Nombor tracking adalah alat bagi pengirim dan pembeli untuk mengesan posisi di mana pakej berada. Tanpa nombor tracking, pakej masih akan dihantar, tetapi penghantar tidak akan tahu di mana pakej itu berada atau terdapat halangan semasa proses penghantaran.
Kerana kini era belanja online, nombor tracking bukan hanya penting untuk pengirim/penjual tetapi juga penting bagi penerima/pembeli. Perkara pertama yang akan ditanya oleh penerima/pembeli apabila transaksi dalam talian selesai adalah dengan meminta penjual mengirim nombor tracking sebagai bukti bahawa barang-barang mereka telah dihantar mengikut pesanan.
Cek no tracking poslaju yang dilakukan secara online dengan membuka laman web rasmi secara langsung, akan ada status ke mana barang dihantar. Apabila barang tiba di pejabat poslaju maka Anda boleh segera mengambil atau menunggu kurir menghantar sampai rumah.
Cara Semak Tracking Poslaju Online
Cara paling mudah untuk tracking nombor poslaju adalah secara online melalui situs rasmi, jom ikut panduan berikut ni.
- Buka https://www.poslaju.com.my/track-trace-v2
- Masukan nombor tracking kurier (consignment note)
- Tekan butang track
- Secara automatik status penghantaran akan terlihat. Klik pada tracking number untuk mendapatkan maklumat detail
- Anda boleh menyemak 15 nombor tracking Pos Laju pada satu masa
Cek No Tracking Pos Laju Melalui SMS
Gunakan SMS untuk semak nombor tracking poslaju.
- Taip PL<jarak>[No Tracking Poslaju]
- Send SMS to 3333
Pengguna Digi, Maxis, Celcom akan dikenakan caj setiap SMS sebesar RM0.5
Semak Tracking Poslaju Melalui Aplikasi POS Malaysia Mobile Apps
Muat turun aplikasi POS Malaysia Mobile Apps di Google Play dan App Store
Poslaju Tak Update Tracking
Mengapa poslaju tak update tracking (Delivery Process) ? Ini kerana pelanggan kurang teliti dalam menyemak nombor tracking di laman web Poslaju. Saya akan menerangkan secara ringkas untuk memeriksa nombor tracking melalui laman web rasmi Poslaju supaya pelanggan tidak tertumpu pada maklumat poslaju tak update tracking.
Anda klik pada bahagian yang di lingkari itu, detail maklumat akan terlihat jelas. Jadi sekarang Anda jangan cemas lagi lah haha.
Status Tracking Poslaju
Anda juga perlu mengetahui status tracking poslaju untuk meningkatkan wawasan Anda.
- Item Posted Over The Counter
Kaunter pejabat pos laju baru terima barang yang Anda akan kirim. - Consignment received and processed from posting at Post Offices
Penyerahan diproses dari pos ke Pejabat Pos. Ini bermakna penghantaran data boleh didapati dari Pejabat Pos (PO) lagi. Apabila tiba di Pos Laju (Parcel Hub Post Laju) yang paling dekat dengan rumah Anda, boleh terus menghantar pakej tersebut. - Item dispatched out
Barang dihantar keluar dari office Poslaju. - Item processed
Barang sedang diproces di bahagian pejabat pos. - Consignment dispatch out from Transit Office
Barang dihantar keluar dari pejabat transit. Tak perlu risau, kerana barang hendak mulakan proses menghantar ke PO dekat alamat Anda. - Arrive at delivery facility at…
Barang sudah tiba di lokasi yang paling dekat untuk dihantar kerumah Anda. - Item out for delivery
Pastikan alamat yang Anda berikan betul supaya memudahkan abang penghantar cepat sampai. Dan ada orang yang tunggu dirumah untuk terima barang. - Item can be collected at…
Barang boleh diambil di Pos Laju tertera. Bila masa tu Anda tidak ada dirumah, sehingga abang pengantar barang tidak dapat menyampaikan terus kepada Anda. Ambil saja lah di Pos laju tertera. - Item delivered to (Name)
Barang sudah diterima, telefon orang yang sign delivery pastikan barang berada di tangan itu orang. - Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available
Barang tidak dapat sampai kerumah Anda. Case ini terjadi bila Anda tidak ada dirumah, hubungi 1 300 300 300 untuk maklumat detail.