Cara Tukar No Telefon RHB Bank Kemaskini Online

Posted on

Jika Anda adalah pengguna RHB Bank, Anda mesti telah mendaftarkan nombor telefon Anda dengan RHB Bank sebagai pelengkap kepada data peribadi Anda.

RHB Bank telah menyediakan perkhidmatan internet banking atau mobile banking yang dikenali RHBNow bagi memudahkan menjalankan pelbagai jenis transaksi perbankan untuk setiap pemilik akaun RHB.

Untuk menggunakan perkhidmatan mobile banking ataupun internet banking RHBNow, Anda perlu menggunakan nombor telefon dan mendaftarkan diri di perkhidmatan RHB online banking. Di bawah ini kami kongsikan cara daftar RHB online banking dan kemaskini no telefon RHB Bank.

Cara Tukar No Telefon RHB Bank
Cara Tukar No Telefon RHB Bank

Cara Tukar No Telefon RHB Bank Online

Ikuti langkah-langkah cara tukar no telefon RHB Bank online di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi RHB Bank https://logon.rhb.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next, Get Secret Word.
  4. Klik Yes untuk sahkan Secret Word.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, pilih halaman Profil Page.
  8. Sila klik Kemaskini/Tukar Nombor Telefon.
  9. Pastikan no telefon yang Anda masukkan betul.
  10. Selesai.

Bagi Anda yang tidak mempunyai akaun RHBNow, sila baca cara daftar RHB online banking.

Cara Tukar No Telefon RHB Bank di ATM

RHB Bank juga membolehkan Anda juga untuk menukar no telefon RHB Bank di ATM:

  1. Kunjungi mesin ATM RHB Bank yang berdekatan.
  2. Masukkan Kad ATM RHB Bank.
  3. Masukkan Nombor PIN ATM Anda.
  4. Pilih Menu OTHERS.
  5. Pilih Pendaftaran/Kemaskini Nombor Telefon (Mobile Number Registration/Update)
  6. Kemudian, pilih RHB Now OTP/Update Mobile Number.
  7. Sila masukkan no telefon baru Anda.
  8. Pastikan no telefon Anda betul.
  9. Klik Confirm.
  10. Resit akan keluar sebagai rujukan bahawa nomor Anda berjaya di kemaskini.
  11. Selesai.

Kemaskini No Telefon RHB Bank Melalui Customer Care

Anda juga dapat tukar no telefon RHB melalui Customer Care:

  1. Sila hubungi Customer Service 1800-323-0100 atau Contact Centre at +603-9145-1388 (luar negara)
  2. Bincangkan kepada pegawai bank bahawa Anda ingin tukar no telefon lama dengan yang baru.
  3. Pegawai bank akan meminta maklumat peribadi Anda seperti Nama, no kad ATM, No Kad Pengenalan dan Nombor Akaun Bank.
  4. Tunggu beberapa menit untuk proses pengesahan.
  5. Kemudian, pegawai bank akan kemaskini nombor handphone lama dengan yang baru.
  6. Selesai.

Kemaskini Nombor Telefon RHB Bank di Cawangan

Yang terakhir iaitu, RHB Bank membolehkan Anda untuk tukar no telefon melalui cawangan:

  1. Pergi ke cawangan RHB Bank yang terdekat.
  2. Pastikan Anda membawa Kad Pengenalan, wang dan Kad Debit/ATM
  3. Sila ambil nombor giliran.
  4. Beritahu kepada pegawai bank bahawa Anda ingin tukar no telefon lama dengan yang baru.
  5. Pegawai bank akan memberikan Anda borang yang perlu diisikan secara detail.
  6. Selepas itu, serahkan borang tersebut, No IC dan no telefon baru Anda.
  7. Tunggu beberapa saat untuk proses pengesahan.
  8. No Telefon baru Anda kini dapat digunakan untuk keperluan OTP atau TAC.
  9. Selesai.

Soalan Lazim RHB Bank

Sila rujuk soalan lazim yang berkaitan dengan RHB Bank di bawah ini:

1. Bagaimanakah cara saya mendaftarkan nombor telefon mudah alih saya untuk OTP jika saya sedang berada di luar Malaysia.

Pada masa ini, pengemaskinian nombor telefon mesti dilakukan di mana-mana cawangan RHB Bank di Malaysia. Untuk semakan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan RHB di 03-9206-8118 untuk bantuan.

2. Bolehkah saya mendaftar/mengemas kini lebih daripada satu nombor telefon di ATM?

Anda boleh mendaftar lebih daripada satu nombor telefon bimbit, namun hanya nombor telefon bimbit berdaftar terkini akan dikemas kini ke dalam sistem.

3. Bagaimana jika saya belum mendaftar atau mengemas kini nombor telefon saya?

RHB ingin menggesa semua pengguna RHB Now untuk memastikan nombor handphone mereka dikemas kini untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa melakukan transaksi melalui RHB Now.