Cara Dapatkan Kod DuitNow QR Bank Islam
Cara Dapatkan Kod DuitNow QR Bank Islam

Cara Buat DuitNow QR Bank Islam Personal / Perniagaan

Posted on

Bank Islam adalah salah satu bank terbesar di Malaysia. Sebagai bank terbesar, Bank Islam akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggannya.

Salah satu perkhidmatan yang mereka persembahkan ialah ciri DuitNow QR Bank Islam yang memudahkan pelanggan membuat pembayaran bukan tunai/non cash/cashless melalui peniaga yang telah bekerjasama dengan Bank Islam.

Berikut kami kongsikan step cara buat QR code DuitNow Bank Islam untuk perniagaan atau personal.

Cara Dapatkan Kod DuitNow QR Bank Islam
Cara Dapatkan Kod DuitNow QR Bank Islam

Apa itu DuitNow QR Bank Islam

DuitNow QR Bank Islam ialah kaedah transaksi menggunakan kod QR standard Malaysia yang dikeluarkan oleh PayNet dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Cukup imbas kod bar atau kod QR dan buat pembayaran melalui handphone di semua kedai/tempat jualan yang mempunyai logo DuitNow.

DuitNow QR tersedia untuk:

  • Imbas kod QR DuitNow orang lain atau pedagang untuk pindahkan dana atau buat pembayaran.
  • Hasilkan kod QR untuk menerima wang.

Transaksi Harian DuitNow QR

  • Imbas dan bayar kepada peniaga RM1,000
  • Imbas dan pindahkan dana kepada orang lain RM50,000 (had bersama dengan had pindahan dana pihak ketiga)

Cara Buat Kod DuitNow QR Bank Islam

Sekiranya Anda telah mempunyai aplikasi GO by Bank Islam di handphone Anda, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Sila buka aplikasi Go by Bank Islam Anda.
  2. Pilih DuitNow QR. Login DuitNow QR
  3. Masukkan Password Bank Islam Anda.
  4. Klik Proceed.
  5. Jika Anda merupakan pengguna kali pertama, Anda dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu.
  6. Klik Continue.
  7. Kemudian, pilih akaun Bank Islam Anda.
  8. Masukkan Limit harian Anda dan juga Limit cumulative. Lets Register DuitNow
  9. Klik pada Terma dan Syarat.
  10. Klik Let’s Register.
  11. Klik Confirm.
  12. Seterusnya, masukkan No IAC yang dihantar melalui SMS, jadi Anda semak sahaja SMS dan salin semula nombor IAC yang Anda terima.
  13. Kemudian, klik pada bahagian Let’s DuitNow QR.
  14. Klik Allow bagi Picture dan Record.
  15. Lepas tu akan ada 2 pilihan iaitu Scan dan Receive.
  16. Sila gunakan Scan ini bila Anda akan membuat pembayaran atau pindahan kepada pihak ke 3. Scan DuitNow QR
  17. Untuk dapatkan kod DuitNow QR untuk perniagaan, klik bahagian Receive. Receive DuitNow QR
  18. Sila kongsikan QR tersebut atau print bagi memudahkan pembayaran dilakukan terus ke akaun Anda.

Untuk melihat sejarah transaksi dalam akaun Bank Islam, Anda boleh baca cara dapatkan penyata Bank Islam online.

Cara Transfer Duit Dengan DuitNow QR

Jika Anda ingin transfer duit menggunakan DuitNow, berikut langkah yang mesti Anda ikuti:

  1. Buka aplikasi perbankan di handphone atau eWallet Anda
  2. Lepas tu, imbas QR DuitNow penghantar
  3. Kemudian Anda perlu sahkan butiran pembayaran dan bayar
  4. Di handphone Anda, Anda akan menerima pengesahan pembayaran

Cara Buat Pembayaran Dengan DuitNow QR

Untuk membuat pembayaran sangat mudah, sila ikuti step berikut:

  1. Buka aplikasi Perbankan Mudah Alih atau eWallet pilihan anda
  2. Imbas QR DuitNow pedagang
  3. Sahkan butiran pembayaran dan bayar
  4. Terima pengesahan pembayaran

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Contact Center Bank Islam di:

  • General Line: +603-2088-8000
  • Contact Centre: +603-26-900-900
  • Email: contactcenter@bankislam.com.my

Semoga perkongsian diatas dapat bermanfaat untuk Anda.