Keselamatan transaksi adalah satu perkara yang sangat penting, untuk mengekalkan keselamatan dalam setiap transaksi yang dibuat oleh pelanggan setiap bank.
Bank CIMB menerapkan pelbagai lapisan keselamatan, salah satunya menggunakan Transaction Authorisation Code (TAC), di mana kod tersebut dihantar ke nombor telefon pelanggan.
Kod OTP diperlukan seperti ketika Anda mendaftarkan perkhidmatan di perbankan internet CIMB.
Persoalannya ialah, bagaimana jika nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun simpanan bank atau ketika mendaftar sudah tidak aktif atau hilang? Padahal kod TAC akan dihantar secara automatik ke nombor telefon yang Anda daftarkan.
Sudah tentu Anda perlu menukar nombor telefon yang telah didaftarkan.
Apa itu TAC
Transaction Authorisation Code (TAC) adalah ciri keselamatan perbankan online atau mobile banking yanng melindungi akaun Anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan.
TAC akan dihantar kepada Anda melalui satu kaedah berikut untuk mengesahkan bahawa Anda adalah orang yang melakukan transaksi:
- SecureTAC
- TAC via SMS
- TAC via Messenger
Cara Tukar No Telefon CIMB Clicks
Ada 2 kaedah yang boleh digunakan untuk tukar no telefon CIMB iaitu melalui ATM dan cawangan CIMB bank terdekat.
1. ATM CIMB
Cara pertama yang boleh Anda cuba adalah melalui mesin ATM CIMB, Anda boleh melakukannya sendiri tanpa harus pergi ke bank CIMB.
- Pergi ke ATM CIMB terdekat.
- Masukkan PIN ATM Anda.
- Pilih menu Other dari menu utama.
- Pilih CIMB Clicks.
- Masukkan no telefo baru Anda.
- Pilih PROCEED untuk memperbaharui nombor baru Anda untuk TAC.
2. Cawangan CIMB Bank
Kaedah ini agak mudah, iaitu dengan melawat pejabat cawangan CIMB dan Anda membuat perubahan kepada data di sana.
Keperluan yang diperlukan untuk perubahan data adalah untuk membawa buku akaun simpanan dan kad pengenalan Anda (IC) dan setersunya membuat perubahan di bahagian customer service.
Tukar No Telefon CIMB Online
Sesetengah orang bertanya, adakah mungkin untuk menukar nombor telefon CIMB secara online?
Sila ambil perhatian, untuk menukar nombor telefon secara online tidak dibenarkan kerana alasan keselamatan.
Atas sebab keselamatan, nombor telefon Anda hanya boleh didaftarkan di ATM CIMB (local mobile number) atau dikemas kini melalui Customer Contact Centre di +603 6204 7788 (overseas mobile number).
Sekiranya Anda terlupa password CIMB online banking, sila guna cara reset password CIMB clicks
Itulah maklumat cara tukar no CIMB internet banking online, sekiranya maklumat yang kami kongsi bermanfaat sila share melalui butang social media facebook, tweet dan whatsapp.