Cara Tukar No Telefon OCBC Kemaskini Update Online

Posted on

Mobile banking atau internet banking merupakan salah satu kemudahan perkhidmatan perbankan yang diberikan oleh OCBC untuk menjalankan transaksi kewangan secara online hanya melalui telefon bimbit dan komputer. Pelanggan boleh melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke mesin ATM atau cawangan OCBC.

Bercakap mengenai keselamatan, Anda tidak perlu takut sebab mobile banking dan internet banking OCBC dilengkapi dengan ID pengguna, password dan kod OTP/TAC.

Bagi Anda yang ingin menukar nombor telefon OCBC atau kemaskini no telefon OCBC agar kod OTP/TAC boleh diterima di telefon bimbit, di bawah ini kami kongsikan cara perbaharui no telefon OCBC.

Cara Tukar No Telefon OCBC Bank
Cara Tukar No Telefon OCBC Bank

Cara Tukar No Telefon OCBC Bank Online

Ikuti langkah mudah cara kemaskini no telefon OCBC melalui online:

  1. Lawati pautan rasmi OCBC di https://internet.ocbc.com.my
  2. Masukkan User ID dan Password akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Selepas Anda login, pergi ke bahagian Setting untuk kemaskini no telefon Anda.
  5. Masukkan No telefon lama Anda dan No telefon baru Anda.
  6. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  7. Semak kembali maklumat Anda, sekiranya betul klik Submit.
  8. Selesai.

Cara Tukar Nombor Telefon OCBC Bank ATM

Anda juga dapat melakukan kemaskini no telefon OCBC melalui ATM:

  1. Kunjungi mesin OCBC Bank yang berhampiran.
  2. Masukkan Kad Debit Anda ke slot yang disediakan.
  3. Masukkan PIN ATM Anda.
  4. Pergi ke menu Kemaskini/Pertukaran No Telefon.
  5. Masukkan No Telefon Lama Anda.
  6. Masukkan No Telefon Baru Anda
  7. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  8. Pastikan Anda cetak resit untuk rujukan.
  9. Selesai.

Baca juga step cara semak penyata bank OCBC secara online.

Cara Tukar No Telefon OCBC Bank Melalui Cawangan

OCBC Bank juga membolehkan Anda untuk melakukan tukar no telefon OCBC melalui cawangan:

  1. Sila pergi ke cawangan OCBC Bank yang terdekat.
  2. Pastikan Anda membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Kad ATM, buku tabungan.
  3. Maklumatkan kepada pegawai OCBC Bank bawaha Anda ingin kemaskini no telefon Anda.
  4. Isikan borang kemaskini yang diberi oleh OCBC Bank.
  5. Serahkan borang kemaskini serta dokumen penyokong kepada pegawai OCBC Bank.
  6. Tunggu beberapa minit untuk proses pengesahan.
  7. Selesai.

Cara Tukar No Telefon OCBC Bank Melalui Perkhidmatan Pelanggan

Yang terakhir iaitu, Anda dapat melakukan tukar no telefon melalui Perkhidmatan Pelanggan:

  1. Sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan OCBC Bank di 1800-363-3333
  2. Beritahu kepada pegawai bank bahawa Anda ingin kemaskini no telefon.
  3. Kemudian, Anda akan diminta menyebutkan beberapa dokumen yang berkaitan dengan OCBC Bank.
  4. Tunggu beberapa saat untuk proses mengesahkan.
  5. No telefon Anda berjaya dikemaskini.
  6. Selesai

Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses update nombor telefon Anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini nombor telefon Anda, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan OCBC di nombor 03-8317-5000.