapatan Minimum RM24,000 setahun
- Kad Kredit BSN Visa/Mastercard Emas dengan Pendapatan Minimum RM36,000 setahun
- Kad Kredit BSN Visa/Mastercard Platinum dengan Pendapatan Minimum RM48,000 setahun
- Kad Kredit BSN Teachers Mastercard Emas dengan Pendapatan Minimum RM24,000 setahun
- Kad Kredit BSN G-Card Visa dengan Pendapatan Minimum RM24,000 setahun
- Kad Kredit BSN AIAFAM Visa Platinum dengan Pendapatan Minimum RM32,0000 setahun
Anda boleh memohon sehingga maksimum lima (5) kad tambahan (untuk pasangan Anda, anak-anak dan keluarga terdekat yang berumur 18 tahun ke atas).
Baca juga cara dapatkan penyata BSN untuk mengetahui sejarah transaksi yang berlaku di akaun Anda.
Soalan Lazim Kad Kredit BSN
Sila rujuk soalan lazim Kad Kredit BSN di bawah ini:
1. Bagaimana sekiranya saya melangsaikan sepenuhnya baki sebelum tempoh matang?
Anda tidak akan dikenakan sebarang penalti penyelesaian awal jika Anda menyelesaikan sepenuhnya Program Pindahan Baki BSN, Pelan BSN EasyCash, Pelan Instalment-Pay BSN dan Pelan 0% EasyPay BSN sebelum tempoh matang.
Bagaimanapun, Anda akan dikenakan jumlah keseluruhan hutang kepada BSN, termasuk amaun pokok dan faedah tertunggak sebagai pembayaran akhir.
2. Adakah implikasi sekiranya saya gagal melaksanakan tanggungjawab?
- Caj bayaran lewat
- Hak untuk tolak selesai
- Liabiliti untuk Transaksi yang Tidak diberikuasa
3. Apa itu Yuran Pendahuluan Tunai?
Yuran Pendahuluan Tunai adalah 5% daripada pengeluaran tunai atau RM10 yang mana lebih tinggi akan dikenakan bagi amaun yang dikeluarkan.
Sekiranya ada sebarang masalah/pertanyaan yang berkaitan dengan Bank BSN Anda boleh hubungi Customer Service BSN di 1300-88-1900.
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda.