Cara Batal atau Disable Fungsi Secure2u Maybank

Posted on

Secure2u adalah kaedah yang dikatakan lebih kuat daripada SMS TAC (Transaction Authorization Code). Untuk menggunakan Secure2u pengguna maybank2u perlu aktifkan fungsi ini terlebih dahulu. Setelah itu semua transaksi hanya boleh dibenarkan melalui telefon yang didaftarkan sahaja. Kaedah ini dianggap dapat mengurangkan penipuan atau penjenayah melalui SMS.

Sistem keselamatan berbentuk digital yang ditawarkan Maybank ini lebih menjimatkan masa berbanding SMS TAC yang kadang – kala mengambil masa yang agak lama.

Sekiranya pengguna akan membuat transaksi di Maybank2u/MAE, pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin telefon bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan TAC. Apabila Anda nak batal atau disable fungsi secure2u kerana suatu sebab, Anda boleh ikuti langkah di bawah.

Cara Batal Atau Disable Fungsi Secure2u Maybank
Cara Batal Atau Disable Fungsi Secure2u Maybank

Cara Batal Atau Disable Fungsi Secure2u Maybank

Sila ikuti langkah-langkah cara batal fungsi Secure2u Maybank:

  1. Lawati pautan rasmi Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda. Klik Login.
  3. Masukkan Password akaun Anda. Klik Login.
  4. Selepas login, klik Settings. Secure2u
  5. Klik Security. Kemudian, klik Secure2u. Secure2u Successfully Updated
  6. Untuk matikan fungsi, klik Disable.
  7. Anda perlu pastikan bahawa status keluar Secure2u Successfully Update.
  8. Selesai.

Adakah Anda dah tahu kalau sekarang Anda boleh keluarkan duit di mesin ATM tanpa kad debit? Sila baca cara keluarkan duit tanpa kad di ATM Maybank.

Mana Lebih Selamat Antara TAC atau Secure2u

Mungkin Anda bertanya mana lebih selamat antara TAC Number dan Secure2u?

Tentu sahaja cecure2u lebih selamat daripada SMS TAC sebab ia hanya boleh digunakan pada telefon yang telah disahkan.

Telefon yang belum disahkan tidak akan dapat menggunakan Secure2u Anda. Jelas?

Soalan Lazim

Di bawah ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Secure2u Maybank:

1. Adakah Secure2u akan bekerja apabila saya berada di luar negara?

Ya, Anda boleh menggunakan Secure2u apabila Anda berada di luar negara. Pastikan tarikh dan masa pada peranti Anda ditetapkan kepada automatik.

2. Adakah saya dikehendaki menggunakan Secure2u untuk semua transaksi?

Tidak, Anda masih boleh menggunakan TAC SMS konvensional untuk membenarkan transaksi Anda. Namun, Anda mesti menggunakan Secure2u’s Secure pengesahan untuk transaksi terpilih.

3. Bolehkah saya menggunakan Secure2u tanpa sambungan internet?

Anda memerlukan sambungan Internet untuk pengesahan selamat. Namun, Anda masih boleh menggunakan Secure TAC walaupun tanpa Internet sambungan.