Masalah dengan transaksi kad kredit atau transaksi perbankan sering menjadi satu perkara yang memerlukan penyelesaian segera.
Bila caj yang tak sepatutnya muncul dalam penyata kad kredit, atau transaksi yang tidak dikenali menyelinap masuk, ini boleh menjadi satu masalah besar jika tidak ditangani dengan betul.
Oleh itu, kami ingin kongsikan langkah-langkah untuk dapatkan semula duit Anda dengan mengisi Dispute Form Maybank menggunakan format PDF dan bagaimana untuk menghantar melalui email.
Dengan memahami proses ini, anda akan dapat mengatasi masalah dengan lebih cepat dan memastikan hak anda dilindungi dengan betul.
Jadi, mari kita teruskan dengan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah transaksi Maybank Anda.
Kenapa Penting Isi Borang Dispute?
Kalau ada caj yang Anda tak kenal atau ada transaksi yang mencurigakan, Anda kena cepat-cepat ambil tindakan.
Mengisi borang dispute ni boleh bantu Anda minta bank siasat dan kalau betul ada masalah, bank akan pulangkan duit Anda yang dicaj tak betul tu.
Langkah-Langkah Isi Borang Dispute Maybank
Berikut kami kongsikan langkah yang betul:
- Mula-mula sekali, Anda kena muat turun borang pertikaian Maybank dalam format PDF dari laman web rasmi Maybank. Anda boleh guna pautan ni untuk muat turun:
- Dah siap muat turun, buka borang tu guna perisian PDF reader macam Adobe Acrobat Reader.
- Pada bahagian borang, Anda kena isi maklumat peribadi seperti:
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan (IC)
- Nombor akaun/kad kredit
- Alamat emel
- Nombor telefon
- Bahagian seterusnya, Anda kena isi butiran transaksi yang dipertikaikan. Contohnya:
- Tarikh transaksi
- Nama pedagang (merchant)
- Jumlah transaksi
- Sebab pertikaian (macam transaksi tak dikenali atau jumlah yang tak betul)
- Untuk kuatkan pertikaian Anda, lampirkan salinan resit, penyata kad kredit, atau dokumen lain yang relevan yang boleh bantu siasatan bank.
- Jangan lupa tandatangan borang tu. Tandatangan Anda sahkan yang maklumat diberi adalah betul dan benar.
Cara Hantar Dispute Form Maybank Melalui Email
Dah siap isi borang, langkah seterusnya hantar melalui email. Ni langkah-langkahnya:
- Imbas borang yang dah diisi guna mesin pengimbas (scanner) atau aplikasi pengimbas kat telefon pintar Anda. Pastikan dokumen jelas.
- Buka aplikasi email dan buat email baru. Hantar ke salah satu alamat ni:
- Lampirkan borang pertikaian yang dah diimbas dalam email tu. Anda juga boleh lampirkan dokumen sokongan macam resit atau penyata kad kredit.
- Pastikan subjek email jelas dan ada maklumat asas pasal pertikaian tu. Contoh subjek email: “Pertikaian Transaksi Kad Kredit – Nama Anda”
- Dah pastikan semua maklumat betul, tekan butang ‘hantar’.
Lepas hantar borang, Anda kena tunggu maklum balas dari Maybank. Biasanya, bank ambil masa beberapa hari untuk proses permohonan dan akan hubungi kalau ada maklumat tambahan diperlukan. Anda boleh call pusat khidmat pelanggan Maybank untuk tanya status pertikaian Anda.