CIMB card replacement merujuk kepada proses mengganti kad debit CIMB yang hilang, rosak, tamat tempoh, dicuri atau dicurigai aktiviti yang tidak dikenali.
Apabila situasi seperti ini berlaku, pemegang kad perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan kad penggantian baru.
Tujuan utama penggantian kad CIMB adalah untuk memastikan bahawa pemegang kad terus mempunyai akses kepada perbankan dan boleh membuat transaksi kewangan seperti biasa.
Jika Anda terjumpa diri Anda dalam situasi di mana kad debit CIMB Anda hilang, rosak, atau expired, jangan risau!
CIMB menyediakan proses yang mudah dan pantas untuk tukar kad Anda.
Dalam artikel ni, kami akan terangkan langkah-langkah untuk menukar kad CIMB Anda dengan cara yang senang dan jelas.
Kad CIMB Expired / Tamat Tempoh
Kad CIMB mempunyai tempoh luput atau tarikh tamat tempoh. Tempoh luput ini dicetak pada kad dan biasanya terletak di bahagian belakang kad, bersebelahan dengan tanda tangan pemegang kad.
Tarikh tamat tempoh kad adalah tarikh di mana kad tersebut tidak lagi sah dan tidak boleh digunakan untuk membuat transaksi.
Apabila kad CIMB sudah tamat tempoh, pemegang kad perlu menukar kad tersebut dengan kad baru yang masih berlaku.
Proses penggantian kad tamat tempoh biasanya melibatkan penghantaran kad baru kepada pemegang kad secara automatik oleh bank sebelum kad lama tamat tempoh.
Pemegang kad juga boleh menghubungi bank untuk mendapatkan panduan tentang penggantian kad yang tamat tempoh.
Menggantikan kad yang tamat tempoh adalah penting kerana kad tersebut tidak lagi sah dan transaksi tidak akan diluluskan jika cuba digunakan selepas tarikh tamat tempoh.
Oleh itu, pemegang kad perlu memastikan mereka mempunyai kad yang masih sah untuk terus melakukan urusan perbankan dan transaksi kewangan.
Renew Kad CIMB Expired di Cawangan
Langkah pertama yang Anda boleh buat adalah dengan melawat mana-mana cawangan CIMB berdekatan.
Ini adalah cara yang paling cepat dan terus untuk mendapatkan kad penggantian. Berikut adalah apa yang Anda patut buat:
- Pergi ke mana-mana cawangan CIMB yang berdekatan.
- Pastikan Anda membawa dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan atau pasport dan kad CIMB lama Anda.
- Beritahu pegawai di kaunter bahawa Anda ingin menukar kad debit yang tamat tempoh atau rosak.
- Pegawai akan memberikan borang penggantian kad yang perlu Anda isi.
- Lepas tu, Anda akan diberikan kad gantian yang baharu.
- Anda gunakan nombor PIN lama atau tukar kepada nombor PIN baru.
Renew Kad Debit Tamat Tempoh Luar Negara
Jika kad CIMB tamat tempoh berlaku ketika Anda berada di luar negara, jangan risau.
CIMB juga menyediakan cara untuk mendapatkan penggantian kad dengan mudah. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Lengkapkan borang penggantian kad debit. Anda boleh dapatkan borang ni dari laman web CIMB.
- Hantar borang yang telah lengkap beserta salinan dokumen pengenalan diri ke alamat emel cru@cimb.com.
- Tunggu pengesahan daripada CIMB. Mereka akan menghubungi Anda melalui emel atau telefon untuk mengesahkan butiran penggantian.
- Jika diperlukan, hubungi Pusat Hubungan Pelanggan CIMB di nombor +603 6204 7788 untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Cara Hantar Borang Debit Card Replacement Melalui Email
Berikut adalah langkah-langkah untuk menghantar emel ke cru@cimb.com:
- Buka app emel atau laman web penyedia emel seperti Gmail, Yahoo Mail, atau lain-lain.
- Carilah butang Compose atau Tulis Emel Baru dan klik pada itu.
- Taip alamat emel penerima iaitu cru@cimb.com dalam ruangan To atau Penerima.
- Di bahagian tajuk emel, tulis tajuk Renew Kad Debit Tamat Tempoh Luar Negara.
- Di bahagian isi emel, tulis maklumat yang diperlukan. Contohnya, jika ini berkaitan dengan pembaruan Kad Debit, sertakan butiran seperti nombor kad, nama anda, dan tujuan emel anda.
- Anda perlu melampirkan borang Debit Card Replacement, cari butang Attach atau Lampirkan dalam emel dan pilih fail yang ingin anda sertakan.
- Sebelum hantar, pastikan semua butiran dan maklumat yang anda tulis betul dan tepat.
- Selepas anda pasti semuanya betul, klik butang Hantar.
- Selesai.
Cara Tukar Kad CIMB Online
Kalau Anda malas nak beratur panjang-panjang atau keluar rumah untuk perbaharui Kad Debit CIMB, Anda boleh buat pembaruan Kad Debit CIMB Anda melalui mail.
Syarat Kelayakan
Mana-mana pelanggan CIMB yang:
- Memegang Kad Debit CIMB yang telah tamat tempoh atau akan tamat tempoh dalam tiga (3) bulan akan datang.
- Sedang tinggal di Malaysia pada masa ini.
- Memiliki nombor telefon bimbit Malaysia yang sah yang telah didaftarkan dengan CIMB.
Langkah Tukar Kad Debit CIMB Online
Sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web atau klik pautan https://apply.cimb.com.my/dcrform
- Lepas tu masukkan No Kad Pengenalan (6 digit terakhir) dan No Kad Debit (4 digit terakhir). Tekan butang PROCEED.
- Secara automatik system CIMB akan hantarkan OTP (One-Time Password) melalui SMS Anda. Sila masukkan kod OTP dan tekan butang CONFIRM untuk tujuan pengesahan.
- Pada laman ni, Anda kena pilih Renew my debit card and deliver it to me. Tekan butang PROCEED.
- Psatikan alamat Anda dah betul dan tepat. Sekiranya alamat yang dipaparkan adalah berbeza dengan alamat terkini, sila pilih Mailing Address dan masukkan alamat baru di mana anda inginkan kad anda dihantar.
- Akhir sekali, semak alamat kemudian tekan butang YES untuk sahkan permohonan.
- Anda akan menerima kad debit CIMB yang baharu dalam tempoh 14 hari bekerja.
Kad CIMB Hilang / Dicuri
Jika kad CIMB anda hilang atau dicuri, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi akaun dan kewangan anda:
- Selepas menyedari kad anda hilang atau dicuri, hubungi Pusat Hubungan Pelanggan CIMB +603 6204 7788.
- Jika anda berjaya menghubungi CIMB dengan segera, sila buat permohonan untuk block kad anda supaya tidak boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Jika kad anda dicuri, saranan yang baik adalah untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Langkah ni boleh membantu dalam kes penyiasatan dan juga dalam melindungi anda daripada sebarang penyalahgunaan yang mungkin berlaku dengan menggunakan kad anda.
- Selepas Anda membuat laporan dicuri atau hilang, selalu semak aktiviti akaun anda untuk memastikan tidak ada transaksi yang mencurigakan. Jika anda mendapati sebarang transaksi yang tidak dikenali, laporkan kepada CIMB segera.
- Untuk mendapatkan kad penggantian, anda perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh CIMB. Anda perlu pergi ke cawangan CIMB yang berdekatan, kemudia mengisi borang penggantian, menyediakan bukti identiti dan laporan polis (jika perlu), serta menunggu pengesahan daripada CIMB.
- Sekiranya akaun perbankan dalam talian anda juga berkait dengan kad yang hilang, segera ubah kata laluan akaun anda. Pastikan anda mengubah maklumat keselamatan seperti soalan keselamatan dan maklumat pengesahan sekiranya diperlukan.
Mengambil tindakan segera tentu sahaja penting untuk mengurangkan risiko penyalahgunaan akaun dan kewangan anda selepas kehilangan atau pencurian kad.
Jangan ragu untuk berhubung terus dengan CIMB melalui saluran yang disediakan untuk mendapatkan bantuan lanjut dalam situasi ini.
Fi dan Caj Kad Debit CIMB
Fi dan caj kad debit CIMB merujuk kepada kos atau yuran yang berkaitan dengan penggunaan dan pemilikan kad debit CIMB.
Maklumat mengenai fi dan caj kad debit CIMB boleh berbeza-beza bergantung kepada jenis kad debit yang anda miliki, jenis akaun, dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh CIMB pada masa yang berbeza.
Jenis-jenis Caj | Caj |
---|---|
Fi Pengeluaran CIMB Debit Mastercard | RM15.00 |
Fi Tahunan CIMB Debit Mastercard (Tahun Kedua dan berikutnya) | RM15.00 |
Penukaran daripada Kad ATM CIMB Bank sedia ada ke CIMB Debit Mastercard | Tiada |
Penggantian CIMB Debit Mastercard disebabkan oleh: a. Kerosakan cip, b. Pembaharuan kad (semasa tamat tempoh) | Tiada |
Penggantian CIMB Debit Mastercard disebabkan oleh: a. Kehilangan atau kecurian kad, b. Kerosakan akibat penyalahgunaan pemegang kad | RM12.00 |
Fi pengeluaran wang ATM Tempatan: a. Rangkaian ATM CIMB Bank di Malaysia, b. Rangkaian ATM MEPS di Malaysia, c. MEPS Local Incorporated Foreign Bank (LIFB) | Tiada, RM1.00/ transaksi, RM4.00/ transaksi |
Fi pengeluaran ATM antarabangsa: a. Rangkaian ATM CIMB Serantau b. MEPS Overseas c. Mastercard Overseas | Tiada, RM8.00/ transaksi, RM10.00/ transaksi |
Pemindahan Dana ke bank-bank dalam Rangkaian ATM MEPS | RM0.50 setiap transaksi |
Pembayaran Bil Utiliti melalui ATM | Tiada |
Yuran Pengeluaran Tunai MyDebit | RM0.50 setiap transaksi |
Proses penggantian kad CIMB adalah sangat mudah, memastikan Anda sentiasa mempunyai akses kepada perbankan walaupun dalam keadaan yang tidak dijangka.
Jika kad debit Anda hilang di luar negara, ingatlah untuk mengikuti langkah-langkah yang diberikan untuk mendapatkan penggantian baru.
Sila menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan CIMB jika Anda memerlukan bantuan atau penerangan lanjut.