Sekarang ini BSN telah menyediakan cara yang selamat untuk menghantar dan menerima wang tanpa perlu menunggu lama. Anda boleh transfer wang atau hantar wang kepada penerima hanya dengan menggunakan ID pengenalan atau no telefon bimbit sahaja.
Untuk makluman, perkhidmatan DuitNow ini akan beri Anda caj RM0.50 apabila Anda menghantar wang melebihi RM5,000 bagi setiap transaksi. Namun, sekiranya Anda menghantar wang di bawah RM5,000 tiada kos yang diberikan.
Berikut kami kongsikan cara instant transfer BSN menggunakan DuitNow.
Apakah Itu DuitNow
Ramai yang tak tahu apa itu DuitNow dan bagaimana cara menggunakan DuitNow.
DuitNow merupakan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank yang mengambil bahagian untuk menghantar dan menerima duit dengan serta-merta dari satu akaun ke akaun lain, dalam bank yang sama atau ke bank lain dengan hanya menggunakan ID DuitNow mereka.
Apakah hanya BSN sahaja yang boleh gunakan DuitNow? Semua bank-bank di Malaysia seperti Maybank, RHB, CIMB dan bank lain yang menyediakan perkhidmatan DuitNow dapat melakukan pemindahan wang, jadi semua bank boleh guna DuitNow.
ID DuitNow
Untuk menghantar wang kepada penerima, Anda hanya perlukan salah satu maklumat berikut:
- Nombor Mudah Alih
- Kad Pengenalan
- Nombor Pasport
- Nombor Pendaftaran Perniagaan
- Nombor Tentera atau Polis
Manfaat DuitNow
DuitNow mempunyai banyak manfaat dan kelebihan sehingga banyak pelanggan bank yang menggunakan perkhidmatan ini. Berikut adalah beberapa kelebihan DuitNow:
- Nikmati pemindahan dana segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.
- Tidak perlu lagi mengingati nombor akaun.
- Data anda selamat dan terjamin.
- Percuma untuk anda.
Cara Daftar DuitNow BSN
DuitNow dapat Anda gunakan apabila Anda telah mendaftar, berikut adalah langkah cara daftar DuitNow BSN.
- Log masuk ke akaun myBSN Anda.
- Klik Manage Account > DuitNow Settings > DuitNow ID Type > Klik Register.
- Pilih Receiving Account daripada senarai.
- Masukkan One-Time Password (OTP) untuk proses pengesahan.
- Status ID DuitNow Anda akan dipaparkan.
Bagaimana kalau saya tak mempunyai akaun MyBSN, boleh ajar saya langkah-langkah daftar MyBSN tak? Tak perlu risau, kami telah sediakan panduan cara daftar BSN online. Sila ikuti panduan tersebut.
Cara Guna DuitNow BSN
Sekiranya Anda telah berjaya mendaftar DuitNow BSN, tentu sahaja Anda ingin mengetahui langkah-langkah cara transfer wang menggunakan DuitNow.
Panduan cara transfer duit guna DuitNow boleh Anda lihat di bawah:
- Langkah pertama, sila log masuk ke myBSN Anda.
- Pilih Transfer > Interbank Fund Transfer > DuitNow.
- Pilih from Account, isikan DuitNow ID, Amount, Recipient Reference dan Other Additional info.
- Sahkan maklumat penerima dan masukkan One-Time Password (OTP) untuk pengesahan.
- Status pemindahan DuitNow Anda akan dipaparkan.
Apabila Anda tidak menemukan atau tak nampak menu DuitNow di akaun MyBSN, Anda boleh cuba langkah berikut:
- Log masuk ke myBSN
- Pilih Transfer
- Pilih Interbank Fund Transfer
- Transfer type DuitNow
Masih tak nampak menu DuitNow? Kalau macam tu Anda perlu hubungi hotline BSN di 1300881900, setelah itu minta pegawai bank aktifkan BSN online banking transfer baru boleh transfer macam biasa.
Selain cara instant transfer BSN, kami juga telah sediakan panduan cara dapatkan penyata bank BSN untuk rujukan Anda.
Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga perkongsian diatas dapat bermanfaat.