Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui Online, SMS, ATM

Posted on

Bank Islam telah melengkapi perkhidmatan mereka dengan perkhidmatan digital, dari perbankan mudah alih, perbankan internet, dan banyak perkhidmatan digital lain.

Dengan banyak produk digital dari Bank Islam, para pelanggan dapat melakukan lebih banyak hal yang berkaitan dengan perbankan, mulai dari melakukan transaksi, check baki, dan melakukan pembayaran kepada berbagai merchant.

Cek Baki Bank Islam Online
Cek Baki Bank Islam Online

Kemudian, bagaimanakah anda menggunakan perkhidmatan digital ini? Adakah mudah untuk dilakukan? Sebagai matlamat mewujudkan perkhidmatan digital, menggunakannya adalah satu perkara yang mudah dilakukan. Terutama hanya untuk semak baki simpanan yang kita punya.

Untuk melakukan itu semua, Anda boleh menggunakan beberapa perkhidmatan digital yang ditawarkan oleh bank Islam, tanpa perlu bersusah payah datang dan beratur di pejabat bank Islam.

Anda boleh menggunakan ATM yang tersebar di mana-mana. Apa yang Anda perlu lakukan ialah memasukkan kad debit bank Islam Anda, masukkan kata laluan, kemudian masuk ke bahagian maklumat akaun. Atau jika Anda malas untuk pergi, Anda boleh memanfaatkan perbankan mudah alih perbankan Islam (Internet Banking Bank Islam).

Manfaat Internet Banking Bank Islam

Selain digunakan untuk urus niaga, terdapat beberapa kegunaan yang boleh Anda peroleh dari perbankan internet bank Islam. Berikut adalah beberapa manfaat lain yang boleh Anda rasakan:

  • Semak maklumat simpanan dan deposit masa
  • Pemindahan ke bank Islam lain dan bank lain
  • Buat pembayaran bil, seperti telefon, kad kredit, atau elektrik
  • Beli kredit telefon

Selain itu, Anda boleh print bank statement Bank Islam untuk melihat senarai maklumat transaksi yang ada dalam akaun Anda. Sila baca panduan cara dapatkan penyata bank Islam secara online.

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam

Jika Anda belum memiliki akaun internet banking bank Islam, tak perlu risau. Berikut kami berikan cara daftar internet banking bank Islam secara lengkap tapi sebelum itu, Anda harus baca syarat daftar internet bangking bank Islam.

Syarat Daftar Internet Banking Bank Islam

  • Umur mesti 18 tahun ke atas
  • Mempunyai Akaun Semasa/Simpanan Individu
  • Mempunyai Akaun Pemilik Tunggal
  • Mempunyai ATM/Debit Card
  • Mempunyai PIN ATM

Jika syarat diatas sudah terpenuhi, maka silakan ikuti panduan daftar berikut ini.

  1. Masuk ke https://www.bankislam.biz
  2. Klik FIRST TIME USER
  3. Baca Terma dan Syarat
  4. Klik ATM/Debit CardCara Daftar Internet Banking Bank Islam
  5. Masukkan 16 digit nombor ATM/Debit AndaCara Mendaftar Internet Banking Bank Islam
  6. Buat ID USER, password dan butiran lain pada skrin
  7. Sahkan maklumat dan klik confirm
  8. Anda berjaya mendaftar Bank Islam Internet Banking

Check Baki Akaun Bank Islam Secara Online

Anda dapat cek baki bank Islam Online dengan menggunakan perkhidmatan Internet Banking Bank Islam. Anda boleh mengaksesnya melalui pautan https://www.bankislam.biz

  1. Sila login menggunakan ID pengguna dan kata laluan perbankan internet Anda.
  2. Selepas itu, pilih menu My Account > Account Summary.
  3. Ringkasan akaun Anda akan dipaparkan.
  4. Klik Account Number untuk melihat maklumat akaun Anda.
  5. Klik Account History untuk melihat sejarah transaksi akaun Anda.
  6. Klik Account Group untuk melihat senarai deposit dan pelaburan berjangka Anda.
  7. Klik Certificate Number untuk melihat perincian sijil Anda.
  8. Klik Bank Islam Card-i untuk melihat Ringkasan Kad BIC.
  9. Klik Card Number untuk melihat maklumat dan aktiviti kad Anda.
  10. Cetak transaksi untuk rekod Anda sendiri.

Mempunyai akaun di Bank Rakyat? Jom tengok cara paling mudah untuk semak baki akaun Bank Rakyat online.

Semak Baki Akaun Bank Islam SMS

Lebih mudah bagi pelanggan untuk semak baki bank akaun Bank Islam melalui SMS. Setiap pelanggan boleh menikmati ciri check baki akaun dalam pelbagai perkhidmatan perbankan.

Baki akaun memaparkan wang yang disimpan dalam akaun simpanan. Pelanggan boleh cuba menyemak baki melalui telefon bimbit secara praktikal mengikut keperluan mereka.

Namun, adakah Bank Islam menyediakan perkhidmatan perbankan SMS? Setelah kami hubungi pihak Bank Islam, mereka tidak menyediakan perkhidmatan perbankan SMS.

Aplikasi GO by Bank Islam

Bank Islam menasihatkan pelanggan untuk menggunakan perkhidaman perbankan GO by Bank Islam. App GO by Bank Islam merupakan perkhidmatan perbankan yang boleh membantu Anda membuat transaksi secara online, cepat dan selamat.

Ciri dan fungsi aplikasi GO by Bank Islam sama seperti di laman website Bank Islam online banking. Untuk menggunakan aplikasi ini, Anda perlu muat turun terlebih dahulu aplikasi tersebut di Google Playstore atau App Store.

Setelah Anda download appp GO by Bank Islam, sila ikuti langkah dibawah:

  1. Buka atau lancarkan aplikasi GO by Bank Islam di HP Anda. Semak Baki Akaun Bank Islam App
  2. Klik Login.
  3. Masukkan Username dan Password.
  4. Secara automatik Anda akan dibawa ke paparan dashoboar yang memaparkan maklumat baki akaun Anda.

Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui ATM

Sekiranya Anda berdekatan dengan mesin ATM, Anda boleh semak baki Bank Islam melalui ATM. Sila ikuti langkah berikut:

  1. Kunjungi mesin ATM Bank Islam terdekat.
  2. Masukkan kad ATM.
  3. Masukkan PIN ATM Anda.
  4. Pilih Maklumat Baki atau Pertanyaan Baki.
  5. Secara automatik skrin akan memaparkan maklumat baki Anda.

Itulah cara mendaftar internet banking bank Islam dan cara check baki bank Islam secara online, kami harap maklumat yang kami sampaikan dapat berguna untuk Anda.