Cara Tukar Plan Celcom ke Maxis Secara Online 2024

Posted on

Sekiranya Anda nak tukar plan telefon dari Celcom ke Maxis tapi tak tau nak start macam mana, Anda boleh ikuti step-by-step yang aku kongsi untuk buat tukar plan tu.

Pertama-tama, sebelum Anda terus gerak nak tukar plan, make sure lah dulu yang talian Anda tu masih aktif. Takkan nak tukar plan dalam keadaan talian mati kan? Kesian Anda nanti takde line nak whatsapp crush ke, nak layan video call kawan-kawan. So, pastikan lah talian Anda still on point sebelum gerakkan tangan untuk tukar plan.

Lepas tu, check betul-betul yang Anda tak ada tunggakan bil atau hutang dengan Celcom. Kalau ada, settle dulu sebelum proceed dengan tukar plan. Takut nanti ada halangan plak, tergendala pulak proses tukar tu. Jadi, settlekan dulu segala tunggakan.

Yang paling penting, pastikan lah nombor telefon yang nak ditukar tu daftar atas nama Anda betul-betul. Confirm kan yang Anda punya ID, macam NRIC ke, passport ke, semuanya betul. Dan kalau Anda share line dengan family ke, kawan ke, pastikan pemegang utama la yang buat tukar tu. Takut nanti silap-silap, tukar line orang lain pulak.

So, dengan ikut langkah-langkah yang aku bagi ni, Anda confirm senang je nak tukar plan Celcom Anda ke Maxis.

Cara Tukar Plan Celcom ke Maxis
Cara Tukar Plan Celcom ke Maxis

Nikmati Pengalaman Fiber dan Mudah Alih Maxis

Faedah yang akan Anda dapati jika tukar plan Maxis:

  • Rangkaian fiber dan sedia 5G
  • Internet tanpa had untuk mudah alih dan kediaman
  • Peranti terkini hanya daripada RM1
  • Sehingga 100GB data

Cara Tukar Plan Celcom ke Maxis Postpaid

Sila rujuk syarat untuk tukar Plan Celcom ke Maxis Postpaid berikut.

Syarat Tukar Plan

  • Pastikan talian semasa Anda kekal aktif
  • Kosongkan sebarang bil tertunggak atau tanggungan hutang kontrak kepada pembekal semasa Anda
  • Pastikan nombor mudah alih yang ingin Anda tukar didaftarkan di bawah ID Anda (NRIC, Pasport atau ID Tentera). Anda boleh mengesahkan bahawa Anda adalah pemegang akaun semasa untuk nombor telefon melalui langkah-langkah SMS dalam gambar di bawah.
  • Jika Anda pemegang talian tambahan, pastikan pemegang utama talian Anda yang melakukan pertukaran.

Cara Tukar Plan

Hubungi pembekal perkhidmatan Anda +603-72002222, beritahu bahawa Anda nak tukar plan Celcom ke Maxis.

FB Messenger

Apa yang Anda perlu lakukan hanyalah masukkan pautan https://m.me/celcom atau https://m.me/xpaxfb dari peranti mudah alih atau komputer. Anda juga boleh terus PM akaun Facebook Celcom atau XPax.

WhatsApp

Untuk perkhidmatan WhatsApp, terus WhatsApp Celcom di +6019-6861111

Semasa Penukaran

  • Selepas mengemukakan permintaan Anda kepada Maxis, pembekal semasa Anda akan menghantar Anda SMS pengesahan
  • Pastikan Anda dan talian tambahan Anda (sekiranya ada) mengikuti arahan yang tertera di skrin sebelum tarikh akhir dinyatakan. Balasan SMS adalah sensitif huruf. Tukar Plan Celcom ke Maxis
  • Kekalkan SIM yang disediakan dengan selamat.
  • Selepas SIM semasa Anda tidak lagi berfungsi, sila tukar ke SIM Maxis yang disediakan.

Cara Tukar Telco Guna Nombor Yang Sama di Shopee

Cara ini boleh Anda gunakan sekiranya Anda tak nak pergi ke centre Maxis. Kelebihan cara tukar telco ini adalah:

  • Tak perlu pergi ke centre
  • Jimat masa
  • Mudah urusan

Langkah penukaran telco guna Shopee

  1. Pertama sekali, pastikan Anda pengguna postpaid dan pastikan tiada bil tertunggak sebelum memulakan proses penukaran telco
  2. Pergi ke shopee dan buat carian MNP Telco di bahagian search
  3. Pilih mana-mana kedai yang Anda suka dan chat butiran seperti no yang nak dikekalkan dan gambar hadapan IC
  4. Selepas seller submit MNP pihak telco akan menghantar message untuk pengesahan
  5. Seller akan post out SIM baru Anda
  6. Setelah telco Anda ditamatkan perkhidmatan atau out of service, Anda boleh menggunakan SIM baru dengan telco yang baru. Tempoh penamatan perkhidmatan 3 sehingga 5 hari bekerja

Nota:

  • MNP = Mobile Number Portability
  • Telco = Telecommunication Company

Cara Tukar Plan Celcom ke Maxis Home Fibre

Anda juga boleh rujuk cara tukar plan Celcom ke Maxis Home Fibre dibawah.

Untuk Unifi, Digi, Celcom, Ohana, Redtone dan Webe

  1. Anda akan diberikan ID permintaan pemindahan selepas berjaya mendaftar
  2. Kunjungi pusat pembekal semasa berdekatan Anda. Pastikan Anda kunjungi dalam masa 10 hari untuk mengelakkan pembatalan permintaan.
  3. Pemasangan Maxis Fibre akan diselesaikan dalam 10 hari bekerja selepas permintaan pemindahan diluluskan dan perkhidmatan sedia ada Anda akan ditamatkan secara automatik.
  4. Di pusat pembekal semasa, sila kemukakan ID permintaan pemindahan yang Anda terima daripada Maxis dan minta perkhidmatan pemindahan ke Maxis Fibre.
  • Hanya pemilik Unifi sahaja yang perlu datang. Pemindahan nama untuk Permintaan Pemindahan tidak diperlukan
  • Kemukakan untuk Perkhidmatan Pemindahan bukan penamatan
  • Bayar semua bil tertunggak beserta pembayaran awal 1 bulan
  • Jangan serahkan peralatan Anda sehingga pemasangan Maxis Fibre siap dilakukan sepenuhnya

Untuk TIME

  1. Kunjungi Pusat Maxis berdekatan untuk mendaftar Maxis Fibre
  2. Selepas Maxis Fibre Anda telah dipasang, teruskan untuk menamatkan perkhidmatan sedia ada Anda dengan TIME.

Semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.