Cara Daftar e-Invois TNB
Cara Daftar e-Invois TNB

Cara Daftar e-Invois TNB Individu Organisasi Kerajaan

Posted on

Bil elektrik yang asyik bertambah setiap bulan memang boleh buat kepala pening, lagi-lagi bila nak uruskan dokumen untuk cukai dan rekod kewangan. Kalau tak jaga betul-betul, silap hari bulan, ada yang terlepas pandang atau salah kira.

Bila dah sampai hujung tahun, mulalah kalut nak cari resit dan bil untuk urusan cukai. Bukan je makan masa, tapi boleh jadi stres bila dokumen penting hilang atau tak lengkap.

Sekarang ni, TNB dah ada solusi yang lebih mudah dan cepat, e-Invois. Dengan e-Invois, Anda tak perlu lagi simpan bil bercetak sebab semua rekod transaksi elektrik dah disahkan oleh LHDN dan dihantar terus ke e-mel.

Senang cerita, Anda boleh akses bil bila-bila masa tanpa risau hilang atau rosak. Pendaftaran pun tak susah, boleh buat secara online, melalui TNB CareLine, atau pergi je ke Kedai Tenaga terdekat. Semua proses ni hanya ambil masa 7 hari bekerja je. Jadi, jom kita tengok cara nak daftar e-Invois TNB untuk individu, organisasi, dan kerajaan.

e-Invois TNB
e-Invois TNB

Apa Itu e-Invois TNB?

e-Invois ialah dokumen digital untuk setiap transaksi antara TNB sebagai penjual dan pelanggan berdaftar sebagai pembeli. Sebelum dihantar kepada pelanggan, e-Invois perlu disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Ia mengandungi maklumat penting seperti nama dan butiran pembekal dan pembeli, deskripsi item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai yang dikenakan, serta jumlah keseluruhan.

Dalam konteks TNB, e-Invois menggantikan bil bercetak dengan dokumen elektronik dalam format PDF. Ia merangkumi bil elektrik, Caj Sambungan Pengguna (CSP), caj pemprosesan, nota kredit, nota debit, dan nota bayaran balik.

Kelebihan Menggunakan e-Invois TNB

Menurut LHDNM, e-Invois menawarkan banyak kelebihan, termasuk:

  • Urusan lebih cepat dan efisien – Tak perlu lagi proses manual yang memakan masa.
  • Pemfailan cukai lebih mudah – Semua data transaksi tersedia secara digital.
  • Akses mudah – Bil boleh diakses terus dari e-mel atau portal myTNB dan myTNBiz.
  • Laporan kewangan yang lebih tepat – Rekod digital memudahkan audit dan penyusunan bajet.

Siapa Yang Boleh Daftar e-Invois TNB?

Semua pelanggan TNB dengan akaun elektrik aktif layak mendaftar untuk e-Invois. Akaun dianggap aktif jika ia menerima bil elektrik bulanan secara berkala.

Terdapat tiga kategori pelanggan yang boleh mendaftar:

  • Individu: Pengguna berdaftar dengan MyKad, ID Tentera, ID Polis, atau pasport.
  • Organisasi: Termasuk syarikat, persatuan, dan perniagaan berdaftar dengan ROS atau ROC.
  • Kerajaan: Merangkumi entiti kerajaan persekutuan dan negeri.

Cara Daftar e-Invois TNB

TNB menyediakan tiga cara mudah untuk mendaftar e-Invois:

  1. Portal Pendaftaran e-Invois TNB
    • Layari https://einvoice.tnb.com.my
    • Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan
    • Pengesahan akan dihantar ke e-mel dalam masa 7 hari bekerja
  2. TNB CareLine
  3. Kunjungi Kedai Tenaga Berhampiran
    • Daftar terus di cawangan TNB berdekatan
    • Pengesahan diterima melalui e-mel dalam masa 7 hari bekerja

Nota Penting: Pemprosesan hanya akan bermula setelah semua butiran dan dokumen diterima dengan lengkap. Sebarang penghantaran yang tidak lengkap boleh menyebabkan kelewatan.

Cara Daftar e-Invois TNB Secara Online

Ikuti langkah pendaftaran e-Invois TNB online ini:

  1. Pergi ke https://einvoice.tnb.com.my/s/registration-form/en
  2. Sahkan alamat e-mel Anda untuk menerima pemberitahuan
  3. Pilih sama ada akaun individu, organisasi, atau kerajaan
  4. Lengkapkan butiran yang diperlukan
  5. Lampirkan dokumen dalam format PDF, JPEG, atau PNG (maksimum 15MB setiap fail)
  6. Tandakan kotak persetujuan untuk mematuhi terma e-Invois
  7. Tekan butang hantar untuk melengkapkan proses
  8. Selepas disahkan, Anda akan terima e-mel pengesahan dalam masa 7 hari bekerja

Dokumen Diperlukan Untuk Pendaftaran

Senarai dokumen dan syarat yang diperlukan untuk pendaftaran:

Individu Warganegara

  • Nama penuh seperti dalam MyKad
  • Nombor Pengenalan Cukai (TIN) disokong oleh Borang Cukai Pendapatan
  • Nombor MyKad atau ID Tentera/Polis
  • Alamat Kediaman
  • Nombor Telefon*
  • Alamat E-mel*
  • Nombor Pendaftaran SST (jika berkenaan)

Individu Bukan Warganegara

  • Nama penuh seperti dalam Pasport
  • Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
  • Nombor Pasport atau MyPR/MyKAS
  • Alamat Kediaman
  • Nombor Telefon*
  • Alamat E-mel*
  • Nombor Pendaftaran SST (jika berkenaan)

Organisasi

  • Nama Perniagaan Berdaftar
  • Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan (disokong oleh Sijil SSM terkini)
  • Alamat Perniagaan
  • Nombor Telefon*
  • Alamat E-mel*
  • Nombor Pendaftaran SST (jika berkenaan)

Nota:

  • Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon yang diberikan betul dan boleh dihubungi.
  • Semua dokumen sokongan mesti sah dan terkini.

Cara Mendapatkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dan Borang Cukai Pendapatan

Untuk mendapatkan TIN dan Borang Cukai Pendapatan, Anda boleh guna cara berikut:

  • Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my
  • Live Chat HASiL melalui laman web LHDN
  • Talian Care Line HASiL di 03-8911 1000
  • Kunjungi Cawangan HASiL yang terdekat

Bila dah daftar, bil elektrik bulanan Anda akan dihantar terus ke alamat e-mel yang didaftarkan. Kalau Anda pengguna myTNB, boleh juga semak bil melalui portal atau aplikasi myTNB.

Bagi organisasi dan kerajaan yang ada banyak akaun elektrik, bil bulanan boleh diakses melalui portal myTNBiz.

Pertanyaan dan Bantuan

Kalau ada sebarang soalan atau perlukan bantuan, Anda boleh hubungi:

Untuk maklumat lanjut tentang e-Invois, layari laman web LHDNM di www.hasil.gov.my/en/e-invoice.

Dengan mendaftar e-Invois, urusan bil elektrik jadi lebih mudah, cepat, dan teratur. Jadi, tak perlu lagi risau tentang kehilangan bil atau masalah rekod kewangan. Jom daftar sekarang dan nikmati kemudahan digital daripada TNB!